Jejaka berasal dari Johor ini, Khairul Adzwan Khairullah, 28, telah membuktikan bahawa barangan hasil daripada DIY ‘Do It Yourself’ mampu memberi keuntungan kepada anda selain ia dijadikan sebagai hobi.
Menurutnya, pada permulaannya ia hanya jadikan aktiviti ini sebagai hobi, namun lama kelamaan hasil karyanya itu mendapat permintaan daripada kalangan rakan-rakan. Justeru, dia mula menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan dan secara dalam talian seawal tahun 2008 dengan menjual barangan kraf tangan dan cenderamata.
“Saya gemar mereka sesuatu produk seperti kraf tangan dan cenderamata yang menjadikan sesuatu produk itu unik kerana dihasilkan lain daripada yang lain.
“Produk yang dihasilkan itu untuk dijadikan sama ada barangan perhiasan, sebagai hadiah mahupun untuk kegunaan harian. Bermula dari situ, saya melihat bidang ini sebagai satu peluang perniagaan sebelum mula memasarkan produk secara serius secara online”.
Ads
Antara produk yang dihasilkan pemuda ini termasuk beg, bingkai gambar, bantal, barangan bayi dan pelbagai produk kraf tangan.Dia mengakui produk keluaran KRLbrands bukan sahaja mendapat permintaan daripada pelanggan di negeri ini, malah dari seluruh negara. Di bawah ini merupakan hasil barangan yang telah dihasilkan oleh Khairul Adzwan.
Ads
Ads
Apakah yang dimaksudkan dengan DIY (do it yourself)? Ia bermaksud kegiatan menghasilkan, memperbaiki, atau memodifikasi sesuatu yang dilakukan sendiri. Dalam erti bahasa melayunya adalah ‘buat sendirilah’.
DIY bukan hanya merupakan kegiatan yang mengisi masa lapang, walaupun ia dikatakan agak sukar berbanding dengan membeli hasil produk sedia ada dipasaran, namun beberapa manfaat lain yang anda dapat daripada aktiviti ini ialah:
Meningkatkan kreativiti
Menjimatkan kos
Meningkatkan tahap kesabaran
Menghasilkan sesuatu yang unik tiada dipasaran
Memberi kepuasan serta berasa bangga dengan hasil karya anda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kuala Lumpur, 5Disember 2018 – Loo Yi dari Universiti Malaya dan Zachary Khaw Lit Siang dari Taylor’s University diumumkan sebagai pemenang untuk Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA) 2018. Kedua-dua pemenang ini akan mewakili Malaysia di Singapura pada Mac 2019 dan akan bersaing dengan pemenang dari 14 rantau Asia untuk gelaran Pereka Muda Asia 2018/19 (Asia Young Designer of the Year 2018/19). Selari dengan tema AYDA Forward: Challenging Design Boundaries, pereka muda di seluruh Malaysia menyahut cabaran melangkaui sempadan dalam reka bentuk, pemikiran dan inovasi melepasi norma reka bentuk semasa sambil melihat ke masa hadapan dalam meramal rekaan yang mampan serta memberi manfaat kepada komuniti serta kemanusiaan secara keseluruhan.
Panel juri yang menilai penyertaan tahun ini telah memberikan maklumbalas yang positif serta berkongsi pengetahuan dengan peserta AYDA terdiri daripada tokoh yang terkenal dalam industri seni bina dan reka bentuk dalaman, diketuai oleh ketua juri Ar. Sarly Adre Sarkum (Pengetua Sarly Adre Sarkum Architecture) dan Encik Lai Siew Hong (Ketua Pereka Eksekutif Blu Water Studio). Selari dengan matlamat untuk membantu memupuk paradigma yang inovatif di kalangan para finalis, AYDA menawarkan peluang buat semua bakat muda untuk melibatkan diri agar memperoleh pendedahan secara langsung menerusi latihan peribadi, bimbingan, bengkel pembinaan kemahiran dan lawatan sambil belajar ke Bandar Rimbayu oleh IJM Land Berhad.
Selain daripada Nippon Paint dan IJM Land, AYDA juga disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE), Institut Arkitek Malaysia (PAM), Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Pemuda REHDA) dan Konfederasi Bangunan Hijau Malaysia (MGBC), serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AYDA, penyertaan dan maklumat lain, sila ke www.asiayoungdesigneraward.com.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cat Hiasan Lepa Kapur Buatan Tempatan Pertama Malaysia Pertingkatkan Kualiti Udara Dalaman.
Kansai Paint Asia Pacific Sdn Bhd baru sahaja melancarkan cat pembersih udara mesra alam serba baharu yang dinamakan ‘ALES SHIQUY’. Cat baharu ini dilancarkan sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Kansai Paint dan juga merupakan pelaburan teknologi berterusan Kansai Paint di Malaysia.
‘ALES SHIQUY’, sejenis cat hiasan emulsi berasaskan air, merupakan lepa kapur buatan tempatan pertama Malaysia yang mempertingkatkan kualiti udara ruang dalaman dengan ketara. Ciri unik ‘Shikkui’ dalam produk baharu ini bertindak dengan memerangkap dan menyahaktifkan bakteria berbahaya yang bersentuhan dengan permukaan bercat. ‘Shikkui’ ialah sejenis bahan semula jadi tradisional Jepun yang lebih dikenali sebagai ‘kapur mati’. Bahan ini mempunyai fungsi antivirus dan antibakteria, kawalan kelembapan dan nyahbau yang berkesan.
Memandangkan kebimbangan yang semakin meningkat tentang kualiti udara bagi persekitaran dalaman, pelancaran ‘ALES SHIQUY’ dianggap tepat pada masanya kerana menawarkan penyelesaian menjimatkan kos kepada pengguna untuk melindungi persekitaran dalaman daripada pencemar berbahaya seperti formaldehid.
Semasa berucap di majlis pelancaran, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kansai Paint Co., Ltd, Hiroshi Ishino berkata, “Kansai Paint kini merupakan pelopor sebenar yang menghasilkan penyelesaian cat inovatif berprestasi tinggi bagi pelbagai jenis permukaan berasaskan tiga tunggak utama iaitu pematuhan, kelestarian dan kualiti. ‘ALES SHIQUY’ melambangkan misi 100 tahun Kansai Paint untuk mewujudkan ruang hidup dan komersial yang lebih selamat dan sihat bagi para pelanggan kami. Dengan cat baharu ini, kami dapat memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan mereka mewujudkan persekitaran yang lebih cantik, bersih dan selamat.”
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pencemaran udara kini menjadi isu pembangunan lestari yang mendesak, memandangkan kira-kira tujuh juta orang terdedah kepada zarah halus dalam udara tercemar setiap tahun. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pencemaran udara kediaman menjadi masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakan isi rumah, termasuk di Jepun dan Malaysia.
‘ALES SHIQUY’ boleh diguna pakai pada permukaan dinding ruang hidup berbeza, termasuk kediaman, pejabat, kemudahan penjagaan kesihatan dan sedia melindungi penghuni daripada bahan cemar udara yang berbahaya. Di samping itu, cat baharu ini melindungi alam sekitar dengan menyerap karbon dioksida. Cat ini juga tidak mudah bakar dan boleh membantu mencegah kebakaran.
Rangkaian cat baharu ini menawarkan kira-kira 500 pilihan warna yang akan ditawarkan di semua pengedar sah Kansai Paint mulai Julai 2018.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Selain daripada 409 fasiliti kerajaan yang telah dijadikan pusat kuarantin COVID-19, kerajaan Malaysia juga telah menambah 63 premis lain bagi memenuhi keperluan warga Malaysia yang baru pulang dari luar negara.
Zon kuarantin baru ini termasuklah beberapa hotel ternama seperti Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan, Tanjung Rhu Resort di Langkawi, Grand Millenium di Kuala Lumpur, Hilton Kuala Lumpur, Hilton Petaling Jaya dan Dorsett Grand Subang di Subang Jaya.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri selaku Menteri Pertahanan, rakyat Malaysia yang mahu dikuarantin di hotel 5 bintang yang tersenarai perlu menanggung sendiri pembiayaan mereka sepanjang 14 hari kuarantin.
Berikut merupakan senarai penuh hotel yang dipilih sebagai pusat kuarantin berserta anggaran harga untuk satu malam:
KUALA LUMPUR
Hilton Kuala Lumpur – RM360
Grand Millenium – RM340
Ramada Suites Kuala Lumpur – RM270
Hotel Rayal Kuala Lumpur – RM270
Hotel Impiana KLCC -RM320
The Pearl Kuala Lumpur – RM240
Ibis Kuala Lumpur City Centre -RM190
Furama Bukit Bintang -RM150
Cosmo Hotel Kuala Lumpur – RM150
Hotel Premiera KL – RM179
J-Hotel by Dorsett – RM180
Holiday Inn Express -RM180
Ibis Styles Kuala Lumpur – RM170
Four Points by Sheraton, Chinatown – RM220
Swiss-Inn Kuala Lumpur – RM190
Hotel Plaza Grand.KL – RM110
Silka Cheras – RM100
Ancasa Express@Pudu – RM90
Living at dsulaiman – RM79
SELANGOR
Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan – RM 320
Best Western, PJ – RM170
Hilton Petaling Jaya, PJ – RM230
Hotel Sunway Clio, PJ – RM260
Hotel Sunway Pyramid, PJ -RM270
Qliq Damansara, PJ – RM170
Dorsett Grand Subang, Subang Jaya -RM230
Four Points by Sheraton, Puchong- RM195
Hilton Garden Inn, Puchong – RM160
PUTRAJAYA/CYBERJAYA
Dorsett Putrajaya – RM180
FOX Lite Hotel Dpulze, Cyberjaya – RM150
COOP Hotel Putrajaya & Cyberjaya – RM70
CAMERON HIGHLANDS
The Cool Point, Tanah Rata -RM160
SABAH
Pan Borneo Hotel – RM105
Ming Garden and Residences -RM160
Hotel Monaco Boutique – RM80
SARAWAK
Grand Dormani Rajah Court Hotel -RM90
Hock Lee Hotel and Residences – RM160
Hotel Kuching Park – RM130
LANGKAWI
Tanjung Rhu Resort – RM350
Hotel Adya Chenang – RM110
JOHOR
Hotel Crystal Crown, JB – RM170
Felda Residence Tanjung Leman -RM370
Hotel Hallmark Regency – RM125
Hotel Millesime – RM140
Hotel New York – RM120
Swiss Inn, JB – RM130
Hotel V8, Skudai – RM160
PULAU PINANG
Rainbow Paradise Beach Resort – RM190
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!