
Lantai rumah bukan sekadar tempat berpijak – tapi asas utama suasana rumah yang bersih, selesa dan menyenangkan. Kalau lantai berhabuk, melekit atau berbau hapak… mood pun boleh rosak. Tapi jangan risau, IMPIANA kongsikan empat langkah paling mudah dan berkesan untuk buat lantai anda bersih berkilat, tak melekit dan kekal harum lebih lama!
Langkah 1 – Cuka + Air Panas (Asas Bersih Sempurna)
Sapu dahulu lantai untuk buang habuk dan rambut. Kemudian, sediakan 1 baldi air panas + 2–3 sudu besar cuka putih. Mop seluruh rumah dengan bancuhan ini. Kombinasi panas dan asid cuka bantu tanggalkan sisa minyak & bau hapak. Biarkan kering sepenuhnya.
Langkah 2 – Sentuhan Peluntur (Untuk Bersih Lebih Dalam)
Campurkan 1 penutup kecil peluntur ke dalam baldi berisi air. Gunakan dengan sarung tangan dan jangan berlebihan! Peluntur bantu hapuskan kuman degil, tapi jika terlebih boleh merosakkan tangan dan permukaan lantai.
Langkah 3 – Mop Dengan Pencuci Beraroma
Setelah lantai kering, mop semula guna sabun pencuci lantai berbau harum – seperti ros, lemon atau lavender. Kalau kehabisan stok, pelembut fabrik (1–2 penutup) juga boleh dijadikan alternatif. Bukan saja harum, tapi bantu melembutkan permukaan lantai!
Langkah 4 – Bilasan Akhir Dengan Air Bersih
Akhir sekali, mop lantai dengan air. Langkah ini penting supaya tiada sisa bahan kimia tertinggal. Bila lantai dah kering, anda akan rasa puas hati tengok rumah bersih, licin dan wangi umpama baru masuk rumah baru!
Tip Tambahan IMPIANA:
Gunakan mop microfiber & tukar air mop setiap kali kotor supaya hasil lebih maksimum.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




