Seperti yang sudah kita tahu, kesan bintik hitam atau tahi lalat muncul apabila pakaian dibiarkan lembap dan berkuap selama beberapa hari. Perkara ini boleh terjadi dengan sengaja ataupun tidak. Pasti kecewa apabila melihat pakaian kesayangan kita sudah bertahi lalat dan tidak lagi boleh digunakan kerana nampak kotor dan tidak kemas. Kebiasaannya, tahi lalat memang agak susah dan mustahil untuk dihilangkan. Tetapi jangan panik dulu. Cuba ikut langkah mudah ini untuk hilangkan tahi lalat pada pakaian anda, mungkin berkesan. Selamat mencuba!
LANGKAH-LANGKAHNYA :
1. Masukkan cuka kedalam baldi yang berisi setengah liter air.
2. Rendamkan pakaian yang bertahi lalat tersebut kedalam campuran tadi selama24 jam.
Ads
3. Selepas 24 jam, anda boleh cucui pakaian tersebut seperti biasa menggunakan sabun basuh baju.
4. Sediakan baldi berisi air panas dengan perahan limau nipis atau lemon.
Ads
5. Kemudian bilas pakaian yang sudah dibasuh menggunakan air panas dengan perahan limau yang telah disediakan tadi.
6. Biarkan pakaian selama beberapa minit didalam bilasan tadi kemudian ulang mencuci dengan sabun.
Ads
7. Selepas itu, bilas sahaja menggunakan air bersih.
8. Jika masih ada tahi lalat pada pakaian tadi, cuba ulang bilas dengan air panas + limau nipis/ lemon sehingga anda puas hati.
9. Jemur pakaian tadi di tengah panas sehingga betul-betul kering.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli peti sejuk baharu ataupun baru pertama kali ingin membeli untuk rumah anda, mungkin terdapat sedikit kebingungan di mana nak mula mencari. Maklumlah peti sejuk bukan macam baju, boleh nak cuba-cuba dulu. Kalau tersalah beli size baju boleh tukar, tapi kalau salah beli peti ais? Haa. Jadi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mulakan pencarian. Lihat list yang IMPIANA buatkan untuk memudahkan proses ini untuk anda. Selamat mendeko!
Kenali Perbezaan Peti Sejuk Berdiri Dengan Peti Sejuk Built-In Kebiasannya kita lihat peti sejuk berdiri digunakan di kebanyakan rumah di negara ini tetapi tahukah anda terdapat juga peti sejuk jenis built-in yang dibina mengikut citarasa dengan saiz yang anda inginkan. Jadi, adalah penting untuk mengetahui perbezaan antara kedua-duanya sebelum anda mula membeli-belah, terutamanya jika anda masih lagi tidak pasti tentang jenis peti sejuk yang diingini. Peti sejuk berdiri bebas dan mudah untuk dipasang kerana ia hanya perlukan ruang dan soket untuk berfungsi. Lain pula untuk peti sejuk built-in, ia dibina terus ke ruangan kabinet dan boleh dipadankan bersama keseluruhan dapur anda. Anda juga boleh binakan peti sejuk jenis built-in ini dengan seluas luasnya jika anda mahu.
Pilihan Orientasi Peti Sejuk Adakah anda mahukan peti sejuk jenis menegak, peti sejuk beku dibahagian atas atau bawah? Ataupun peti sejuk jenis melintang, peti sejuk sebelah menyebelah? Apapun pilihannya, pastikan anda telah mengambil kira tentang cara penggunaan yang akan mempengaruhi pergerakan bagi memudahkan aktiviti di dapur.
Ciri-ciri Yang Sesuai Dengan Kegunaan Anda Sila lihat semula dalam peti sejuk anda sekarang dan fikirkan tentang semua perkara yang anda suka tentangnya, atau apa yang anda ingin ubah dan tambah. Buatkan satu checklist agar mudah anda lihat antara keperluan dan keinginan. Jangan terlalu ghairah memilih sampaikan fungsi yang tidak relevan pun anda mahu. Membazir namanya tu..
Ukuran Yang Tepat Sama ada anda sedar atau tidak, peti sejuk akan mengambil ruang yang banyak di dapur. Memang sesetengan kediaman telah menyediakan ruang khas untuk peti sejuk tetapi anda juga perlu mengambil kira ruang pada belakang peti sejuk untuknya “bernafas” dengan lancar. Jadi sebelum pergi membeli, pastikan anda telah siap-siap mengambil ukuran ruang dan untuk lebih selamat biarkan ruang besar sedikit daripada saiz peti sejuk yang dibeli.
Kecekapan Tenaga Peti Sejuk Kebanyakan produk elektrik sekarang adalah lebih efisyen dan mesra alam berbanding barangan yang dikeluarkan sepuluh tahun yang lalu. Jadi adalah lebih mudah untuk anda memilih peti sejuk baru yang menjimatkan tenaga dan bil elektrik anda. Di samping itu, penggunaan peti sejuk dengan teknologi hijau juga dapat membantu kita menyelamatkan bumi dari tercemar.
Jadi, tunggu apa lagi? Selamat membeli-belah!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kerja di dapur kelihatan rumit dan membebankan jika anda tidak bijak mengatur atau menyelenggara di peringkat awal. Bagi melancarkan kerja atau tugasan di dapur, berikut 10 kitchen hack yang sangat bermanfaat yang pelru anda cuba:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Melaka, pusat sejarah yang tersenari di dalam UNISCO. Bila sebut sahaja Melaka, perkara pertama yang terlintas diminda adalah Bandar Hilir. Bersebelahan dengan bekas kubu yang dibina Portugis, terdapat sebuah perkampungan yang menjadi pusat komersial masyarakat Baba dan Nyonya. Di kenali dengan nama Jonker Street atau Jonker Walk, kawasan ini dibarisi rumah kedai yang mempunyai ciri-ciri senibina abad ke-17.
Dalam deretan rumah kedai di Jonker Street, terdapat beberapa unit yang telah diubah suai menjadi hotel dan rumah penginapan. Salah satunya adalah Jonker Mansion 11. Lari dari kebiasaan, bahagian dalam Jonker Mansion 11 memaparkan dekorasi colonial. Terdapat 2 bilik tidur yang berupaya menampung 10 orang penghuni dalam satu masa.
Menariknya, terdapatnya sebuah kolam renang sebagai kemudahan dan antara tarikkan utama rumah penginapan ini. Fokus utama pemilik adalah memberi peluang dan pengalaman berbeza kepada pelanggan dangan gaya dekorasi luar biasa tidak seperti mansion atau rumah kedai yang terdapat di sini. Nak tahu keseluruhan dekorasi rumah penginapan ini, jom tonton vodieo 360 yang disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!