Pelbagai kaedah dan jenis baja yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil bunga yang kembang mekar di laman. Sama ada dengan menggunakan bahan organik mahupun kimia, pasti ada hasilnya. Namun kali ini LAMAN IMPIANA nak galakkan anda untuk hasilkan baja penggalak bunga dari buah-buahan atau sayuran yang rosak dari dapur anda. Buahan dan bungaan (250 g setiap bahan):
1. Pisang
2. Labu
3. Lobak merah
4. Tomato
5. Betik
6. Bunga-bungaan
Nota: Kesemua buah-buahan diambil dengan kulit sekali. Lebih ranum buah lebih baik.
Perisa:
1. Gula merah (5 kg)
2. 1 sudu makan EM
3. 1 sudu makan IMO
Ads
Alat:
1. Bekas plastik besar
2. Kain
3. Botol
Ads
Cara pembuatan :
1. Potong semua buah-buahan
2. Masukkan ke dalam sebuah bekas plastik
3. Campur bunga, gula merah, EM dan IMO
4. Kacau dan lenyek dengan menggunakan senduk kayu. Jangan gunakan tangan.
5. Tutup bekas plastik itu dengan kain
6. Peram sekurang-kurangnya 10-14 hari
7. Selepas hari ke 10-14, tapis buahan yang diperam.
8. Hasil cecair disimpan ke dalam botol
9. Hampas tapisan pula boleh diperam untuk kali kedua, dengan tambahan gula merah. Sukatan lebih kurang sama macam peraman kali pertama
Peraman kali kedua bolehlah lebih lama lagi. Terpulang pada anda, tapi peraman kali kedua boleh sehingga mencapai 1 bulan, selepas itu tapis lagi, dan campurkan hasil peraman kali kedua dengan hasil peraman kali pertama.
Ads
Penggunaan:
Nisbah: 1 atau 2 sudu makan dengan 1 liter air.
1. Boleh campurkan bersama EM dan baja ikan.
2. Siram tanah atau sembur pada daun.
3. Kekerapan semburan: 1 atau 2 kali seminggu atau ikut kerajinan anda.
Selamat mencuba.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kita semua sedar tentang pandemik COVID-19 yang berlaku seluruh dunia, dan Malaysia antara negara yang paling terkesan. Sebagai langkah pencegahan, kerajaan kita sudah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – bermakna mereka yang tidak terbabit dalam pekerjaan yang menawarkan perkhidmatan penting, diarahkan untuk berada di rumah dan bekerja dari rumah selama beberapa minggu.
Bagi kebanyakan orang, ini adalah peluang baik untuk mengukuhkan hubungan dengan keluarga dan dalam semangat kekeluargaan ini, ada banyak aktiviti yang boleh kita lakukan. Inilah masanya di mana anda akan duduk bersama di sofa, menonton rancangan kegemaran anda terus menerus, atau menghidupkan malam dengan membuka mainan berpapan yang sudah berhabuk. Dulux, jenama peneraju cat dekoratif dari AkzoNobel, mencadangkan sedikit kelainan – projek seni dekorasi untuk bilik anak anda.
2. Warna Blok Ceria! Blok warna adalah trend rekaan yang menggandingkan blok warna terang dan padu untuk mencipta ruang yang mengujakan dan penuh tenaga. Ini adalah cara yang mudah dan menyeronokkan untuk memulakan projek mengecat DIY dengan anak-anak anda. Pakar Warna Dulux berkongsi beberapa panduan dan menyarankan cara mudah iaitu dengan mengosongkan sebahagian dinding untuk ini. Contohnya, bahagikan bilik yang dikongsi oleh anak-anak kepada dua dan cat dinding setiap bahagian dengan warna berbeza. Gandingan warna yang cerah dan berlawanan seperti gandingan kuning dan merah jambu (seperti pembahagian di sebelah), akan menghasilkan persekitaran yang ceria dan penuh semangat untuk kanak-kanak.
3. EasyClean Kalis Contengan! Conteng di dinding memang mengimbau banyak kenangan! Sesetengah daripada kita mungkin masih ingat dimarahi ibu dan ayah kerana menconteng dinding dan akhirnya diketuk jari dengan pembaris. Kali ini, kami sarankan anda menggalakkan anak menconteng, tetapi hanya selepas dinding dicat dengan Dulux EasyClean. Dulux EasyClean adalah cat emulsi boleh cuci berkualiti tinggi (premium). Ia menyediakan lapisan pelindung unik yang kalis tompok degil, jadi ia boleh dilap dengan mudah. Dinding yang dilindungi ini akan membolehkan anak-anak meluahkan kreativiti masing-masing dan anda juga boleh ‘tumpang sekaki’ berkongsi keseronokan sambil menunjukkan bakat Rembrandt anda. (Menentang & menangkis hampir semua kesan cecair cth air, minuman ringan, jus buah, kicap, sos tomato, sos cili, yogurt, ais krim dan kesan kotor kapur, habuk dan lumpur.)
4. Bermain dengan Bentuk! Penggunaan bentuk bulat dalam warna ceria menambah elemen seronok pada bilik kanak-kanak. Ini boleh dilengkapkan dengan penggunaan palet warna lembut sebagai tirai latar neutral, yang menghidupkan bilik namun kekal menyejukkan mata. Untuk mencari padanan warna sesuai, anda boleh menggunakan aplikasi Dulux Visualizer, yang boleh membantu anda dengan pelbagai cadangan. Anda boleh mencipta pelbagai jenis suasana, daripada suasana menenangkan dengan bulatan warna neutral hingga ke suasana ceria yang dimeriahkan bulatan beraneka warna.
5. Inspirasi Jalur Menurut Pakar Warna Dulux, melukiskan garisan melintang akan membuatkan bilik tampak lebih besar, contohnya set bilik di sebelah sebagai contoh terbaik dan senang dihasilkan. Dinding bilik ini dicat dengan kombinasi Dulux Bold Damson / 48RR 08/146 dan Kenneth Square 90YR 55/051. Warnanya cukup sepadan antara satu sama lain, dengan satu memberikan kesan hangat dan menenangkan manakala gandingan ton satu lagi memaparkan warna yang menyejukkan. Sebagai alternatif, jika anda mahu meneroka lebih banyak mengenai cara menghasilkan garisan melintang ini, anda boleh merujuk ke video YouTube yang kami sediakan.
Dengan semua saranan yang diberikan, kami galakkan anda untuk memulakan langkah dan jadikan jangka masa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini waktu yang tidak akan dilupakan. Masa berkualiti dengan ibu bapa adalah antara perkara yang amat dihargai oleh seorang anak dan akan diingat sampai bila-bila. Oleh kerana hari raya juga akan menjelang tidak lama lagi, inilah peluang terbaik untuk menghangatkan warna dalam bilik anak anda. Jika mahu meneroka lebih banyak mengenai warna yang dibawakan oleh Dulux, apa yang anda perlu lakukan hanyalah menghalakan browser anda ke www.dulux.com.my.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Biasanya, selepas telur digunakan kita hanya akan membuang saja kulitnya. Tidak pernah terlintas pula nak gunakan lagi kulit telur yang dianggap sebagai bahan buangan.
Tetapi tahukah anda, fakta mengatakan 95 % bahagian kulit telur adalah kalsium karbonat iaitu bahan yang sama terdapat pada cangkerang, batu karang dan batu kapur. Nutrien ini penting dan memberikan manfaat kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman.
Selain itu, kulit telur juga dikatakan elok untuk merawat kulit muka yang bermasalah. Mari ikuti kegunaan kulit telur yang tak pernah kita terfikir pun!
Tanah yang mempunyai kandungan pH yang rendah biasanya mengandungi kandungan kalsium yang rendah. Menaburkan kulit telur yang telur dihancurkan pada permukaan tanah tersebut akan meningkatkan kandungan pHnya tersebut. Ini sesuai bagi taman yang mempunyai tanah jenis berasid. Jadi, penambahan kulit telur akan bertindak sebagai suplemen yang akan menyuburkan tanaman.
Kaedah: Hancurkan kulit telur sehingga halus bagi mempercepatkan penyebaran kalsium kepada tanah. Taburkan secara sekata di sekitar tanaman ataupun digaulkan bersama bahan kompos.
Gunakan kulit telur sebagai bekas penyemaian biji benih. Selain daripada bersifat keras dan mampu menampung tanah, kandungan kalsium yang terdapat pada kulit telur juga dapat membantu tumbesaran biji benih.
Kaedah: Kulit telur dibersihkan terlebih dahulu, kemudian medium penanaman 2:1:1 (2 tanah loam, 1 bahan organik: 1 pasir) dimasukkan separuh daripada ruang telur. Masukkan biji benih dan tunggu sehingga bijih benih bercambah. Seterusnya boleh dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.
Apabila memiliki taman yang menghijau dan subur pasti menggamit serangga penghisap darah, nyamuk. Pembaca mesti pernah melihat lilin jenis ini dijual dipasaran. Lilin yang diperbuat daripada serai wangi ini mampu menghalau nyamuk serta serangga perosak di kediaman anda. Buat sendiri lilin ini menggunakan kulit telur sebagai bekas acuan. Letakkan lilin ini di atas meja ruang tamu, anjung atau decking untuk membantu mengurangkan serangan nyamuk dan serangga lain.
Kaedah: Pecahkan telur di bahagian paling atas. Cuci kulit telur sehingga bersih. Keringkan dan masukkan serai wangi dan lilin yang telah dipanaskan.
4. Masker wajah
Akhir sekali, kulit telur juga boleh membantu merawat beberapa masalah kulit serta melicinkan kulit wajah.
Masukkan serbuk kulit telur ke dalam cuka epal dan rendamkan ia selama beberapa hari. Kemudian, sapukan campuran tadi pada kulit yang gatal.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
IMPIANA diberi peluang oleh wanita cekal ini untuk berkongsi sekali lagi tip beliau menghias rumah dalam masa 24jam dengan kos serendah RM3000. Hebat kan! Jom baca kisah bagaimana wanita ini lakukan.
Rencana yang dikupas dari laman sosial media Facebook milik beliau yang diberi nama Mcyah Joanjett ini pasti menarik perhatian pengemar dekorasi.
KISAH SEBENAR : Ini teratak kecil kami. 5 tahun tinggal disini. Alhamdulillah dah selamat buat 3 anak dalam rumah kecil ini.
Dengan keinginan yang tinggi untuk merasai rumah berkonsepkan mewah classic, dengan kreativiti dan idea yang tercetus, dengan bajet yang suam suam kuku. Aku bincang dengan suami dimalam hari (pastikan upah dulu), ku bentangkan bajet dan idea ku. Suami bersetuju, esok pagi kami terus pulun ubahsuai.
Alhamdulillah dalam masa 24jam sahaja kami siap mendeco teratak kecil kami yang hidup segan mati xmahu kepada konsep moden classic. Pengubahsuaian ini dibantu oleh team #tzconsturction (team kerja somi aku?). Jumlah modal keseluruhan RM3000++ sahaja dah termasuk kos cat. Jimat super duperrr. Ramai tak percaya. Korang tak tahu lagi aku punye kedekut taik idung masin. 3k ni pun aku rasa mahal dah.
Husben cakap, inilah yang dinamakan rumah ku syurga ku. Bila saya balik kerja penat, masuk rumah sangat tenang. Tengok pula awak, rasa geram selaluuu aum.
Untuk details barangan dan harga ada saya terangkan pada setiap gambar. Barang ikea kebanyakan saya guna personal shopper so mungkin harga yang saya beri tu lain sikit. Lebih mahal dari asal sbb termasuk upah dia g beli.
Tapi percayalah ada 3 keajaiban bila rumah sedap mata memandang. Suami akan jarang keluar lepak. Kasih sayang bertambah erat. Anak2 dah tak sepahkan rumah. Sanak saudara datang pun rasa selesa. Lepas ubahsuai rasa besar pulak ruang dalam umah ni kikiki?.
Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumahtangga sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kawin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kita orang biasa2, deco sahaja biasa2 semampu boleh asalkan kemas dan menarik.
Suami janganlah lokek, percayalah korang jugak akan rasa tenang setenang air dikali. Sesungguhnya isteri sanggup buat apa shj demi suami rasa bahagia dirumah dan disisi anak isteri. Isteri pulak kena rajin. Nanti suami sayang selalu. Allah kan suka manusia yang bersih. Kalo allah dah suka kita, pasangan kita lagi suka kat kita.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!