Raja buah Mat Saleh kata Smell like hell, taste like haven. Namun hanya isi durian sahaja yang dinikmati tanpa diketahui khasiatnya. Sebenarnya, pokok durian mempunyai banyak khasiat juga. Bukan sekadar pada isi nya, akar dan daun juga mempunyai manfaat kepada kesihatan. Lebih mengejutkan kulitnya punya pelbagai kegunaan. antaranya ialah:

1. Menghilangkan aroma durian pada tangan dan mulut

Seperti yang diketahui bahawa durian memiliki aroma yang sangat menyengat dan kadang mengganggu apalagi jika ada orang yang tidak suka dengan bau durian. Beberapa orang yang tidak suka dengan bau buah durian ini boleh mengalami mual dan muntah. Jadi cara yang mudah dan cepat menyingkirkan bau durian adalah dengan meletakkan air di dalam pangsa durian. Kemudian air tersebut digunakan untuk minum, mencuci tangan dan berkumuh

Kulit Durian Bukan Sekadar Boleh Halau Nyamuk Dan Lalat, Boleh Buat Masker Untuk Jerawat
Kulit Durian Bukan Sekadar Boleh Halau Nyamuk Dan Lalat, Boleh Buat Masker Untuk Jerawat

2. Ubat nyamuk

Abu yang terhasil akibat pembakaran kulit durian akan menghasilkan aroma yang tidak digemari serangga terutamanya nyamuk dan lalat.

3. Mengatasi sembelit

Jika anda mengalami masalah sembelit, ambil lapisan kulit durian di bahagian dalam yang berwarna putih dan tumbukan hingga lumat dan dicampurkan bersama beberapa sudu madu untuk dimakan

IKLAN

4. Ubat sakit perut

Manfaat lain kulit durian adalah untuk mengubati kekejangan atau sakit perut. Caranya cukup mudah. Anda hanya perlu mengambil bahagian dalam kulit yang berwarna putih dan kisar halus menjadi seperti pes yang pekat. Kemudian tampalkan pes tersebut sekitar perut dan biarkan selama 15 minit atau sehingga rasa sakit hilang

Kulit Durian Bukan Sekadar Boleh Halau Nyamuk Dan Lalat, Boleh Buat Masker Untuk Jerawat

5. Atasi masalah senggugut ketika haid

Masalah ini memang amat mengganggu keselesaan wanita ketika menghadapinya. Lebih-lebih lagi, masalah senggugut datang ketika anda sedang melakukan aktiviti. Ia bakal mengganggu emosi. Untuk langkah kawalan, kebiasaannya pengambilan pil mampu bertindak dengan cepat. Namun, pengambilannya secara kerap akan memberi kesan jangka masa panjang kepada hal kesihatan yang lainnya.

IKLAN

jadi, rawatan alaminya adalah dengan melakukan kaedah seperti mana merawat sakit perut. Di mana kulit bahagian dalam durian diambil dan dikisar lalu dijadikan seperti param pada perut

6. Mengubati bisul

Perghhh… bila kena bisul adalah satu penyiksaan yang berpanjangan. Nak-nak kalau kena pada bahagian yang mudah terusik seperti punggung, tangan, ketiak dan sebagainya. Lagi lama menunggu masaknya bisul, lebih terseksa. Ada yang mengambil keputusan untuk buat pembedahan kecil mengeluarkan mata bisul secara paksa.

Tahukah anda, kulit durian adalah ubat terbaik mempercepatkan bisul tadi masak dan sembuh. Caranya adalah dengan membakar kulit durian sehingga kering dan sedikit kehitaman. Tumbuk halus dan campurkan serbuk durian tadi dengan air menjadi pes. Tepekkan pes tadi pada sekitar bisul dan buat lubang sikit pada bahagian matanya sehingga bisul sembuh.

IKLAN

7. Anti bakteria

Menurut penelitian yang dilakukan universiti Luar negara seperti Thailand, kulit durian mengandungi manfaat yang sangat luar biasa bagi kesihatan tubuh. Bahagian dalam kulitnya yang berwarna putih mengandungi zat pektrin yang mampu membantu tubuh melawan bakteria.

8. Mengubati jerawat

Kulit durian berfungsi sebagai anti bakteria yang secara tidak langsung berupaya merawat jerawat yang sedang meletus di muka anda.

Kaedah atau cara penggunaan kulit durian untuk merawat jerawat sama seperti yang dilakukan dalam proses mempercepatkan bisul masak. Usapkan abu kulit durian yang telah dikisar halus pada kawasan jerawat atau boleh jadikannya sebagai masker dengan mencampurkan abu tadi dengan air suam.

Kulit Durian Bukan Sekadar Boleh Halau Nyamuk Dan Lalat, Boleh Buat Masker Untuk Jerawat

Sumber: www.khasiat.co.id

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI