Modal Simen RM 20+Pebbles Wash RM 35 Untuk Hasilkan Lebih 20 Keping Batu Pemijak

Share

Bahan-bahan

  • Batu kerikil halus (pebble wash)
  • Bancuhan konkrit
  • Acuan batu pemijak (1 kaki x 1 kaki atau mengikut saiz yang diingini)
  • Peralatan pembinaan
  • Span dan berus lembut

 

Langkah-langkah:

  1. Sediakan bancuhan simen dengan nisbah dua bahagian pasir dan satu bahagian simen. Air disukat berdasarkan kadar kepekatan bancuhan.

  1. Sediakan acuan yang diperbuat daripada 4 keping kayu bersaiz 2 inci lebar. Letakkan di atas permukaan rata seperti papan bagi membentuk permukaan dan dasar sekata.

  1. Masukkan bancuhan simen ke dalam acuan. Ratakan.

  1. Kemudian taburkan batu pebble dengan rapat dan rata. Tekan perlahan-lahan sehingga batu pebble ditutupi lapisan nipis bancuhan simen sepenuhnya.

  1. Biarkan di bawah cahaya matahari selama 1 jam.

  1. Seterusnya, condongkan papan yang mendasari acuan membentuk batu pemijak tersebut. Dengan menggunakan span yang dipenuhi air, lap permukaan dengan lembut batu pemijak tersebut.

  1. Menggunakan berus cat, berus permukaan batu pemijak secara lembut untuk menyucikan permukaan nipis simen daripada batu pebble. Setelah permukaan nipis simen selesai di sapu, keringkan batu pemijak selama sekurang-kurangnya 36 jam di bawah matahari penuh.

  1. Batu pemijak batu pebble sedia digunakan!

 

Info

  • Bancuhan konkrit cair akan menyebabkan batu pemijak menjadi lebih ringan
  • Bancuhan konkrit pekat akan menghasilkan batu pemijak yang lebih berat dan padat.
  • Permukaan dasar yang tidak rata dan acuan tidak bersudut tepat menyebabkan batu pemijak gagal statik ketika pemasangan serta boleh menyebabkan keretakan.
  • Selain batu pebble halus, batu pebble bersaiz sederhana sesuai dijadikan salah satu kemasan batu pemijak serta boleh digunakan sebagai laluan refleksologi.
IKLAN