Kos Bawah RM550, Idea Praktikal Hias Dapur Sempit Dengan Counter Table

Share

Memiliki meja kaunter atau island kitchen di dapur menjadi impian setiap pemilik rumah. Ini kerana ia amat efektif dalam memastikan tugas penyediaan hidangan untuk seisi keluarga berjalan lancar. Bagaimana pula kalau mahu aplikasikan projek ini tetapi berhadapan dengan masalah kawasan dapur bersaiz kecil?

Oleh itu, IMPIANA ingin membantu anda bagaimana untuk sediakan counter table di dapur melalui perkongsian idea yang diberikan oleh Pn Betty Ramli di rumahnya yang terletak di Bandar Puteri Hillpark, Kedah.

Idea ubahsuai ini datang selepas pasangan ini berasa tidak selesa kerana mempunyai barang yang terlalu banyak di dapur dan ingin memberikan nafas baharu di dapurnya.

Menurutnya, dia mendiami rumah sewa

ini dengan dapur berkeluasan 10 kaki x 8 kaki dan demi menjadikan impiannya untuk memiliki sebuah meja kaunter idaman, beliau banyak merujuk kepada pelan susun atur yang disediakan oleh IKEA.

Ia bermula dengan pembelian base table Metod dan dipadankan dengan counter top Ekbaken dan dilengkapi dengan Utrusta Shelf yang ketiga-tiganya berharga hanya RM546.90. Ini cuma kos pembelian sahaja kerana segala pemasangan di dapur rumahnya dipasang sendiri

oleh suaminya yang bertugas sebagai mekanik.

Idea ringkas tapi praktikal sesuai untuk mereka yang mempunyai dapur sempit dengan bajet mampu milik.

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN