Rumah sewa besar atau kecil, tetap perlu dihias indah. Baru lah rumah yang di diami menjadi “rumahku, syurgaku”. Menyingkap akaun Instagram Edgar Santos atau mesra dikenali dengan nama Ed, IMPIANA tertarik dengan konsep dekorasi yang disampaikan.
Menggabungkan konsep Scandinavian dengan cetusan urban jungle, kediaman jejaka yang terletak di Belo Horizonte, Brazil ini kelihatan ceria dan segar. Walaupun apartmen yang disawa bersaiz kompak, pemilihan perabot dan padanan rona yang tepat menjadikan ia kelihatan sempurna.
Ads
Pemilihan vibrasi rona yang berani tidak kelihatan terlalu dominan apabila di seimbangkan dengan warna asas putih dan cetusan aura hijau dari indoor plant yang terdapat di setiap inci kediaman ini. Tambahan, Ed menjadikan cetusan rona vibrasi dalam gaya yang tersendiri dan unik
Ads
Menurut Ed, inspirasi tercetus dari hasil kerja arkitek tersohor Mauricio Arruda dan pereka Paulo Biacchi. Kebanyakkan tanaman indoor yang digunakan di dalam kediaman ini adalah dari iklim tropika antaranya pokok kelapa, peperomia, kaktus, pepakis dan pelbagai lagi.
Proses membeli kediaman bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan tergesa-gesa dan tanpa menitikberatkan beberapa aspek penting bagi menjamin masa hadapan. Perkara ini memerlukan perancangan dan penelitian yang mungkin mengambil masa yang agak lama. Kerana duit yang bakal dibelanjakan bukannya sikit, dan kalau tersalah beli, kesannya berpanjangan.
Untuk yang baru bercadang untuk membeli kediaman jenis apartmen, terdapat beberapa hal yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan.
Mari kita semak checklist yang disediakan oleh pakar hartanah yang juga pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad ini.
PANDUAN BELI APARTMENT
1. Beli apartment yang tak lebih dari 500 unit dalam satu bangunan. Semakin padat kediaman, semakin banyak masalah yang akan datang.
2. Elakkan beli unit yang bawah sekali, risiko kecurian dan kebersihan susah dikawal nanti.
3. Semakin tinggi kita beli semakin rendah tekanan air nanti.
4. Beli apartment yang status tanahnya kediaman dan bukan komersial. Bil utiliti, bayaran pengurusan jadi tinggi jika beli yang komersial nanti. Biasanya service apartments begini.
5. Jika dapat setiap tingkat tak lebih dari 10 unit rumah, semakin banyak rumah semakin banyak masalah aras tersebut nanti.
6. Unit kita jangan menghadap matahari petang (west) isteri kita akan seksi sepanjang malam. Untung masa depan
7. Semak tahap keselamatan ada berapa peringkat, sebaiknya tak kurang dari 3 peringkat.
8. Pastikan apartment kita yang 3 bilik dan 2 bilik jangan beli yang kurang dari itu. Elakkan beli Soho, Sovo, Sofo, soto!
9. Jangan beli yang rendah silingnya, sebaiknya lebih dari 8’kaki tinggi. Bila pasang kipas agar tak terputus jari.
10. Pastikan ada ruang ampaian yang sesuai, takkan baju nak hantar dobi dan sidai diruang tamu nanti.
11. Jangan ambik unit dekat lif, kawasan lift selalu bising dan tempat pertemuan seluruh dunia. “Woi cepatlah, lift dah sampai!”
12. Beli dari pemaju yang terkenal dan ada nama, jangan beli yang baru nak buat kali pertama. Lawat projek lepas mereka, kualitinya bagaimana?
13. Semakin banyak fasiliti yang disediakan semakin baik, ada ruang gym, dewan, library dan ruang kawin lagi.
14. Pelan yang bagus ada dua zon ruang, satu ruang tamu, makan dan dapur, satu lagi zon privacy iaitu bilik kita dan keluarga. Sebaiknya ruang ini terasing. Bilik tidur jauh dari pandangan tetamu atau umum. Ada apartment yang bilik tidur buka pintu tetamu nampak.
15. Pastikan dapat parking, jika dapat 2 parking percuma lebih baik. Satu parking boleh disewakan bagi bawar duit selengara.
16. Jangan cepat ghairah nak beli, ada banyak kediaman strata dah siap belum terjual. Waktu ekonomi begini lebih baik beli yang dah siap. Buat apa ambil risiko terbengkalai kalau dah ada yang siap.
Jangan lupa minta hadiah percuma, zaman sekarang tak semua orang ada kuasa membeli. Tanyakan apa barang percuma boleh dapat. Kabinet dapur lebih istimewa!
Selamat membeli kawan-kawan, jangan mudah putus asa. Cari sampai jumpa, lambakan apartment makin banyak.
Lelaki seksi ada rumah sendiri sebelum cari isteri, amacam ada berani?
Macam-macam hal dan perangai penyewa ni. Susah nak dapat penyewa yang betul-betul jaga rumah yang disewa macam rumah sendiri. Lebih pening apabila penyewa lari dengan tak berbayar tunggakkan sewa dan bil utiliti. Bila bekas penyewa meninggalkan rumah dengan bil utiliti tertunggak tuan rumah lah jadi mangsa.
Namun bagi mengatasi masalah ini, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil langkah proaktif untuk membantu pemilik rumah menyelesaikan masalah yang kerap dihadapi oleh pemilik rumah. TNB telah memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk melindungi pemilik rumah dari masalah tersebut.
Skim ini membolehkan nama penyewa didaftarkan dalam bil TNB bulanan. Ia ibarat pemilik membuka akaun khas untuk penyewa. Sekiranya terdapat tunggakan selepas penyewa berpindah dari rumah yang disewa, akaunnya akan terus ditanggung oleh penyewa sampai bila-bila. Jadi, bila penyewa nak daftar nama di tempat atau rumah sewa yang lain, akaun tadi akan dibawa sama.
Berikut adalah langkah-langkah untuk proses pendaftaran Skim Penukaran Penghuni Sementara:
Melalui cara ini Penyewa juga tidak perlu membuat bayaran Cagaran Deposit yang tinggi seperti 1/2 bulan atau 1 bulan yang diamalkan di Malaysia.
Nota: Jika ada tunggakan, tuan rumah perlu jelaskan disebabkan bil terdahulu di atas nama pemilik. Dengan skim ini, tuan rumah tidak perlu mengambil deposit bill elektrik dari penyewa baru
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Beli daun kunyit di kedai sampai seikat tetapi yang digunakan hanya sedikit. Sekadar penambah rasa dan penaik aroma. Jadi apa nak buat dengan lebihan daun kunyit tadi? Jika simpan dalam peti sejuk pun, pasti akan layu dan kering.
Melalui perkongsian di Facebook Huda Zainal ada menunjukkan panduan dan langkah yang betul menyimpan daun kunyit dan juga daun kesum supaya tahan lebih lama. Jom kita cuba!
Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi. First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.
Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.
Nak tau cara tengok gambar :
1.Lapik kitchen towel (kertas tisu) dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.
2.Basahkan kitchen towels tu. Biar dia lembap.
3. Macam tu. Tak banjir. Sekadar lembap je.
4. Masukkan daun kesum & kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.
5. Tutup atas daun tu dengan kitchen towel lembap juga. Lepas tutup bekas. Masukkanlah dalam peti sejuk. Tak lag asyik membazir je bila beli tak guna.
Ini dia hasil setelah lama simpan. Daun kunyit 3 minggu. Daun kesum 6 hari. Surprise juga masa buka bekas tadi.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!