
Berlalu sudah zaman pandemik. Kini kita beralih pula ke era endemik Covid-19. Peluang diberi, menyaksikan kerancankkan semula ekonomi dari semua sudut, gaya, budaya dan cerita. Turut merancakkan lagi warna-warnai kebangkitan endemik adalah KL International Art Exhibition 2022 yang dilancarkan pada 20hb Mei 2022 bertempat di KL City Art Gallery.
KL International Art Exhibition 2022 menggalas tema “New Horizon” sebagai salah satu semangat buat artis untuk bangkit selepas pandemik. Pameran membariskan artis-artis terkenal bukan sahaja di dalam malah luar negara. Antaranya, Syed Thajudeen, Suzlee Ibrahim, Rafiee Ghani, Ismadi sallehudin, poojitha Menon, Kalicharan Gupta dan ramai lagi.
Majlis pelancaran telah di hadiri oleh Duta-duta dari pelbagai negara termasuk Filipina, Romania, Belgium dan pelbagai lagi. Pameran bakal berlangsung mulai 20hb-31hb Mei 2022 di KL City Art Gallery dan semua peminat dan pengumpul seni dijemput hadir
Tahu Atau Tidak Perbezaan Topeng Muka?

Topeng muka kategori tiga lapisan dan N95 paling sesuai digunakan sebagai langkah pencegahan wabak coronavirus (COVID-19) kerana mampu menapis kira-kira 95 peratus virus.
Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun, menjelaskan topeng muka kategori berkenaan boleh menghalang virus terbabit tersebar melalui pengudaraan jika individu terkena titisan cecair dari hidung atau mulut yang dijangkiti COVID-19.
“Topeng muka tiga lapisan boleh didapati pada harga lebih murah berbanding N95. Biarpun topeng muka N95 paling baik, topeng muka tiga lapisan sudah memadai, selain harganya berpatutan. Jenis N95 lebih mahal dan lebih sesuai bagi menghalang jangkitan menerusi ‘airborne’ (udara).
“Topeng muka jenis tiga lapisan adalah jenis yang selalu digunakan pegawai perubatan dan kesihatan,” katanya sambil menambah, topeng muka jenis N95 boleh menapis virus pada kadar 95 peratus, bakteria (100 peratus), debu (100 peratus) dan debunga (100 peratus).
Fungsi topeng jenis tiga lapis pula sama seperti N95, iaitu boleh menapis virus pada kadar 95 peratus, namun hanya menapis bakteria pada kadar 80 peratus, debu (80 peratus) dan debunga (80 peratus).
Beliau tidak menggalakkan penggunaan topeng muka jenis dua atau satu lapisan mahupun jenis karbon yang boleh dibasuh dan digunakan semula kerana hanya boleh menapis virus pada kadar 10 peratus, bakteria (50 peratus), debu (10 peratus) dan debunga 50 peratus.
“Malah, topeng muka jenis karbon hanya sesuai bagi menghalang bau. Topeng muka juga tidak boleh digunakan berulang kali kerana dikhuatiri tercemar dengan virus yang boleh mengancam penggunanya.
“Saya faham keadaan kini amat mendesak lebih-lebih lagi dengan kekurangan bekalan topeng muka di pasaran akibat penularan wabak COVID-19. Jika hanya mampu mendapatkan topeng muka jenis dua atau satu lapisan, saya menyarankan supaya memakainya sebanyak tiga topeng dalam satu masa.
“Berdasarkan cara penggunaan, topeng efektif digunakan dalam tempoh enam jam sahaja dan selepas itu, topeng baharu perlu digunakan, topeng lama perlu dibuang,” katanya.
Mengenai topeng muka jenis kain, Dr Hanafiah berkata, ia tidak sesuai digunakan langsung kerana kadar tapisan bagi menghalang virus dan debu adalah sifar peratus, manakala topeng muka jenis span yang banyak digunakan sebagai perhiasan pakaian juga tidak boleh menghalang virus.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai bahawa penggunaan topeng muka amat penting dan tujuan utamanya adalah menghalang virus daripada memasuki tubuh melalui mulut atau hidung.
“Kita kena sentiasa berwaspada kerana virus tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Sebab itu kita wajib pakai topeng muka bagi mengelak kita menyentuh mulut atau hidung,” katanya tidak bersetuju dengan pendapat bahawa hanya individu sakit atau mempunyai gejala sahaja perlu memakai topeng muka.
“Dalam keadaan kini, semua orang perlu memakai topeng muka apabila berada di tempat awam kerana kita tidak tahu siapa yang dijangkiti virus berkenaan,” katanya.
Kedai Pameran Ashley Furniture Terbesar Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 April 2019 – Jenama perabot yang paling laris di dunia, Ashley Furniture HomeStore, membuka galeri terbesarnya di pusat beli-belah Quill City Mall hari ini.
Dimiliki dan dikendalikan oleh HAUSLIFE Furniture Sdn Bhd (HAUSLIFE), pemegang lesen tunggal dan operator Ashley Furniture di Semenanjung Malaysia, Ashley Furniture HomeStore Quill City Mall merupakan galeri keempat syarikat perabot berkenaan di Malaysia.
Rekaan dalaman HomeStore yang seluas 13000 meter persegi ini turut memaparkan Koleksi Lifestyle Ashley Furniture yang terdiri daripada ‘Vintage Casual’ , ‘Urbanology’ , ‘New Traditions’, ‘Contemporary Living’ serta ‘Family Spaces’; laluan berliku melalui ruang-ruang pameran serta kemasan dinding yang unik dan menginspirasikan.
**media[5258]**
Kategori-kategori produk yang disediakan termasuk set upholsteri, bilik tidur, ruang makan, rumah pejabat, sofa sandar, tilam dan aksesori.
Seiring dengan trend global dalam penerimaan gaya hidup digital, Ashley Furniture HomeStore baru-baru ini melancarkan platform e-Dagang yang khas untuk rakyat Malaysia.
Dibangunkan dengan memberi penekanan pada elemen mesra pengguna, platform berkenaan turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri komprehensif serta tawaran menarik. Platform ini membenarkan para pelanggan Ashley dari seluruh Semenanjung Malaysia mendapatkan produk-produk Ashley daripada peruncit yang disahkan secara online.
**media[5259,5260,5261]**
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman https://www.ashleyfurniture.com.my/
Bukan Hanya Sekadar Memberikan Kepuasan, Panasonic 4K HDR Smart TV Sebuah Televisyen ‘Beauty With Brain’!

Umum mengetahui, terdapat banyak rangkaian jenama dan model barangan elektronik televisyen yang ada dijual pasaran. Boleh dikatakan juga, ada bermacam-macam jenis, teknologi, bentuk rekaan, saiz paparan skrin visual dan sebagainya.
Tetapi, apa yang membuatkan televisyen keluaran jenama Panasonic bagi model 4K HDR Smart TV ini berbanding dengan televisyen yang lain? Sudah pasti anda ingin mengetahui jawapannya, betul tak?!
Televisyen rangkaian model LX800K 4K HDR Smart TV keluaran jenama Panasonic ini boleh disifatkan sebagai sebuah televisyen ‘Beauty With Brain’. Ini kerana, meski televisyen ini mempunyai reka bentuk yang ringkas namun ia tetap tampak begitu sangat elegan dan menawan.
Bukan hanya sekadar memiliki reka bentuk yang cantik semata-mata, Panasonic 4K HDR Smart TV ini dilengkapi dengan teknologi pintar ’Smart TV’ seperti androidtv, OkGoogle dan Chromecast built-in.
Fungsi androidtv ini membolehkan anda menonton lebih 400,000 filem daripada pelbagai aplikasi yang tersedia antaranya seperti YouTube, Netflix, Google Play dan macam-macam lagi.
Bagi fungsi OkGoogle pula, ia membolehkan anda mengawal pengendalian televisyen tanpa alat kawalan jauh dengan hanya menggunakan suara anda sahaja. Menarik bukan?
Manakala, fungsi Chromecast built-in yang telah didatangkan bersama Panasonic 4K HDR Smart TV ini membolehkan anda melayarkan paparan skrin dari telefon pintar, tablet atau komputer riba anda terus ke paparan skrin televisyen tanpa menggunakan sebarang wayar. Memang canggih habis bak kata orang!
Tidak hanya itu sahaja, Panasonic 4k HDR Smart TV ini dicipta dengan sistem audio pembesar suara kendalian teknologi Dolby ATMOS yang dijamin akan memberikan pengalaman menonton yang lebih puas dan luar biasa!
Bukan hanya setakat itu sahaja, tahukah anda sebenarnya televisyen ini juga akan menghasilkan layar paparan skrin visual yang lebih jelas dengan penggunaan teknologi seperti 4KSTUDIO COLOUR ENGINE, Dolby Vision, HEXA Chrome Drive, HDR10 dan HDR10+ yang telah siap tersedia pada Panasonic 4K HDR Smart TV.
Jadi, jangan bimbang! Anda pasti akan berasa amat puas dan mendapat pengalaman menyeronokkan ketika menonton tayangan cerita kegemaran anda dengan menggunakan televisyen Panasonic 4K HDR Smart TV ini.
Bagi anda yang ingin memiliki televisyen rangkaian model LX800K 4K HDR Smart TV ini, terdapat empat jenis pilihan saiz layar paparan skrin visual yang boleh anda pilih iaitu 50”, 55”, 65” dan 75”.
Mesti ramai yang ingin tahu dari segi harga jualan televisyen ini di pasaran, betul tak? Untuk maklumat anda, bagi saiz 50” dijual dengan berharga RM3,099 dan saiz 55” pula RM3,499. Manakala, bagi saiz 65” pula dijual dengan harga RM4,599 dan RM7,299 untuk televisyen yang bersaiz 75”.
Jadi anda tunggu apa lagi, segera dapatkan televisyen ini dengan membuat pembelian secara dalam talian sekarang selagi stok masih ada. Untuk maklumat lanjut serta pembelian secara dalam talian, sila layari laman sesawang rasmi Panasonic Malaysia di www.panasonic.com.my.