KJ Suarakan Protes Penduduk, Bantah Cadangan Pembinaan 2 Blok Bangunan 60 Tingkat Di Bukit Damansara

KJ Suarakan Protes Penduduk, Bantah Cadangan Pembinaan2 Blok Bangunan 60 Tingkat Di Bukit Damansara. Akhir-akhir ini, pembinaan bangunan pencakar langit di kawasan bandar begitu pesat membangun. Banyak binaan ‘gergasi konkrit’ dan pencakar langit didirikan terutamanya di kawasan yang dianggap strategik dan berpontensi.

Perkara ini cukup membimbangkan ramai pihak, apatah lagi kepadatan yang tinggi akan memberikan kesan besar pada kawasan kejiranan dan komunit setempat.

Protes Cadangan Pembinaan 2 Menara 60 Tingkat Bukit Damansara

Terbaru, bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Persatuan Penduduk Rumah Bukit Damansara telah menyuarakan protes menolak cadangan pembangunan semula Wisma Damansara kepada dua menara 60 tingkat, di Bukit Damansara.

“Bukit Damansara sedang terancam kerana bangunan Wisma Damansara yang mempunyai 16 tingkat akan dirobohkan dan digantikan dengan 2 menara 60 tingkat. Cukup-cukuplah, kawasan kejiranan kita bukan untuk menara mega. Ini rumah kita. Untuk keluarga, anak-anak dan kehidupan komuniti, dan tempat lalu lintas untuk orang ramai. Lindungi komuniti kita, bukan gergasi konkrit dan tolak pencakar langit,” jelas beliau.

Jejaskan Keselamatan Penduduk

Tegasnya, pembinaan pencakar langit tinggi itu akan menjejaskan keselamatan penduduk sekitar susulan kesesakan trafik di Jalan Semantan laluan Lebuh Raya SPRINT. Bekas Menteri Kesihatan itu turut mempersoal tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang seolah-olah kurang peka tentang situasi tersebut.

Ads

“Ada yang tidak kena dengan DBKL. Inilah buktinya, macam mana peta lama yang telah diwartakan boleh ditukar dengan peta baharu yang membenarkan pencakar langit 60 tingkat dibina?

“Adakah DBKL telah melaksanakan kajian trafik di Jalan Semantan, atau telah membuat laporan laluan lintas?,” soalnya tegas.

Bantahan penduduk tertumpu kepada nisbah plot cadangan projek yang didakwa melebihi had ditetapkan dalam draf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 untuk kawasan itu.

Ads
KJ Suarakan Protes Penduduk, Bantah Cadangan Pembinaan 2 Blok Bangunan 60 Tingkat Di Bukit Damansara
Demonstrasi aman menolak cadangan pembangunan semula Wisma Damansara kepada dua menara 60 tingkat, di Bukit Damansara, yang diadakan baru-baru ini.
KJ Suarakan Protes Penduduk, Bantah Cadangan Pembinaan 2 Blok Bangunan 60 Tingkat Di Bukit Damansara
Khairy Jamaluddin(tengah) ketika berucap dalam demonstrasi aman.

Cadangan Masih Peringkat Proses Permohonan- DBKL

Sementara itu, memetik kenyataan media terkini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cadangan pelan susur atur untuk perdagangan di atas 3 lot tanah berkeluasan 7.98 ekar ini masih dalam peringkat memproses permohonan. Pihak DBKL belum lagi membuat keputusan berkaitan permohonan tersebut yang hanya akan dimuktamadkan selepas proses libat urus dan penelitian teknikal yang komprehensensif dilaksanakan.

KJ Suarakan Protes Penduduk, Bantah Cadangan Pembinaan 2 Blok Bangunan 60 Tingkat Di Bukit Damansara

Ads

KJ Suarakan Protes Penduduk, Bantah Cadangan Pembinaan 2 Blok Bangunan 60 Tingkat Di Bukit Damansara

IMPIANA: Kebimbangan dan protes penduduk di kawasan ini ada rasionalnya. Pihak berwajib perlu meneliti pelbagai aspek dan kesannya dengan mendalam, terhadap sebarang perancangan pembinaan bangunan pencakar langit di kawasan bandar.

Mesti Baca: Vila Bersejarah Pulau Pinang Dirobohkan Demi Kondominium Mewah
Artikel Menarik: ‘Hartanah Overhang’ Membimbangkan, Banyak Rumah Siap Dibina Bawah RM300K Tak Dapat Terjual!
Baca Di Sini: Tak Fikir Panjang, Ramai Pemilik Kediaman Menyesal Beli RUMAH KONDOMINIUM

Sumber: DBKL, keluar.sekejap, Kharykj

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads