Nama Tempatan : Pokok Zodia , Pokok Halau Nyamuk, Pokok Evodia, Mosquito Plant
Nama Saintifik : Evodia suaveolens
Famili : Rutaceae

Pokok yang berasal dari Papua New Guinea merupakan satu tumbuhan yang unik dan istimewa. Pokok ini dikatakan mampu menghalau serangga terutamanya nyamuk secara semulajadi. Sebab itulah kebanyakan masyarakat di Papua menggelarkannya Pokok Halau Nyamuk.

Pokok ini mengandungi bahan kimia yang bernama Linalool. Antara manfaat Linalool ini adalah ekstrak dari minyak patinya merupakan salah satu bahan utama dalam penghasilan racun serangga yang banyak terdapat di pasaran.

Keunikan Si Zodia

Selain daripada bunganya boleh menghasilkan aroma yang agak sedikit tengik dan busuk ini, daun pokok Zodia yang berwarna hijau kekuningan ini juga mampu menghasilkan aroma yang sama bau dengan bunganya. Kaedahnya, dengan melarikan daunnya . Aroma dari Pokok Zodia ini mampu dihidu dalam radius 1 meter terutamanya jika pokoknya berbunga lebat dan pada waktu malam.

IKLAN

Keunikan Si Zodia

Pokok dari kategori saka (jangka hayat yang lama) ini mempunyai struktur daun berbentuk tirus dan berbunga putih yang kecil. Pokok ini mudah dibiakkan melalui dua cara iaitu pertama, melalui keratan secara mikro (micro cutting) iaitu dengan menggunakan keratan pada pucuk pokok yang muda dan kedua ,kaedah semaian melalui bijinya.

Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter. Pokok ini juga mudah untuk dijaga dan mestilah diletakkan di kawasan separuh terbuka ataupun terbuka sepenuhnya.

IKLAN

Bunga dan daunnya boleh dijadikan sebagai penghalau serangga secara semulajadi (natural insect repellent) dengan meracik daun dan bunganya, kemudian, disapukan pada badan kita ataupun baju kita, jika kita hendak menjalankan aktiviti luaran ataupun berkhemah.

Keunikan Si Zodia

IKLAN

Pokok Zodia juga sesuai dijadiakan sebagai pokok hiasan di kawasan laman kita. Selain boleh ditanam di tanah untuk dijadikan sebagai pokok pagaran ataupun pokok hiasan tunggal , ianya juga boleh di tanam di dalam bekas tanaman seperti pasuan dan sebagainya. Ianya boleh di hias di kawasan laman kita ataupun di kawasan kebun komuniti kita.

Selain daripada digunakan sebagai tanaman penghias laman kita, Pokok Zodia ini juga berpotensi digunakan dalam industri pembuatan seperti menghasilkan sabun pencuci, racun serangga, ubat nyamuk dan alat penghalau serangga untuk penggemar aktiviti luaran (outdoor)

Sudah menjadi kebiasaan kepada pencinta laman untuk meletakan satu atau dua pokok yang bertindak sebagai penghalau nyamuk dan serangga semula jadi ini, dan Pokok Zodia la sentiasa menjadi pilihan. Bersama kita sayangi dan pelihara khazanah alam yang tinggi nilai estetikanya ini.

Keunikan Si Zodia
Abg Edd

Oleh : Muhamad Adli Salihin bin Samsudin @ Abg Edd
Jabatan Pertanian Malaysia

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI