Seronoknya mulakan kehidupan berumahtangga. Namun dalam memulakan hidup berdua, ada beberapa keperluan asas yang perlu ada agar kerja-kerja rumah dan lain-lain lancar lagi terurus. Jadi wang hantaran tu jangan dibazirkan, tetapi digunakan untuk keperluan anda juga. Jika bajet anda tidak cukup, cari sahaja peralatan terpakai yang masih dalam keadaan yang baik dan masih elok.

1. Dapur – Ruang yang dianggap nadi bagi sesebuah kediaman ini merupakan kawasan yang paling banyak akan menggunakan belanja. Pastikan anda memiliki dapur mudah alih,  gas atau elektrik. Tidak perlu terlalu besar asalkan ia cukup untuk menyediakan juadah bagi dua orang atau tiga.

Keperluan Rumah Buat Pasangan Baru Kahwin Dengan Bajet RM3K!

2. Tilam Tilam antara barang yang sangat penting untuk  kediaman baru anda. Jika anda telah beli dengan set katil, pastikan tilam anda cukup berkualiti kerana ia perlu di pakai maksima 10 -15  tahun. Tilam saiz queen atau king ya!

Keperluan Rumah Buat Pasangan Baru Kahwin Dengan Bajet RM3K!

IKLAN

3. Peti Sejuk  Jangan menidakkan kemampuan anda berbelanja barangan dapur hanya kerana anda baru kahwin. Peti sejuk kecil satu pintu dilihat amali. Namun jika anda yang jenis gemar membeli barangan dapur, carilah peti sejuk terpakai yang lebih besar dengan harga mampu milik.

4. Mesin Basuh Dapatkan mesin basuh yang berkualiti dan tahan lasak. Anda jangan  lupa selain pakaian anda, mesin basuh juga bakal mencuci keperluan anak isterinya.Segala cadar , sarung bantal, kain baju lampin sewajarnya mampu di cuci dalam masa yang pantas.

IKLAN

Keperluan Rumah Buat Pasangan Baru Kahwin Dengan Bajet RM3K!

4. Set Pinggan dan Mangkuk – Ringkas tapi penting. Pinggan mungkin anda dapat sebagai hadiah perkahwinan tetapi keperluan lain seperti mangkuk lauk, nasi dan senduk atau spatula juga diperlukan. Tidak perlu berjenama mewah, cari sahaja di kedai RM2 yang cantik lagi menjimatkan.

IKLAN

5. Set Kerusi Jika anda bercadang membeli sofa, pastikan anda membeli sofa utama dahulu. Dari situ and boleh mengembangkan idea tatarias kediaman dengan menggandingkan kerusi yang lain. Jika terlalu mahal, beli sahaja permaidani dahulu bersama bantal-bantal kecil yang selesa.

6. Televisyen Sesuaikan dengan bajet dan kemampuan anda serta pasangan. Jangan lupa juga dapatkan kebinet televisyen sebagai menempatkan segala kelengkapan menonton anda.

7. Papan Sterika – Anda mungkin mendapat sterika sebagai hadiah perkahwinan. Jadi jangan lupa membeli papan sterika bagi memudahkan kerja-kerja menggosok anda.

Andai terdapat barangan elektrik atau apa-apa barangan yang sama sebagai hadiah perkahwinan, tidak perlu rasa serba salah untuk menjualkan sahaja barang tersebut. Selain untuk mengurangkan barang-barang dirumah, anda juga dapat duit lebih 🙂

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI