Selepas beberapa tahun, sudah tentu akan ada masalah yang timbul dengan peralatan di rumah. Salah satu benda yang terkesan ialah kelajuan kipas siling. Mungkin ada yang pernah menghadapi situasi ini ; walaupun sudah dibersihkan dan dibuang segala habuk pada bilahnya, kipas masih lagi terasa perlahan dan panas.

Hal ini mungkin terjadi kerana ada kerosakan kecil pada bahagian dalaman kipas. Hendak beli yang baharu, mungkin belum ada bajet lagi. Tapi tahukah anda, sebenarnya terdapat alternatif lain yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kelajuan kipas siling yang sudah menurun prestasinya? Mengikut perkongsian pemilik akaun fb Encik Md Helmee Abu, kipas siling boleh dibaiki sendiri dengan kos yang amat murah. Lebih jimat dan pasti berkesan!

Nota : Didalam posting nya, Encik Helmee telah memfokuskan pada kipas siling jenama KDK atau Panasonic jenis 5 bilah.

LANGKAH #1
Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian :-

  • Ring
  • Cover sensor

 

LANGKAH #2
Tanggalkan ring pada kipas siling tersebut dengan memusing mengikut arah “open” kemudian tanggalkan.

LANGKAH #3
Buka bahagian sensor, ada 3 skru (buka menggunakan Phillips screwdriver)

LANGKAH #4
Tanggalkan 2 wayar socket.

LANGKAH #5
Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.

LANGKAH #6
Alat yang diperlukan ;

  • soldering iron
  • solder wire
  • capasitor

LANGKAH #7
Desolder capasitor lama (di bahagian bawah board)

LANGKAH #8
Tanggalkan capasitor lama.

LANGKAH #9
Kemudian masukkan capasitor baru.

LANGKAH #10
Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan bila selesai. (kaki yg berlebihan)

LANGKAH #11
Board yg telah siap diganti capasitor.

LANGKAH #12
Pasang semula board pada kipas. (sambung semula socket wayar)

LANGKAH #13
Hidupkan suis kipas siling anda dan rasai perbezaan kelajuan nya.
Jangan lupa untuk pasang semula penutup sensor ya.

p/s ; anda boleh dapatkan kapasitor baru di hardware atau kedai barangan elektrik dengan harga lebih kurang RM2 sahaja.
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA!