Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja! Selepas beberapa tahun, sudah tentu akan ada masalah yang timbul dengan peralatan di rumah. Salah satu benda yang terkesan ialah kelajuan kipas siling. Mungkin ada yang pernah menghadapi situasi ini ; walaupun sudah dibersihkan dan dibuang segala habuk pada bilahnya, kipas masih lagi terasa perlahan dan panas.

Hal ini mungkin terjadi kerana ada kerosakan kecil pada bahagian dalaman kipas. Hendak beli yang baharu, mungkin belum ada bajet lagi. Tapi tahukah anda, sebenarnya terdapat alternatif lain yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kelajuan kipas siling yang sudah menurun prestasinya? Mengikut perkongsian pemilik akaun fb Encik Md Helmee Abu, kipas siling boleh dibaiki sendiri dengan kos yang amat murah. Lebih jimat dan pasti berkesan!

Nota : Didalam posting nya, Encik Helmee telah memfokuskan pada kipas siling jenama KDK atau Panasonic jenis 5 bilah.

LANGKAH #1
Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut, ada 2 bahagian :-

  • Ring
  • Cover sensor

 

Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

LANGKAH #2
Tanggalkan ring pada kipas siling tersebut dengan memusing mengikut arah “open” kemudian tanggalkan.

Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

LANGKAH #3
Buka bahagian sensor, ada 3 skru (buka menggunakan Phillips screwdriver)

Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

Ads

LANGKAH #4
Tanggalkan 2 wayar socket.

Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

LANGKAH #5
Tanggalkan board kipas dengan menolak clip pada board.

Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

LANGKAH #6
Alat yang diperlukan ;

  • soldering iron
  • solder wire
  • capasitor

Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

LANGKAH #7
Desolder capasitor lama (di bahagian bawah board)

Ads

Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

LANGKAH #8
Tanggalkan capasitor lama.

Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

LANGKAH #9
Kemudian masukkan capasitor baru.

Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

LANGKAH #10
Solder semula kaki kapasitor baru dan patahkan bila selesai. (kaki yg berlebihan)

Ads

Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

LANGKAH #11
Board yg telah siap diganti capasitor.

Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

LANGKAH #12
Pasang semula board pada kipas. (sambung semula socket wayar)

Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

LANGKAH #13
Hidupkan suis kipas anda dan rasai perbezaan kelajuan nya.
Jangan lupa untuk pasang semula penutup sensor ya.

Tip Mudah Kembalikan Kelajuan Kipas Siling Dengan Kos RM2 Sahaja!

p/s ; anda boleh dapatkan kapasitor baru di hardware atau kedai barangan elektrik dengan harga lebih kurang RM2 sahaja.
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA!

Artikel Berikut: Tip Elak Kucing Berak Merata Di Halaman Rumah

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads