Bagaikan satu evolusi, pereka memilih rona cool neutral untuk menjadikan suasana lebih santai dan mudah disuai padan dengan apa juga konsep. Pilihan baru bagi pink dan biru muda? Adakah kelabu bakal diminati oleh orang ramai nanti?
Ads
Selalunya bila menyediakan kamar anak-anak, banyak peruntukan dihabiskan hanya untuk membeli peralatan bayi berdasarkan jantina. Bayangkan jika anak berikutnya jantina berbeza. Perlu diberi baru berdasarkan warna jantina. Bukan 1 atau 2 barang, malah ada kala semuanya. Ia adakala dilihat membazir dan sudah tiba masanya kita berdiri di kawasan neutral. Jadi peralatan penting kekal boleh diguna pakai tanpa prejudis.
Ads
Cuma tambahkan apa 1,2 benda baru berdasarkan cita rasa anda terhadap karakter anak. Tambahan pula rona kelabu ni, sampai dia besar boleh maintain. Melainkan jika anda suka menukar tata hias anak selang setahun dari katil ke cat dinding atau kertas dinding, semua berganti baru itu tidak mengapa.
Ads
Bagi yang berjimat mungkin pemilihan rona ini ada sebab dan manfaat bagi kita. Kebetulan pula warna ini boleh anda kenakan dengan apa juga kemasan lembut baik pada corak dan warna. Ia ibarat kanvas yang menyeronokkan. Cuma kalau kamarnya gelap, cat dengan warna yang lebih samar begitu juga sebaliknya. Idea baru yang menjimatkan.- SImple-simple je di IMPIANA….
Berikut adalah 7 cara hilangkan bau tandas menggunakan bahan semulajadi. Mesra alam, dan sesuai untuk semua kediaman.
Jika ada tingkap, buka seluas-luasnya selepas anda mengguna bilik air. Jadi bau yang kurang menyenangkan dalam bilik air akan sentiasa digantikan dengan udara segar dari luar. Jika ada bajet, pasang extractor fan yang bertindak mengalirkan udara dalam bilik air.
Pastikan tuala yang lembap digantung di tempatnya, bukan di dalam tandas. Seeloknya, cuci alas kaki dengan kerap kerana jika ia lembap, bakteria dan lumut mudah berkumpul sehingga mengeluarkan bau busuk.
Sebaiknya kosongkan tong sampah setiap hari meskipun belum penuh. Ini kerana bakteria sukakan suasana yang lembap. Pembentukan bakteria boleh menyebabkan punca bau busuk. Gunakan tong sampah bertutup untuk mengurangkan bau.
Sinaran cahaya matahari dapat membunuh kuman dan bakteria dalam bilik air. Sebab itu cuba cari ruang agar cahaya matahari dapat masuk dalam bilik air.
Masukkan dua cawan air, satu sudu cuka putih, satu sudu soda penaik dan 10 titisessential oil seperti eucalyptus, sitrus atau lavender dalam botol spray. Letak dalam bilik air dan ia akan memberi bau segar yang berpanjangan dalam bilik air.
Hampas kopi jangan dibuang kerana ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya, masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan ia terendam beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.
Jika ada tetamu yang akan datang dalam masa yang terdekat, cuba nyalakan mancis seketika di dalam bilik air. Walaubagaimanapun, cara ini dipercayai hanya bersifat sementara kerana nyalaan api tersebut hanya akan ‘menutup’ bau busuk tersebut.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Meja konsol sememangnya menjadi satu perabot pelengkap gaya di kediaman. Lokasinya selalu terletak di pinggir pintu masuk utama, di penghujung koridor atau terletak di anrara ruang makan dan ruang tamu anda. Namun adakah kita perlu perabot yang cantik menawan ini?
Persoalannya apakah yang perlu kita letak dan hias di meja konsol seumpama ini? Pereka selalunya memilih reka bentuk yang selari dengan konsep ruang. Daripada klasik, ke vintaj, ke urban dan beberapa konsep popular yang lain. Meja konsol bertindak untuk menjadi tempat anda menempatkan gambar-gambar keluarga, pewangi rumah yang menyambut kita sewaktu memasuki ruang atau sekadar menempatkan bekas untuk meletak kunci kereta atau kunci rumah terutama kepada anda yang pelupa.
Selalunya set konsep disempurnakan dengan sepasang kerusi di kiri kanan konsol. Awas kerusinya pun perlu selari konsep dengan meja konsol agar tidak nampak janggal. Ramai juga yang menambah cermin muka pada dinding di atas meja konsol. Dapat juga dijadikan tempat last touch up anda sebelum keluar rumah bukan! Diapit oleh lampu meja dan dihias dengan pelbagai aksesori.
Ada juga seperti kawan kita yang menempatkan pelbagai keperluan asas kediaman di dalam meja konsep termasuk bill elektirk , air dan sebagainya. Ruang yang ada juga dijadikan tempat meletak gebar dan pelbagai barangan keperluan harian di kediaman. Dari permukaan sempurna, ke karakter rustik, meja konsol sememangnya banyak manfaat pada anda. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Berada di ruang dapur Low Yong Lin umpama berada di sebuah kafe bar yang tenang dan mendamaikan. Pemilik melebarkan lagi ruang dapur dengan menggunakan sebahagian sebahagian pelan lantai ruang tamu untuk keselesaan ruang kegemarannya seperti sebuah kafe.
Rona putih menyelubungi ruang dan menghadirkan ilusi luas . Kehadiran kabinet yang satu ini punyai tarikannya kerana ia gabungan idea pemilik dan pereka dari Reno Concept. Persembahan susun atur yang ringkas namun berkarakter merupakan identiti yang ingin di tonjolkan oleh pemilik.
NAMA PEMILIK: Low Yong Lin & Tan Suat Hong
NAMA PEREKA: Eric Chan
NAMA SYARIKAT: Reno Concept Sdn. Bhd.,
No. 23, Jalan Snuker 13/28, 40100 Shah Alam, Selangor.
LOKASI PROJEK: FORESTA, Damansara
KONSEP DAPUR: Moden
JENIS KEDIAMAN: Kondominium
REKAAN KABINET: Bentuk L
MATERIAL KABINET: Akrilik
MATERIAL PERMUKAAN KAUNTER: Kuarza
JENIS PEMEGANG LACI: Tanpa pemegang
KELUASAN DAPUR: 12 kaki x 20 kaki persegi
KOS KESELURUHAN: RM100,000
Cantik, ringkas dan praktikal! Inilah yang boleh disimpulkan tatkala penulis melangkah masuk ke dalam kediaman pasangan muda, Low Yong Lin dan Tan Suat Hong yang terletak di Damansara. Biarpun ruangan dapur rumah jenis kondominium ini sederhana saiznya, namun pemilik dan pereka pandai memaksimumkan ruang dengan pembinaan kabinet yang bersesuaian konsep diinginkan.
Dengan sedikit pengubahsuaian di bahagian dapur, pemilik dapat mewujudkan ruangan dapur kering dan ruang makan ala kafe yang cantik dan selesa. Apa yang menarik, kedua-dua ruangan itu tampil agak berbeza dari segi pemilihan material dan warna namun ianya serasi.
MAKSIMUMKAN RUANG PENYIMPANAN
Bagi merealisasikan dapur idaman, sebuah dapur berkonsepkan moden dan ala kafe unsur industri berjaya dijelmakan. Pemilik ternyata berpuas hati dengan hasilnya.
“Apa yang saya inginkan ialah sebuah dapur yang ringkas, minima dan moden supaya nampak lebih kemas dan senang diurus. Saya mahu memaksimumkan ruang penyimpanan dan memastikan penstoran teratur dengan penambahan aksesori yang sesuai,” jelas Low
Bahagian ruang makan ala kafe lebih bersifat terbuka kerana ia bersatu dengan ruang tamu. Berbeza dengan kediaman lain, pemilik lebih gemar berada di dapur sehingga ruang tamu hanya di hias seringkas mungkin. Oleh itu, pereka menjelmakan kabinet yang dijalinkan bersama kabinet dasar dan gantung, singki dan kaunter semenanjung yang berfungsi sebagai meja makan atau ruang bekerja. Di bahagian tepi dinding pula dijelmakan dengan kabinet tinggi dengan permukaan cermin dan bersambungan dengan rak buku tinggi.
Menariknya, kabinet tinggi menyediakan banyak ruang storan untuk menyimpan pelbagai barangan makanan dan sebagainya. Satu ruang storan berupa almari tinggi dibuat untuk penyimpanan perkakasan dapur dan sebagainya. Menampakkan lebih elegan, bahagian storan dilengkapi dengan sistem aksesori yang terkini dan bermutu tinggi, seperti soft close, pull out tray, blum, pull out bottle rack, laci bersegmen dan sebagainya. #
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.