
Tahukah anda bahawa produk pertama yang menggunakan WD-40 sebenarnya adalah peluru berpandu? Ya, betul! Produk pelincir ini antara yang paling terkenal di dunia dan sangat popular dalam dunia otomotif. Bagi mereka yang selalu membaiki, membersih atau menyelenggara barangan, jenama biru dengan label kuning ini memang tidak asing lagi.
Namun, tahukah anda kegunaan WD-40 bukan sekadar untuk kerja mekanikal? Banyak perkara dalam rumah boleh diselesaikan dengan mudah menggunakan semburan ajaib ini. Jom tengok apa yang boleh dibuat!
1. Hilangkan Lakaran Si Cilik Pada Dinding
Bagi ibu bapa yang ada anak kecil, mesti pernah alami situasi “dinding jadi kanvas lukisan”! Warna-warni betul hasil kreativiti mereka. Nak cat balik? Mahal! Nak lap guna sabun, tak hilang pula.
Paling mudah, semburkan sahaja WD-40 pada lakaran tersebut dan lap dengan kain bersih. Ajaib terus hilang tanpa merosakkan cat asal!

2. Kilatkan Permukaan Krom
Ramai cuba pelbagai cara nak kilatkan krom, guna ubat gigi, cuka, atau baking soda. Tapi hasilnya tak sebaik kegunaan WD-40. Sembur sedikit dan gosok perlahan dengan kain lembut. Tak perlu sental kuat, hasilnya tetap berkilat macam baru.
3. Bersihkan Pelekat atau Sticker Degil
Masalah biasa: price tag atau sticker susah nak tanggal dari perabot atau barangan. Sembur sahaja WD-40, biar seketika, kemudian gosok — habis tertanggal tanpa kesan gam!
Menariknya, produk ini sesuai untuk pelbagai permukaan seperti kulit, plastik, besi, kayu dan getah tanpa merosakkan cat. Tapi elakkan guna pada polycarbonate dan clear polystyrene plastik ya.
4. Hilangkan Bunyi Kipas Yang Bising
Bila kipas dah lama, bunyi “bergesel” mula kedengaran. Ramai sangka kipas rosak, padahal cuma bahagian dalamnya berkarat. Sembur sahaja WD-40 pada bahagian enjin kipas menggunakan muncung halus (straw), dan masalah selesai. Senyap terus!
5. Hilangkan Karat Pada Engsel Pintu
Engsel pintu berkarat bukan saja bunyi bising, tapi boleh mengganggu suasana. Sembur sedikit pelincir WD-40 pada engsel, biar meresap seketika — bunyi bising pun hilang. Program kejutan anda pun selamat!
6. Kilatkan Jubin Bilik Air & Mangkuk Tandas
Jubin bilik air dan mangkuk tandas boleh jadi kusam akibat tindak balas air dan sabun. Untuk nampak baru, semburkan WD-40 pada permukaan, biar beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih. Nampak licin dan berkilat semula!

7. Kilatkan Permukaan Perabot
Perabot kulit yang dah kusam pun boleh nampak baru dengan kegunaan WD-40. Sembur sedikit pada kain bersih dan gosok perlahan di permukaan sofa kulit. Kilat dan lembut semula macam baru beli!
8. Bersihkan Cermin Kusam
Ramai guna pelbagai cara nak bersihkan cermin tapi hasilnya masih kusam. Sembur sedikit WD-40 dan gosok dengan kain lembut terus kilat dan bebas kesan calar.

9. Elak Peralatan Berkebun & Menukang Berkarat
Peralatan berkebun atau menukang memang mudah berkarat. Selepas guna, bersihkan dan keringkan. Sebelum simpan, semburkan sedikit WD-40 untuk elakkan karat terbentuk. Senang dan tahan lama!
10. Tanggalkan Kotoran Degil Pada Table Top
Kesan kicap, kopi atau minyak di table top dapur memang menyakitkan mata. Nak hilangkan? Semburkan WD-40 pada kawasan tersebut, biar seketika, gosok perlahan dan lap semula dengan kain bersih. Siap — bersih berkilat semula!

IMPIANA: Semoga Bermanfaat! Banyak betul kegunaan WD-40 yang kita tak sangka boleh bantu dalam kehidupan harian dari dapur sampai ke taman. Satu botol, pelbagai guna!
Mesti Baca: Tangki Seterika Wap Berkarat, Ini Cara Bersihkan Sendiri Di Rumah
Artikel Menarik: Tip Bersihkan Tandas Kuning, Berkerak Cara Mudah Dan Jimat
Baca Lagi Di Sini: Operasi Bersihkan Rumah Waktu Cuti Sekolah, Berkesan Buat Cara Ni!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




