Palet warna monokromatik mempunyai elemen penyatuan yang dapat menciptakan keharmonian dalam ruang. Dengan menggabungkan pelbagai tona yang datang daripada satu warna asas, ruang monokrom menjanjikan persekitaran yang moden, ranggi dan minimal.
Anda juga boleh dapatkan kediaman seperti penuh estetik berinspirasikan monokrom dengan barangan pilihan IMPIANA ini.
Ads
Ads
Ads
Beli Di Mana? 1. Lampu Lantai, Nest Nordic
2. Sofa, IKEA, RM985.80
3. Bantal Kusyen, IKEA, RM12.60
4. Pouf, DoYoung, RM312
5. Pasu Putih, Nest Nordic
6. Laci Tiga Tingkat, KARE
7. Side Table, Hipvan, RM439
8. Karpet, IKEA, RM93.40
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rotan merupakan bahan semulajadi yang boleh diperbaharui dengan mudah. Ia tumbuh di kawasan tropika sekitar Afrika, Asia dan Australasia. Kerana sifat rotan yang ringan, tahan lama dan agak fleksibel, ia digunakan untuk pelbagai tujuan seperti dijadikan perabot, kraf tangan, dan juga bahan bangunan. Rotan menjadi sumber pilihan yang mendapat permintaan tinggi di Asia Selatan dan Asia Tenggara kerana ia lebih mudah dan cepat matang berbanding pokok untuk mendapatkan kayu.
Perabot dan aksesori rotan bukan sahaja kelihatan cantik malah ia juga tahan lama, jadi kebanyakan perabot rotan hanya memerlukan pembersihan dan penjagaan asas untuk mengekalkan kekuatan dan warna semulajadi nya. Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk menjaga perabot rotan anda agar kekal cantik seperti hari pertama anda membelinya. Selamat mencuba!
Langkah 1
Bersihkan permukaan perabot dengan kerap. Pembersihan mingguan atau bulanan adalah tempoh yang ideal bagi melindungi dan mencegah kerosakan serius. Bersihkan dengan pencuci pinggan mangkuk yang dicairkan sedikit dengan air. Alirkan air sabun dari atas menggunakan kain lembut dan kemudian lap permukaan perabot tanpa membasahkan kayu. Pastikan air masuk dan gosok ke dalam celah-celah dan alur dengan berus gigi atau berus kecil.
Langkah 2
Langkah 3
Jika terdapat kerosakan minor atau kotoran terpalit, cepat-cepat betulkan atau bersihkan. Gunakan bahan pencuci dan kain untuk gosok keluar kotoran sejurus selepas berlaku. Untuk kerosakan yang lebih serius seperti keretakan atau belahan, cuba rebuskan linseed oil untuk melembap semula bahagian tersebut.
Langkah 4
Adakan aktiviti pembersihan major sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pembersihan menyeluruh boleh mengelak pengumpulan kotoran dan juga akan menghalang kerosakan yang lebih teruk. Gosok rotan dengan bahan pencuci, menggunakan lebih sedikit air daripada yang anda gunakan untuk pembersihan mingguan. Kemudian keringkan perabot rotan itu secepat mungkin, sama ada dengan menggunakan pengering rambut atau menjemurnya diluar. Akhir sekali, sapukan lapisan syelek atau lacquer sebagai pelindung perabot sementara menunggu sesi pembersihan seterusnya.
Langkah 5
Jangan lupa letakkan rubber stopper di bawah kaki perabot rotan anda. Ruang antara rotan dengan lantai itu akan mengelakkan kerosakan yang tidak diingini untuk jangka masa yang panjang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Apa itu wainscoting?
Susunan bingkai pada dinding yang tidak hanya kelihatan anggun, juga merupakan salah satu perincian atau kemasan hiasan dalaman tertua di dunia. Biasanya ditempah khas mengikut kehendak pemilik. Telah wujud sejak abad ke-16 di England, wainscoting pada awalnya bertindak sebagai lapisan yang menutup kelembapan tidak diingini pada bahagian bawah dinding. Dalam iklim panas lembab dan sering hujan, ini adalah masalah yang sering timbul. Tetapi semakin maju teknologi, pasaran telah menyediakan langkah yang lebih efektif bagi menangani pengumpulan kelembapan ini. Hal ini memberikan wainscoting makna yang baru. Ia telah menjadi seakan simbol status dan unsur prestij.
Terdapat 3 jenis utama bagi wainscoting;
Raised Panel jenis panel paling mahal antara tiga panel ini sesuai untuk rumah dengan gaya kolonial dan lebih tradisional. Ia akan kelihatan hebat di ruang makan atau pustaka sebuah kediaman yang ingin tampak mewah dan elegan.
Flat Panel Untuk kediaman yang moden dengan gaya kontemporari, disarankan untuk menggunakan bingkai dinding rata atau flat panel wainscoat. Ia menawarkan reka bentuk yang lebih clean & sleek, mudah untuk diselenggara selain mudah disuai padan mengikut perubahan konsep kediaman.
Bead Board Bagi kediaman ala-ala kotej atau kabin yang comel dan nyaman, anda boleh gunakan bead board. Dengan ciri yang simple dan santai, pasti memberi suasana lebih lapang dan fresh!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Baru seminggu sekolah, Tapi mak-mak rasa macam dah tak terurus nak-nak apabila ada pertambahan anak yang bersekolah. Bila dah semakin ramai bersekolah, kerja-kerja menggosok baju pun bertambah. Bagi yang berkemampuan, iron viral seperti philips tu sudah pasti menjadi pilihan. Namun, bagi yang tidak boleh ikut cara sahabat Afnee baker. Kaedah ini tidak memerlukan modal yang besar. Hanya menggunakan aluminium foil sahaja.
Aluminium foil kan serap haba. Jadi apabila menggunkan kaedah ini, anda perlu gosok satu bahagian sahaja. Bahagian belakangnya akan rata atau tergosok sendiri disebabkan oleh haba yang di serap oleh aluminium ketika menggosok bahagian hadapan
Bahan-bahan:
Satu gulung aluminimum foil
kain untuk balut
Gunting
stapler gun
Double side tape
Cara-cara:
1. Balutkan papan penggosok dengan aluminium foil dan lekatkan dengan menggunkan double side tape. Pastikan balutan rata dan meregang
2. Selepas aluminium foil, balutkan pula lapisan kain dan kemaskan dengan stapler gun
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!