Jika sudah minat dalam menghias dan sudah tahu apa yang diinginkan di dalam hiasan rumah pastinya setiap sentuhan yang diberikan menjadikan satu impak yang cukup untuk sesebuah kediaman itu.
Keluasan rumah langsung tidak memberi impak dalam pemilik untuk berkarya dan mencurahkan idea cuba lihat kediaman yang berkeluasan 900 kaki persegi ini telah diberi nafas baru setelah pemiliknya menduduki selama 5 tahun.
Ads
Cukup sempurna warna dan susun atur perabot yang dikenakan. Melihat ke dalam ruang dapur juga ia mengenakan tema yang sama dan senada dengan tema pada ruang tamu beliau. Manakala bilik air yang mengenakan serba putih dengan kemasan emas pada perkakas di dalam bilik air ini membuatkan kamar mandi ini kelihatan lebih moden dan palitan elegan.
Ads
Kediaman ini boleh dijadikan sebagai insipirasi kepada yang inginkan gaya dan ciri moden dalam penataan hiasan.
Rata- rata pemilik rumah masa kini mempunyai masalah keluasan rumah yang agak terhad. Sebenarnya ruang yang terhad tidak perlu menjadi halangan dalam mana-mana kediaman. Sebagai pemilik yang bijak perlulah tahu apa konsep dan idea yang perlu diketengahkan dalam sebuah rumah yang lengkap dan harmoni. Rumah bukan sahaja perlukan dekor yang lengkap dan sarat sehingga ia tidak selesa untuk didiami. Rumah adalah tempat yang dipenuhi dengan rasa selesa untuk diduduki.
Jika, kita melihat rekaan masa kini kebanyakkan lebih memilih gaya yang minimalis atau lebih mudah gaya yang lebih ringkas tetapi praktikal. Dalam definasi menghias ia adalah satu subjektif. Tidak kisah apa sahaja gaya dan konsep yang diminati dan menjadi ikutan dalam mendekor. Paling utama yang perlu di titik beratkan adalah keselesaan penghuni itu.
Jom kita lihat hasil pengkongsian kediaman ini yang mungkin boleh dijadikan salah satu inspirasi dalam kediaman anda yang mempunyai ruang terhad. Lihat pemilihan saiz perabot yang cukup tepat dengan saiz rumah ini. Lengkap sempurna dalam setiap perincian. Dalam olahan warna juga pemilik ini bijak memberi satu tarikan dengan menggunakan satu warna terang dalam ruang yang diberi sentuhan ini agar ruang tersebut nampak menonjol dan tidak terlalu hambar.
Susun atur dapur ni jantung rumah, boleh mudahkan tugas siapa yang memasak. IMPIANA sediakan 6 jenis susun atur dapur yang terbaik untuk anda supaya ceria dan seronok je memasak. Jom baca!
Penting Ke Nak Susun Atur Dapur?
Macam mana kita jaga jantung kita supaya dapat berfungsi dengan baik, macam tu jugalah kita patut menjaga jantung rumah kita, iaitu DAPUR!
Kalau susun atur dapur berselerak, tak kemas, tak cantik, nak masak pun tak ada mood kan? Last sekali, bungkus atau makan dekat kedai je. Tapi, rugi tau kalau asyik makan dekat luar.
Satunya sebab membazir, lagi satu, serius cakap kalau masak sendiri lagi-lagi kalau ada keluarga yang nak makan sama memang lagi terasa kesedapan dia tu. Bak kata orang, masak dengan kasih sayang!
Bila dapat buat dapur cantik-cantik, dan ada kelengkapan dapur yang cukup mesti hari-hari rasa nak masak. Kalau boleh, pagi, petang, siang dan malam tu nak masak dan makan dekat rumah je semua!
Dapur ni ada banyak jenis, ada dapur basah dan dapur kering atau nak buat dapur dalam atau luar rumah. Tapi, letaklah banyak mana dapur pun, kalau susun atur tak menarik, tak best juga, kan?
Apakah Jenis Susun Atur Ruang Dapur Yang Ada?
Ada 6 jenis utama susun atur ruang dapur yang selalu dipilih bila hendak membina bahagian dapur. Selalunya ia bergantung pada jenis rumah, saiz dapur dan mengikut keselesaan penghuni rumah.
Ada yang suka dapurnya nampak luas dan minimal kelengkapan dapurnya, tapi ada juga yang lebih suka kalau dapurnya cukup lengkap dengan pelbagai barang dan ada banyak ruang kabinet.
Semuanya bergantung pada anda. Yang penting, anda perlu tahu yang setiap dapur memerlukan tiga pusat kerja yang penting:
Jadi, mari kita tengok dulu apakah jenis susun atur dapur yang ada.
1) Dapur Satu Dinding
Dapur satu dinding adalah susun atur dapur yang sangat sesuai untuk tempat tinggal yang kecil seperti unit studio atau pangsapuri kerana ia menggunakan ruang yang minimum.
Susun atur dapur kecil ni menempatkan ketiga-tiga pusat kerja dalam satu barisan, dengan kabinet dan peralatan memasak yang dipasang pada satu dinding tunggal.
Ada yang mengatakan pusat kerja di dapur tak sepatutnya diletakkan bersebelahan begitu kerana tak ada ruang kosong antara mereka.
Namun, konsep dapur satu dinding ni adalah yang paling murah dan sangat sesuai untuk ruang yang kecil. Memasak juga sangat mudah kerana semuanya senang dicapai.
2) Dapur Bentuk-L
Susun atur dapur ni sesuai untuk rumah yang didiami oleh keluarga kecil, dan mungkin juga untuk mereka yang mempunyai ruang lantai dapur yang tak terlalu besar.
Ia menggunakan dua dinding dalam bentuk-L untuk meletakkan kabinet, countertop, dan peralatan dapur.
Ketiga-tiga pusat kerja dapur juga diintegrasi dengan cekap dalam dapur bentuk-L untuk memudahkan proses memasak anda.
Jika anda masih ada ruang kosong, anda juga boleh menambahkan meja makan kecil atau pulau mengikut kesesuaian ruang anda, barulah nampak cantik je susun atur dapur anda tu!
3) Dapur Bentuk-U
Design dapur bentuk-U pula mempunyai tiga dinding kabinet dan peralatan. Jika anda mempunyai ruang dapur yang besar atau mungkin menghabiskan banyak masa di dapur inilah susun atur yang anda mahu.
Ia menyediakan tempat kerja yang lebih besar, dengan kaunter dan ruang kabinet tambaham Pusat kerja dapur juga sangat berkesan kerana susun atur ni membantu menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak.
4) Dapur Peninsula atau Bentuk-G
Dapur Peninsula selalunya direka dengan pulau yang bersambung. Ruang ekstra ni selalunya digunakan sebagai meja sementara, ruang penyimpanan atau tempat makan.
Berbeza dengan pulau yang selalu diletakkan di dapur tu, ruang ni boleh diakses dari tiga sisi sahaja.
Pada yang teringin untuk menambahkan pulau di dapur mungkin boleh menggunakan susun atur dapur ni kerana anda juga boleh menggunakan ruang tu untuk menyediakan bahan masakan.
5) Dapur Dengan Pulau (Island)
Susun atur dapur menggunakan pulau akan memberikan anda lebih banyak ruang untuk bekerja dan menyimpan jadi nak masak pun rasa lagi mudah.
Pulau ni boleh digunakan untuk ruang kabinet, perkakas, sink, kaunter, atau tempat makan.
Jika anda menambahkan pulau pada dapur bentuk-L ia akan menjadi seperti dapur bentuk-U, dan kalau pulau ditambah pada dapur satu dinding, ianya terus akan menjadi seperti dapur design galei. Menarikkan?
Ada juga design terbaru di mana susun aturnya meletakkan dua pulau dalam satu dapur, seperti gambar di bawah.
Ini hanya praktikal untuk ruang dapur yang sangat luas, dan mungkin kalau ada ramai yang suka memasak dalam rumah anda.
Jika tak digunakan sebagai tempat penyediaan untuk memasak pun, mungkin satu lagi pulau ekstra boleh dijadikan tempat anak makan dan bermain ketika anda sibuk di dapur.
Walau bagaimanapun, sebelum anda menambahkan pulau ni, pastikan dulu yang ruangan dapur anda memang cukup besar.
6) Dapur Galei (Galley)
Dapur design galei adalah salah satu susunan yang paling cekap. Ia juga dikenali sebagai dapur selari dan sangat sesuai untuk ruangan yang kecil kerana dapat menjimatkan ruang lantai.
Susun atur dapur jenis ni menggunakan dua dinding yang bertentangan antara satu sama lain, yang mewujudkan satu jalan di tengah-tengah.
Semua bahan yang diperlukan ketika memasak boleh diambil dengan mudah dan pusat kerja juga diletak dalam posisi yang praktikal.
Jika masih ada ruang yang besar di bahagian tengah, anda juga boleh menambahkan pulau untuk membuatkan dapur anda nampak lebih moden.
Bila dah duduk rumah lama, mula rasa nak tukar itu dan ini. Tapi barang lama sayang nak buang. Nak tambah barang baru sempit pula rumah nanti. Macam mana nak buat tu. Min pasti ramai pemilik rumah dekat luar sana yang mempunyai rasa yang macam ni kan. Dalam mengubah suai rumah agar mempunyai nafas baru tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang banyak atau menukar semua perabot yang ada.
Percaya atau tidak, jom kita lihat hasil magis yang dilakukan oleh Pereka Hiasan Dalaman Aznol Hadi di salah sebuah rumah pelanggannya.
Sebelum
Selepas
Jika berminat boleh la PM Pereka Hiasan Dalaman Aznol Hadi.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!