Selain tanaman indoor seperti alovera, lidah mertua dan sebgainya, kaktus juga dikatakan mempunyai keupayaan menyerap radiasi. Kaktus mengandungi flavonoid yang dikenali sebagai bahan antioksidan yang dapat melawan allergi dan virus. Ada juga pakar menyatakan bahawa kaktus sebagai salah satu bahan anti kanser. Kesan dari anti radang yang terdapat pada kaktus berupaya menyembuhkan iritasi kulit serta mempercepatkan pertumbuhan sel kulit yang baru. Universiti Arizona meneliti kandungan Pektin yang terdapat di dalam kaktus dan mendapati ia berupaya menurukan LDL (Low-density lipoprotein cholesterol) yang terperangkap dalam tubuh. Disamping itu juga, ia dapat membantu memnstabilkan kadar glukosa darah
Kaktus yang di jadikan sebagai hiasan atau indoor plant didapati berupaya menyerap radiasi Elektomagnatik yang terdapat di dalam kediaman anda. Di Jepun, pekerja memilih kaktus sebagai tanaman hiasan di atas meja yang diletakkan bersebelahan dengan monitor komputer untuk menghindari radiasi yang dipancarkan. Kaktus bukan sekadar membekalkan oksigen,s ia juga meneutralkan medan elektromagnatik yang terperangkap di dalam kediaman anda yang berpunca dari TV.
Ads
Satua kajian lebih kukuh telah dilakukan oleh Institut Geobiologi Swiss pada 1980-an mendapati orang yang kerap menghadap computer dan TV bakal menderita sakit kepala. Namun, setelah di tempatkan kaktus pada persekitaran pengidap, masalah itu dapat dikurangkan.
Ads
Sumber: http://www.ilmutani.com
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Apabila pergi ke pusat jualan perumahan, jualan perabot serta perkakas rumah, anda perasan tak kenapa semuanya nampak sempurna, cantik dan orang kata apa tu, instaworthy. Tapi bila balik rumah, kita rasa rumah kita macam tiada aura yang menaikkkan semangat seperti mana berada di tempat-tempat yang disebutkan tadi.
Ini kerana mungkin anda terlepas pandang segala rahsia disebalik idea, susun atur yang telah dibuat oleh para Interior Designer (ID) berpandukan beberapa garis panduan. Kali ini IMPIANA akan bantu anda bagaimana nak make sure rumah anda juga instaworthy malahan layak untuk dimasukkan dalam mana-mana majalah dekorasi.
Pilihan warna yang betul
Seperti kita semua maklum, pilihan warna dalam kediaman memainkan peranan yang penting seperti contoh, warna cerah seperti beige (warna kuning air) akan membuatkan pangsapuri kecil nampak luas. Fakta ini benar, tetapi warna tersebut warna yang pudar serta akan cepat terhakis dimakan masa, mungkin anda boleh cuba aplikasikan warna seperti biru muda, lavender, mint, dan kelabu. Kesemua pilihan warna ini menampakkan elemen segar dalam kediaman dan nampak mewah.
Gunakan warna accent (warna timbul) dengan cermat
Dalam satu ruang, pasti akan ada penggunaan warna serta aksesori yang sepadan serta setona ataupun warna mono (satu hala). Kalau dinding kelabu, perabot pun ikut turut warna kelabu. Ianya jelas menunjukkan kediaman anda berada dalam keadaan sendu. Jadi gunakan warna accent (timbul/highlighter) untuk membezakan tarikan yang berlainan dalam ruangan tersebut. Contoh lain, warna accent boleh diterapkan kepada karpet, anda akan nampak kelainannya.
Jangan takut untuk mencuba idea segar
Dalam menata rias rumah, anda perlu berani mengambil risiko untuk try n error segala idea baru yang telintas di fikiran serta dari rujukan online. Selain itu, jangan hadkan percubaan anda hanya kepada perabot serta aksesori sahaja, lantai anda juga boleh menjadi salah satu cubaan untuk mencantikkan lagi hiasan dalaman rumah. INGAT, tiada siapa boleh mengawal imaginasi kecuali diri anda sendiri.
Main dengan ruang
Selain daripada permainan pilihan warna untuk membuka ruang lebihan di rumah, terdapat satu lagi alternatif mantap yang berupaya menberi ruang yang banyak iaitu pemasangan cermin. Cermin akan membiaskan cahaya serta memantulkan semula segala imej yang berada dihadapannya. Hasilnya, voila, ruang baharu di dalam rumah.
Guna lampu yang betul
Lagi banyak lampu, lagi bagus. Anda boleh gunakan pelbagai lampu dalam kediaman untuk menaikkan lagi seri serta keindahan dalaman rumah. Antara lampu hiasan yang bagus adalah lampu utama di tengah kediaman, lampu recess (selalunya tertanam dalam siling), lampu accent, lampu meja, dan lampu lantai.
Jangan over
Dalam dekorasi juga ada hadnya, ya anda bebas untuk mencurahkan segala idea dan imaginasi, tetapi sesuatu perkara akan jadi buruk kalau ianya terlampau banyak. Disini anda boleh aplikasikan apa itu, cukup sekadarnya, tidak perlu terlebih-lebih, kalau anda rasa sudah cukup, cukup setakat itu, rujuk gambar di bawah ini, anda akan faham penjelasan ini.
Kredit penghargaan gambar: bright side
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kelabu telah terbukti menjadi salah satu pilihan warna kegemaran ramai. Warna kelabu tampak neutral dan amat versatile sehingga boleh dipadankan dengan hampir setiap warna dan corak. Adakah anda bercadang untuk menghias dengan kelabu? Sedikit peringatan, warna kelabu datang dalam beberapa tona, suam dan sejuk, jadi agak mudah untuk tersalah pilih.
Jika anda mahukan ruang yang nampak moden, gunakan warna kelabu bertona sejuk tetapi berlainan pula dengan warna kelabu suam, ia akan membangkitkan perasaan yang lebih klasik dan kontemporari.
1. GABUNGKAN BEBERAPA TONA KELABU.
Jika anda hanya menggunakan satu tona warna yang sama, ruang mungkn akan kelihatan hambar dan membosankan. Jadi adalah penting untuk menggabungkan beberapa tona kelabu agar ruang tidak nampak flat. Mulakan dengan lapisan asas, pilih satu tona kelabu yang benar-benar memberi inspirasi kepada anda, kemudian lapiskan dengan tona kelabu yang berbeza melalui perabot, hiasan lembut dan aksesori lain. Lemparkan kusyen bercorak untuk menambah tekstur ruang.
2. PERABOT KELABU.
Jangan hadkan penggunaan kelabu hanya pada warna dinding. Jika anda suka warna ini, pertimbangkan beberapa buah perabot untuk menambah mood moden. Rak atau almari juga adalah cara yang baik untuk tambahkan kelabu pada ruang anda.
3. METALIK SEBAGAI ESEN KELABU.
Aksesori metalik yang indah sememangnya amat cantik dipadankan dengan palet asas kelabu. Gunakan warna kelabu untuk latar belakang neutral anda bagi memberikan tumpuan kepada hiasan metalik.
4. CIPTAKAN LATAR BELAKANG SEMPURNA.
Kelabu adalah warna paling sesuai yang boleh digunakan untuk menghiasi dinding anda. penggunaan cat atau wallpaper kelabu tidak akan menenggelamkan warna esen.
5. TAMBAH DRAMA DENGAN KELABU GELAP.
Gunakan kelabu gelap untuk anda yang berani dan bold. Cat sekali dinding serta siling dan ia boleh dikontraskan dengan hiasan berwarna terang dan menarik. Ruang serta merta akan menjadi lebih dramatik dan berkarakter.
6. KEHIJAUAN SEBAGAI PENYERI.
Tumbuhan hijau atau corak tropikal akan dengan mudah menjadikan ruang kelabu lebih segar dan ‘ringan’.
7. PASTEL PADANAN KELABU LEMBUT.
Letakkan sekali warna kelabu dengan warna-warna pastel untuk ruangan nampak lebih lembut dan mesra. Untuk mengelakkan ruang terasa terlalu girly, gunakan juga warna lebih gelap dan corak hitam putih untuk mendapatkan lebih tekstur.
8. JANGAN ABAIKAN LANTAI.
Jika anda tidak tahu mana untuk bermula, pandang kebawah. Lantai sering dilupakan walaupun ia merupakan tempat terbaik untuk mula memasukkan sedikit demi sedikit tona kelabu. Bentangkan permaidani, perabot dan aksesori untuk mewujudkan ruang tamu yang sesuai dengan anda dan keluarga.
9. MAHU RUANG KELIHATAN MEWAH? MARBLE JAWAPANNYA.
Mungkin tidak semua ingin melabur untuk marmar, ciri gaya marmar adalah cara yang baik untuk menggabungkan beberapa tona kelabu ke dalam ruang dikediaman anda. Kertas dinding bercorak marmar atau kaunter top marmar akan kelihatan anggun dan mewah apabila digabungkan dengan kelabu menjadikan ruang lebih mewah dan eksklusif.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membaca adalah amalan yang mulia. Buku pula merupakan jambatan ilmu. Walaupun kini kita hidup di zaman e-pembaca, buku masih lagi menjadi pilihan sesetengah orang. Perasaan yang wujud ketika memegang dan mencium bau setiap helaian dalam buku amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan tablet.
Buat pembaca tegar yang mempunyai koleksi yang banyak, salah satu hal yang merumitkan tentang hobi mereka ialah dimana mereka mahu menyimpan kesemua buku-buku tersebut? Nak beri pada orang, sayang. Tetapi timbunan yang semakin bertambah akan membuatkan kediaman nampak tidak teratur jika tidak mempunyai tempat penyimpanan yang sesuai dan mencukupi.
Penyelesaian yang jelas sudah tentulah menambah rak bagi menampung bilangan buku yang kian menggunung. Tetapi tahukah anda, banyak lagi cara kreatif yang boleh anda lakukan supaya koleksi anda tidak nampak boring dan hambar saja. Berfikir diluar kotak atau anda boleh saja ikuti idea-idea yang telah IMPIANA kumpulkan ini. Selamat mendeko!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.