Kelabu telah terbukti menjadi salah satu pilihan warna kegemaran ramai. Warna kelabu tampak neutral dan amat versatile sehingga boleh dipadankan dengan hampir setiap warna dan corak. Adakah anda bercadang untuk menghias dengan kelabu? Sedikit peringatan, warna kelabu datang dalam beberapa tona, suam dan sejuk, jadi agak mudah untuk tersalah pilih.
Jika anda mahukan ruang yang nampak moden, gunakan warna kelabu bertona sejuk tetapi berlainan pula dengan warna kelabu suam, ia akan membangkitkan perasaan yang lebih klasik dan kontemporari.
1. GABUNGKAN BEBERAPA TONA KELABU.
Jika anda hanya menggunakan satu tona warna yang sama, ruang mungkn akan kelihatan hambar dan membosankan. Jadi adalah penting untuk menggabungkan beberapa tona kelabu agar ruang tidak nampak flat. Mulakan dengan lapisan asas, pilih satu tona kelabu yang benar-benar memberi inspirasi kepada anda, kemudian lapiskan dengan tona kelabu yang berbeza melalui perabot, hiasan lembut dan aksesori lain. Lemparkan kusyen bercorak untuk menambah tekstur ruang.
2. PERABOT KELABU.
Jangan hadkan penggunaan kelabu hanya pada warna dinding. Jika anda suka warna ini, pertimbangkan beberapa buah perabot untuk menambah mood moden. Rak atau almari juga adalah cara yang baik untuk tambahkan kelabu pada ruang anda.
3. METALIK SEBAGAI ESEN KELABU.
Ads
Aksesori metalik yang indah sememangnya amat cantik dipadankan dengan palet asas kelabu. Gunakan warna kelabu untuk latar belakang neutral anda bagi memberikan tumpuan kepada hiasan metalik.
4. CIPTAKAN LATAR BELAKANG SEMPURNA.
Kelabu adalah warna paling sesuai yang boleh digunakan untuk menghiasi dinding anda. penggunaan cat atau wallpaper kelabu tidak akan menenggelamkan warna esen.
5. TAMBAH DRAMA DENGAN KELABU GELAP.
Ads
Gunakan kelabu gelap untuk anda yang berani dan bold. Cat sekali dinding serta siling dan ia boleh dikontraskan dengan hiasan berwarna terang dan menarik. Ruang serta merta akan menjadi lebih dramatik dan berkarakter.
6. KEHIJAUAN SEBAGAI PENYERI.
Tumbuhan hijau atau corak tropikal akan dengan mudah menjadikan ruang kelabu lebih segar dan ‘ringan’.
7. PASTEL PADANAN KELABU LEMBUT.
Ads
Letakkan sekali warna kelabu dengan warna-warna pastel untuk ruangan nampak lebih lembut dan mesra. Untuk mengelakkan ruang terasa terlalu girly, gunakan juga warna lebih gelap dan corak hitam putih untuk mendapatkan lebih tekstur.
8. JANGAN ABAIKAN LANTAI.
Jika anda tidak tahu mana untuk bermula, pandang kebawah. Lantai sering dilupakan walaupun ia merupakan tempat terbaik untuk mula memasukkan sedikit demi sedikit tona kelabu. Bentangkan permaidani, perabot dan aksesori untuk mewujudkan ruang tamu yang sesuai dengan anda dan keluarga.
9. MAHU RUANG KELIHATAN MEWAH? MARBLE JAWAPANNYA.
Mungkin tidak semua ingin melabur untuk marmar, ciri gaya marmar adalah cara yang baik untuk menggabungkan beberapa tona kelabu ke dalam ruang dikediaman anda. Kertas dinding bercorak marmar atau kaunter top marmar akan kelihatan anggun dan mewah apabila digabungkan dengan kelabu menjadikan ruang lebih mewah dan eksklusif.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kehadiran kutu beras dalam beras adalah disebabkan cara anda menyimpan beras yang tidak betul atau beras sudah terlalu lama dan berbau hapak. Risiko beras yang dicemari kutu ini menyebabkan kualiti nutrisi beras menjadi kurang kerana kutu ini akan menebuk sebutir beras untuk memasukkan sebiji telur kutu.
Risiko beras yang tercemar dengan kutu menyebabkan nutrisi berkurangan, alergi, dan kualiti beras yang berubah. Jadi disini IMPIANA ingin berkongsi dengan anda 7 cara untuk hapuskan kutu beras ini.
BAWANG PUTIH
Kutu beras tidak menyukai bau bawang putih kerana baunya yang tajam. Anda hanya perlu meletakkan bawang putih tanpa kulit di dalam dan permukaan bekas simpanan beras.
DAUN BELIMBING BULUH
Daun belimbing buluh sangat efektif untuk mengusir kutu beras. Taburkan sahaja daun belimbing buluh kedalam bekas simpanan beras.
LADA KERING
Bau lada kering amat tidak disukai kutu beras. Letakkan beberapa biji lada kering ke dalam beras.
CILI KERING
Cara yang mudah, anda hanya perlu letakkan cabai kering kedalam bekas simpanan beras anda. Pasti kutu beras tidak akan masuk ke bekas simpanan tersebut.
JEMUR DI TEMPAT PANAS
Masukkan beras ke dalam periuk atau dulang ‘stainless’ kemudian jemur di tempat panas lebih kurang 15 minit. Tutup permukaan bekas itu dengan kain putih. Hasilnya nanti anda akan dapat lihat semua kutu-kutu beras akan keluar melekat pada kain.
SUHU BAWAH 17 DERAJAT CELSIUS
Simpan beras pada suhu dibawah 17 derajat celsius dimana kutu beras tidak suka dengan suhu tersebut. Kebanyakkan kutu beras hanya membiak pada suhu ruang 27 – 30 celsius.
BATANG KAYU MANIS
Kutu beras juga tidak suka akan bau kayu manis. Bau kayu manis akan menyebabkan si kutu betina sukar untuk bertelur, jadi kutu tersebut akan meninggalkan beras anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, untuk memasang jubin pada dinding rumah sememangnya memerlukan kos perbelanjaan yang amat tinggi bagi melaksanakan hasrat anda itu.
Tetapi kini, ada jalan penyelesaian yang boleh dilakukan bagi anda yang berhasrat untuk memasang jubin pada dinding dengan kos perbelanjaan yang rendah.
Bagi anda yang kurang berkemampuan, anda amat disarankan untuk menggunakan 3D ‘wallpaper’ ini yang ternyata bukan sahaja murah malah boleh menjimatkan kos perbelanjaan anda.
Walaupun hanya menggunakan 3D ‘wallpaper’ dan bukan jubin yang sebenar, lihatlah hasilnya iatetap membuat ruang dalaman rumah anda tampak lebih bergaya dan mewah.
Sekiranya anda mahu mendapatkan 3D ‘wallpaper’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Sila klik disini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Cara mudah nak pastikan dapur tidak berminyak. Ada sesetengah orang menjadikan memasak sebagai aktiviti terapi untuk memulakan hari dengan penuh semangat. Ada juga yang menjadikan dapur sebagai tempat ‘healing’. Sebab itu lah mereka ini sanggup duduk di dapur berjam-jam dan buat dekroasi yang kena dengan jiwa.
Tapi, bila dapur berminyak mesti pemandangan terganggu. Jom cuba tip yang IMPIANA kongsikan ini.
1) Gunakan Penutup Semasa Memasak
Tutup periuk atau penggorengan semasa memasak boleh membantu mengurangkan percikan minyak yang tersebar ke sekeliling.
2) Gunakan Kipas Pengudaraan atau Penapis Udara
Memasang kipas pengudaraan yang berkesan di atas dapur boleh membantu menarik keluar asap dan mengurangkan kelembapan, yang boleh membantu mengurangkan pengumpulan minyak.
3) Pastikan Alat Memasak Bersih
Bersihkan alat memasak seperti kuali dan sudip, dengan teliti selepas digunakan untuk mengeluarkan sisa-sisa minyak yang melekat.
4) Gunakan Tisu Dapur
Letakkan tisu dapur di sekeliling periuk atau kuali semasa memasak untuk menyerap percikan minyak.
5) Pilih Minyak Masakan yang Sesuai
Gunakan minyak yang sesuai untuk setiap jenis masakan. Contohnya, minyak zaitun untuk memasak pada suhu sederhana, atau minyak sayuran untuk memasak pada suhu tinggi.
6) Elakkan Memasak dengan Suhu Terlalu Tinggi
Memasak pada suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan minyak cepat panas dan mengeluarkan percikan.
7) Lap Dapur Secara Berkala
Bersihkan permukaan dapur secara berkala dengan pencuci pinggan yang berlemak untuk menghalang penumpukan minyak.
IMPIANA: Dengan mengamalkan tips ini, anda boleh mengurangkan masalah minyak berlebihan di dapur dan menjaga persekitaran memasak anda lebih bersih dan selamat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.