Apabila barangan perabot rumah sudah lama diguna pakai, mesti sudah tidak lagi berada dalam keadaan baik, rosak, buruk dan sebagainya. Mungkin ada segelintir di kalangan anda yang memilih untuk membuangnya dan membeli barangan perabot rumah yang baharu.
Tetapi tahukah anda, barangan perabot seperti kabinet TV yang sudah buruk masih dapat diselamatkan setelah diberi nafas baru? Ada pelbagai cara kaedah yang boleh dilakukan bagi mengubahsuai barangan perabot lama supaya tampak lebih cantik dan masih boleh diguna pakai.
Bagi anda yang mempunyai kabinet TV yang sudah lama dan buruk, apa kata ada cuba teknik pengubahsuaian yang dikongsikan oleh Irni Yalena.
Ads
Bahan-bahan yang diperlukan:
Rattan Webbing
Gunting
Stapler
Penyembur Cat
Bagaimana cara teknik untuk melakukannya, ada boleh sahaja melihat pada perkongsian gambar di bawah:
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bagi pembukaan tahun baru 2023, jenama mesin penapis air popular dari negara Korea iaitu, Wells kini telah mula memasarkan rangkaian produk jenama berkenaan bagi pasaran di Malaysia.
Sebagai langkah permulaan bagi pasaran di tanah air, Wells Malaysia telah memperkenalkan beberapa jenis model mesin penapis air antaranya, Wells The One, Wells Mini Water Purifier dan Wells True Tankless UV+.
Antara beberapa rangkaian model mesin penapis air yang telah diperkenalkan, model Wells The One kelihatan lebih menonjol oleh kerana struktur reka bentuknya yang unik dan lain daripada yang lain.
Model Wells The One telah direka bentuk seperti sebuah silinder ini mempunyai saiz reka bentuk yang sangat kecil dan kompak. Jadi, sudah pasti dengan saiz yang dimilikinya itu akan menjimatkan ruang dapur anda.
Bukan sekadar reka bentuk tampak kelihatan unik semata-mata, mesin penapis air ini juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang terkini dan berteknologi tinggi. Apa yang menariknya lagi mengenai mesin penapis air ini, ia telah direka menggunakan saluran paip air ‘Super Bio Water Pipes’ dan penapis seramik mineral anti-bakteria.
Di samping itu, Wells The One juga dilengkapi dengan fungsi dua tahap penapisan air melalui proses pembersihan Wells Multi-carbon Plus dan Nano Clean.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem panel kawalan paparan skrin berwarna saiz 2.8inci dengan pengawalan sensor pengesanan tubuh badan manusia serta reka bentuk badan putaran 180 darjah.
Mesin penapis air Wells The One tampak lebih elegan dan mewah apabila didatangkan dengan enam pilihan warna menarik seperti Putih, Coklat, Hitam, Merah Gelap, Merah Jambu dan Mint.
Untuk maklumat anda, Wells Malaysia juga kini sudah membuka ‘showroom’ mereka yang pertama di Malaysia! Jadi bagi anda yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di ‘showroom’ Wells Malaysia yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.
Bagaimana pula dengan waktu operasinya? Jangan bimbang! Untuk pengetahuan anda, ‘showroom’ ini beroperasi pada setiap hari, dari jam 11 pagi sehingga 8 malam.
Alamat lokasi: 110, Jalan Maarof Bangsar, 59000 Kuala Lumpur.
Untuk info serta maklumat lanjut mengenai Wells Malaysia, sila layari laman sesawang rasmi di www.wellsmalaysia.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Menerusi episod pertama rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah merealisasikan hasrat selebriti terkenal, Zulin Aziz untuk memberi kejutan makeover dekorasi rumah buat suami tercinta, Farhan Zaini.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Dalam episod kali ini, Zulin telah memilih ruang tamu di tingkat dua kediamannya sebagai ruang pilihan bagi melakukan transisi perubahan hasil dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Bagi mahu merealisasikan hasratnya itu, Zulin memberitahu dia menginginkan dekorasi makeover yang berkonsepkan Inggeris Moden dan bertemakan warna terang.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama pengasas Ella Furniture, Puan Ella Alway telah mencadangkan jenis sofa ‘3 seater’ berwarna putih sebagai pilihan oleh kerana saiz keluasan ruang tamu yang sangat terhad.
Jelasnya, pemilihan sofa yang berwarna terang boleh memberikan impak saiz ruang yang kecil tampak lebih luas. Di samping itu, Puan Ella turut menyarankan penggunaan aksesori bench dan stool sebagai penglengkap dekorasi makeover di ruang tamu Zulin Aziz.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Zulin Aziz? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Apabila ruang laman rumah di penuhi dengan rumput yang sudah panjang, pasti ruang laman tersebut akan menjadi semak samun yang sangat teruk.
Maka, sudah pasti situasi seperti ini sudah menjadi satu masalah yang harus diatasi oleh anda semua. Tetapi, bagaimana cara yang mudah boleh dilakukan untuk mengatasinya?
Jangan anda bimbang, kini ada cara yang mudah boleh anda lakukan untuk mematikan rumput dan semak samun di kawasan laman rumah anda.
Jadi, mari kita belajar bagaimana caranya untuk membuat campuran mematikan rumput dengan menggunakan tiga bahan sahaja. Bukan itu sahaja, campuran yang dikongsikan ini tidak menggunakan sebarang bahan racun dan amat selamat untuk digunakan.
Bahan-bahan yang hanya anda perlukan:
1. Cuka masakan
2. Sabun pencuci pinggan
3. Alat penyembur
Cara-cara untuk membuatnya:
1. Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.
2. Setelah itu, titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur.
3. Kemudian,semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.
* Sembur hanya sekali,selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!
Sumber: Facebook Pertanian Satu Perniagaan
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.