Edisi ini banyak menceritakan persiapan open house dan ilham yang bersesuaian dengan kediaman kita. Warna harmoni menjadi idea dengansentuhan selamat pereka menjadi panduan asas utuk menghias kediaman. Masih menggunakan teknik pencahayaan semula jadidan menggunakan teknik suai padan produk dempak yang menjadikan ruang tidak nampak terlalu berserabut.
Permainan bentuk dan garisan mendominasi ruang dengan corak geometripada permaidani, kemasan lembut sofa utama, bentuk meja kopi utama dan gaya sentuhan lukisan .
Ads
Ads
Ads
Tindakan berani menyediakan segala keperluan dalam rona hampir sedondon merupakan antara tarikan utama terutama sewaktu demam rumah terbuka yang mana pembaca sukakan tata hias yang harmoni dan nampak mewah dalam usaha yang minima.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kepelbagaian tone warna dalam sebuah ruang menjadikan suasana tampil mewah.
Rona biru yang cukup menawan dengan padanan perabot serta aksesori dempak menjadikan tata hias ini cukup lantang. Biar pun tampil harmoni tetapi ia tidak menenggelamkan visual.
Pun begitu, suai padan antara aksesori dan teknik foto yang menyerlahkan perbezaan jarak dan ruang juga menjadikan cover ini puas dipandang. Bentuk dan perincian yang mewah juga antara lain mengapa ia tampil hebat dan eksklusif. Ilham segar bagi tuan rumah yang mahukan gaya mewah tetapi masih mengekalkan idea ringkas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Persembahan cover yang paling besar yang mana membawa ke bahagian belakang kulit muka majalah. Gaya glamour semepna persiapan aidilfitri menjadi pilihan dengan permainan cahaya. Gaya glamor ini juga sejajar dengan edisi bumper yang dinanti-nantikan.
Ruang tamu menjadi pilihan utama dalam membeli jiwa pembaca dengan warna-warna selamat tetapi masih mengekalkan cita rasa glamor. Pencahayaan yangsederhana memberi kesan natural pada ruang. Satu kelainan dalam persembahan cover majalah IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Lebih 24 ekor burung kakak tua Yellow-crested yang diancam kepupusan berjaya diselamatkan oleh pihak polis Indonesia dari menjadi mangsa penyeludupuan. Paling menyedihkan, burung kak tua tersebut disumbat ke dalam botol air miniral 500ml yang telah dikosongkan untuk mengaburi pihak kastam yang melakukan pemeriksaan di Tanjung Perak Surabaya, Indonesia.
Walaupun kejadian telah berlaku pada 5 May 2015, ia kurang di hebahkan dan proses penyeludupan sehingga kini masih berjalan. Menurut International Union Conservation Of Nature and Natura Resources, burung kakak tua Yellow-crested disenaraikan sebagai spesies terancam sejak 2017.
Kadar tangkapan juga semakin banyak dengan perluasan kawasan termasuklah Rawa Aopa Watumohai National Park, Buton dan Pulau Kadatua. Jumlah penyeludupan semakin meningkat dan tetap diteruskan disebabkan oleh permintaan tinggi di negara-negara Eropah. Setiap ekor burung kak tua boleh dijual pada harga £650
Dalam proses penyeludupan, disahkan 40% burung kakak tua akan mati akibat sifat tidak keperimanusiaan penyeludup yang menyeksa haiwan tersebut ketika dalam perjalanan. Ini bermakna, dalam 1,000 ekor yang diseludup 400 ekor akan mati.
Secara tidak langsung, Jumlah kuwujudan burang kakak tua Yellow-crested menjadi turun secara mendadak di tambah dengan masalah pengondolan hutan secara berleluasa. Tambahan, menurut banci lebih 10,000 spesies kaktua termasuk Lories ditangkap di Utara Halmahera, Indonesia setiap tahun untuk tujuan penyeludupan.
Mengecilkan lagi populasi disebabkan oleh kadar pembiakkanya yang sangat perlahan dimana ia berupaya bertelur sekali dalam tempoh setahun. Tidak seperti jenis burung yang lain 3 kali musim. Bagi setiap musim mengawan, burung kakak tua hanya mampu menghasilkan 2 biji telur maksimum.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.