Apabila jubin lantai dan dinding sudah lama digunakan untuk sekian lama, sudah pasti tahap ketahanan serta kemasan jubin anda akan berkurang lalu menghadapi beberapa kerosakan kecil misalnya pecah, retak sebagainya.
Kalau sebelum ini mungkin ada di kalangan anda yang terus menukar kepada jubin baru setelah berdepan dengan situasi sedemikian, maka sudah pasti anda pernah berdepan dengan kos pembaikan yang tinggi sebelum. Betul tak?
Tetapi tahukah anda, kini ada cara alternatif lain yang lebih mudah dan menjimatkan bagi menangani masalah kerosakan tersebut? Menerusi satu perkongsian akaun ‘Pages’ di laman media sosial Facebook, Lawak Malaysia Viral ada berkongsi cara mudah untuk membaiki jubin lantai yang telah pecah, retak dan sebagainya.
Maklumnya lagi menerusi entri yang sama, kaedah tersebut telah dipelajari daripada salah seorang kontraktor rumah yang berasal dari negara jiran.
“Satu ilmu baru yang saya dapat dari kontraktor negara jiran, ramai yang bila tiles pecah macam ni terus request tukar baru.
Ads
“Dah la nak tukar tiles tu makan kos beribu-ribu korang tahu tak ada satu cecair ni boleh betulkan balik tiles korang yang pecah tu.
“Just tuang je cecair ni dalam tempat pecah tu, nanti cecair ni akan mengeras dan ikut bentuk tiles yang pecah tu! Cost nya teramat murah!
“Cara yang sama boleh juga buat dekat tiles yang bocor terutama dekatbahagian tandas ada lubang kecil yang boleh serangga keluar dari situ. Boleh tutup habis lubang-lubang tu. Boleh pergi sahaja ke hardware dan order benda ni, atau beli secara online lagi senang,” tulisnya.
Ads
Sekiranya anda ingin mendapatkan cecair ini, boleh membelinya di mana-mana kedai hardware atau boleh sahaja membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian
Sumber: Facebook Lawak Malaysia Viral
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Menerusi episod kedua Ilham Impiana Inspirasi Selebriti kali ini secara eksklusif kami persembahkan ‘House Tour’ di kediaman milik penyanyi popular Lan Solo.
Ketika sesi temu ramah bersama Lan atau nama sebenarnyaMuhammad Razlan Mohamed Yusof dan isteri, pasangan ini telah memaklumkan mahligai indah ini dibina hasil titik peluh daripada wang simpanan yang sudah lebih 13 tahun menabung.
Dalam pada itu, pasangan ini juga memberitahu proses pembinaan kediaman baharu mereka ini telah memakan tempoh masa selama lima tahun untuk siap sepenuhnya sehingga boleh didiami.
Apabila diajukan soalan mengenai pemilihan konsep serta tema rekaan hiasan dalaman rumah oleh hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Lan dan juga isteri memaklumkan bahawa mereka tidak memiliki sebarang konsep mahupun tema rekaan hiasan dalaman rumah.
Katanya lagi, kesemua idea konsep dan pemilihan perabot hiasan dalaman rumah adalah seratus peratus mengikut selera dan citarasa yang tersendiri. Malah, pasangan ini juga tidak menggunakan atau mendapatkan khidmat nasihat pakar rekaan hiasan dalaman rumah bagi kediaman terbaharu mereka ini.
Lihatlah hasilnya seperti yang tertera pada gambar di bawah sememangnya amat menakjubkan dan ternyata kediaman yang direka dengan dekorasi hiasan dalaman mengikut citarasa sendiri ini juga boleh membuatkan ruang dalaman rumah tampak cantik serta indah kan?
Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Lan Solo? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baru-baru ini, seorang wargamaya di laman media sosial Facebook bernama Daniel Nazree meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap sikap segelintir para ibu bapa di luar sana yang tidak memantau tingkah laku anak-anak di tempat awam.
Hal ini berlaku ekoran selepas satu seni hiasan Kolum sambutan perayaan Deepavali di tempat awam telah dirosakkan oleh segelintir kanak-kanak.
Serentak dengan itu, individu berkenaan turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan seni hiasan Kolum Deepavali yang telah dirosakkan tersebut menerusi hantaran yang sama.
“Kepada sesiapa keluarga kalau bawak anak2 masuk mall sila lah tengok sikit perangai ank tu jangan jadi mak bapak tak ada sivik…
“dah lah rosak kan benda ni lepas tu xda rasa bersalah serta tak ada rasa nak mintak maaf…!!!!
“aku tak nak kait kan bangsa nanti tuduh aku mcm2 tapi pada semua mak bapak klau bawak nak2 tolong jangan rosak kan harta benda orang lain..!!!!,” tulisnya.
Pada masa sama, individu terbabit memohon kepada semua para ibu di luar sana untuk sentiasa lebih peka memantau dan mengawal pergerakan anak-anak di tempat awam supaya kejadian seperti ini tidak akan berlaku di masa hadapan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan meluahkan rasa kesal apabila melihat perkongsian tersebut.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Mungkin ada di kalangan anda yang tidak mengenali dengan hotel penginapan Temple Tree Resort ini meski telah sering berkunjung ke kawasan peranginan terkenal, Pulau Langkawi yang terletak di utara Semenanjung tanah air.
Untuk maklumat anda, Temple Tree Resort ini adalah merupakan sebuah tempat penginapan untuk para pelancong dari serata negara dan telah mula dibina di Pantai Cenang, Pulau Langkawi sekitar pada tahun 2008.
Bukan sekadar seperti tempat penginapan biasa yang lain, Temple Tree Resort ini sememangnya sangat unik dan berbeza berbanding dengan hotel-hotel penginapan lain yang ada di Pulau Langkawi.
Dengan ukuran keluasan tanah kawasan tempat penginapan yang mencecah hampir satu ekar ini, Temple Tree Resort ini telah membangunkan sebanyak 8 buah rumah tradisi lama dan dijadikan sebagai tempat penginapan bertaraf 4 bintang.
Apa yang membuatkan tempat penginapan ini menarik dan sangat unik oleh kerana Temple Tree Resort telah membangunkan semula 8 buah rumah tradisi lama yang didatangkan khas dari serata negeri Semenanjung Malaysia.
Kemudian, proses pembinaan kesemua rumah tradisi lama ini diteruskan dengan pemasangan semula di kawasan peranginan Pantai Cenang, Pulau Langkawi tanpa mengubah keaslian identiti rumah tradisi lama tersebut.
Jadi mari kita lihat dan kenali dengan lebih dekat setiap rumah yang ada di Temple Tree Resort.
IPOH HOUSE
Rumah tradisi pertama adalah merupakan ‘Ipoh House’ yang berada di pintu masuk utama Temple Tree Resort ini telah dijadikan sebagai kaunter ‘reception’ serta restoran buat tempat penginapan berkenaan.
JOHOR HOUSE
Rumah tradisi lama kedua pula adalah merupakan Johor House yang mempunyai sejarah pembinaan berasal dari Batu Pahat, Johor. Pemilik asal kepada rumah ini adalah berbangsa cina, maka oleh itu dari segi struktur dan reka bentuk kediaman ini terdapat elemen budaya
COLONIAL HOUSE
Untuk Colonial House pula, difahamkan mula dibina sekitar tahun era tahun 1900 dan didatangkan khas dari George Town, Pulau Pinang. Struktur reka bentuk dan dekorasi hiasan dalaman pada Colonial House ini terdapat kombinasi elemen sentuhan daripada budaya Peranakan dan Eropah.
ESTATE HOUSE
Estate House antara rumah yang unik dan berbeza daripada yang lain. Ini kerana, Estate House adalah merupakan jenis bangunan berbentuk satu tingkat yang mempunyai 6 buah rumah kesemuanya. Keistimewaan Estate House, setiap rumah memiliki ruang laman privasi di belakang rumah. Menarik bukan?
PLANTATION HOUSE
Plantation House, merupakan sebuah banglo lama dengan sentuhan dekorasi hiasan dalaman bertemakan budaya kemelayuan. Terdapat beberapa sentuhan seni ukiran Melayu ada pada kayu bangunan membuat rumah tradisi lama ini tempak lebih klasik dan mewah.
PENANG HOUSE
Seni bina reka bentuk bangunan daripada Penang House ini juga unik berbanding rumah tradisi lama yang lain. Ia juga didatangkan khas daripada Pulau Pinang dan diterapkan dengan elemen Melayu, Cina dan India pada seni bina bangunan.
NEGERI SEMBILAN HOUSE
Bagi rumah tradisi lama ini sudah semestinya didatangkan khas daripada Negeri Sembilan. Jika kita lihat pada struktur reka bentuk dan hiasan dalaman rumah tradisi lama ini, sudah terang lagi bersuluh pemilik asal kepada kediaman ini adalah berbangsa Melayu. Lihat sahaja lah daripada luaran, rumah tradisi lama ini sememangnya unik
STRAITS HOUSE
Istimewa Straits House berbanding rumah tradisi lama yang lain, ia merupakan sebuah kediaman warisan yang mewah kerana memiliki kolam renang khas persendirian. Selain itu, untuk hiasan dalaman rumah tradisi lama ini telah direka dengan pemilihan perabot yang lebih moden bagi memberikan kepuasan yang terbaik kepada para pengunjung yang menginap di Temple Tree Resort.
KOLAM RENANG
Tidak lengkap rasanya jika tempat penginapan tanpa kolam renang, betul tak? Untuk pengetahuan anda, selain keunikan rumah tradisi lama di kawasan penginapan sudah semestinya Temple Tree Resort ini mempunyai kolam renang yang cantik untuk kegunaan para pengunjung.
Lihat sahaja lah pada foto yang tertera, ternyata kolam renang di Temple Tree Resort ini tampak sangat cantik dengan dihiasi pemandangan awan biru yang menenangkan.
Jadi, tidak dapat disangkalkan lagi, Temple Tree Resort ini merupakan sebuah tempat penginapan yang terbaik dan bertaraf antarabangsa dengan keunikannya yang tersendiri.
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut dan membuat tempahan tempat penginapan di Temple Tree Resort, anda boleh sahaja segera melayari laman sesawang www.templetree.com.my atau hubungi nombor di talian +6017-599 5935.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.