Sudah pasti ramai yang mengimpikan rumah tangga bahagia sentiasa, tapi perkara itu agak mustahil kerana suami isteri itu sifatnya berbeza. Adatlah bergaduh sekali sekala, kalau aman sentiasa, tak adalah warna dalam rumah tangga kita nanti. Namun, tanpa kita sedar sebenarnya punca perbalahan rumah tangga itu adalah dari kehadiran entiti yang ketiga.
Pernah dengar tak, ada jin atau syaitan belakang pintu rumah? Entiti atau makhluk ini memang kita tak nampak kehadirannya. Sebab itu sunnah menggalakkan kita memberi salam sebelum masuk rumah sama ada dalam rumah itu ada orang mahupun tidak.
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami dan isteri terhadap kesetiaan pasangan mereka.
Sebab itu lah, Rasullullah tidak akan masuk rumah sehingga baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Setelah salam diberikan dan dibalas, maka disaat itu syaitan akan berlari meningglkan kediaman kerana ia tahu, orang yang tinggal di dalam rumah tersebut adalah orang yang soleh.
Selain itu juga, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memastikan syaitan di atas pintu itu tak duduk dan mengganggu hubungan anda. Antaranya ialah:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Sumber:http://syaniaftersix.blogspot.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI