
Jam dinding antara hiasan yang boleh menambah gaya penataan rumah. Tapi mungkin ada antara kita yang mengalami satu masalah berkaitan alat ini bila mana ia selalu rosak. Boleh jadi kita sudah menukar 3-4 buah jam dinding tanpa mengetahui puncanya.
Untuk pengetahuan kita salah satu punca masalah ini adalah bateri yang kita gunakan. Biasanya bila jam sudah tak berfungsi akibat kehabisan bateri, kita akan beli saja sama ada AA atau AAA. Janji bateri, asal jam dapat berfungsi semula.
Tapi kita tak ambil tahu bahawa tak semua bateri sesuai untuk jam dinding. Bateri ini ada jenis-jenisnya dan ia perlu diguna pada alat yang sesuai dengan kemampuannya. Dikongsi oleh Zulkifli Bin Ahmad, hari ini kita belajar ilmu tentang bateri.
Ilmu tentang bateri jam dinding
Puas fikir pasal apalah jam dinding rumah selalu rosak. Rupanya selama ini, main letak saja bateri AA. Info berguna tentang bateri ini seeloknya kita tahu.
1. Bateri Alkaline untuk kamera dan remote ( mahal, dan paling kuat ). Kalau letak pada jam, memang jam akan cepat rosak.
2. Super extra heavy duty untuk barang elektrik radio, mainan dan lampu. Sama juga. Kalau letak dekat jam, memang akan cepat rosak.
3. Heavy duty untuk jam. Inilah yang paling sesuai. Lagi mudah, guna saja jam kedai RM2.
Tip ekstra Impiana
Kalau nak dekorasi jam dinding yang menarik, boleh pilih konsep yang sesuai dengan tema rumah. Berikut beberapa idea yang boleh dipertimbangkan
1. Minimalist & Modern
✔ Jam dinding ringkas – Pilih jam dengan reka bentuk simple, warna monokrom (hitam, putih, kelabu) atau warna pastel.
✔ Jam tanpa nombor – Design yang lebih sleek dan moden.
✔ Jam dinding digital – Nampak kemas, sesuai untuk ruang kerja atau dapur moden.
2. Vintage & Klasik
✔ Jam kayu atau besi tempa – Beri elemen klasik dan mewah.
✔ Jam gaya retro – Inspirasi dari era 50-an atau 70-an, sesuai untuk hiasan cafe-style.
3. Konsep Scandinavian
✔ Jam kayu minimalis – Sesuai dengan tema natural dan bersih
4. Konsep Home Office atau Ruang Kerja
✔ Jam world time – Sesuai kalau suka elemen korporat, boleh letak 3-4 jam menunjukkan waktu dari negara berbeza.
Boleh pilih ikut kesesuaian ruang dan bajet. Kalau nak lebih kreatif, boleh gabungkan dengan cermin dinding atau rak kecil untuk efek lebih menarik!
Sumber: Zulkifli Bin Ahmad
Mesti Baca: Tonjolkan Personaliti & Cita Rasa Anda Melalui Lukisan Di Dinding Rumah
Baca Lagi Di Sini: Dinding Rumah Kotor Dengan Lukisan Si Manja, Ini cara Hilangkan
Artikel Menarik: Hadiahkan Dekorasi Makeover Kepada Manager, Episod Kedua Impiana Makeover Ruang Selebriti Menyaksikan Sikap Murni Alif Satar
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI