Rumah kecil atau tiny house kini menjadi kegilaan ramai di Malaysia. Inspirasi My Tiny Cottage House yang terletak di Port Dickson ini menarik perhatian ramai. Pemiliknya telah mendapat ispirasi untuk membina tiny house ini dari Pinterest.
Banyak yang dilakukan sendiri (DIY) sewaktu untuk menyiapkan rumah kecil ini. IMPIANA tertarik dengan warna dan dekorasi yang cukup menarik perhatian. Terasa seperti berada di negara luar bukan di Malaysia.
Bagi yang suka OOTD pasti akan gemar dengan lokasi rumah ini yang terletak di Port Dickson. Melihat pada pemilihan warna yang terang seperti biru dan kuning membuatkan seperti rumah mainan.
Yuslan Ibrahim pemilik rumah tiny house ini berkongsi cerita bagaimana beliau mula menghasilkan rumah kecil ini. Jika di luar negara tiny house sudah menjadi satu kebiasaan pada mereka.
Ads
Nak share jugalah My Tiny Cottage House yang dah 3 tahun siap, memang jenis suka giler dengan konsep rumah mat salleh yang kecik,kemas dan fancy. Its studio jer ni,bajet murah sikit.
Idea ni saya ambik dari Pinterest, memandangkan bajet tak banyak, so apa yang saya buat untuk jadikan impian saya ini SATU KENYATAAN adalah dengan menjadikan My Tiny Cottage ni untuk disewa, macam konsep homestay tulah, dengan duit sewa tersebutlah saya gunakan untuk kos maintenance
(Gambar pertama dari Pinterest) gambar yang seterusnya adalah projek saya yang sudahpun masuk 3 tahun. Musim PKP ni saya rajin tanam bunga, tak sangka subur pulak bunganya.
Salam kenal semua, Port Dickson here.
Cottagehomespd
Memiiliki rumah yang kompak seperti ini memberi kesedaran pada memilik agar lebih berjimat dan gaya hidup seharian yang lebih bersederhana. Jika anda lihat ruang yang comel ini memang sesuai untuk yang tinggal bersendirian. Nak kemas rumah pun senang.
Ads
Kalau anda dah mula tertarik dengan rumah ini boleh ke Port Dickson untuk merasai sendiri pengalaman tinggal di dalam tiny house.
Roman shade memang nampak cantik dan kemas. Namun adakalanya, keinginan terbantut dek harganya yang agak mahal. Namun bagi Fazlina Samsuddin kaedah diy adalah jalan terbaik untuk memperolehi bidai ini. Menariknya Fazlina Samsuddin tidak menggunakan fabrik untuk membina bidai roman shade ini. Hanya menggunakan wallpaper kerana lebih jimat dan tahan lebih lama.
Nak tahu macam mana? Jom kita belajar cara membuat roman shade Fazlina Samsuddin ini
Bahan-bahan:
Wallpaper kalis air
Gam serbaguna
Pita pelekat kertas
Double side tape
Tali (macam tali jala tu)
Gunting
Pisau
Stapler tembak
Kayu 1 inci
Skru cangkuk
Velcro tape
Lidi sate (kalau ada kayu halus yang panjang seperti saiz lidi sate lebih sesuai. Potong hujung lidi yang tajam
Cara-cara:
1. Ukur saiz tingkap yang akan diletakkan roman shade. Ukuran diambil tinggi x lebar.
2. Dah dapat ukuran, potong wallpaper mengikut keperluan tingkap. dan lipatkan dua (anggaran 1.2″) di bahagian atas wallpaper dan gam kan. Guna double side tape pun boleh, Bahagian tepi pun lipat juga dan gam kan. Ini bermakna, dari ukuran asal tingkap tadi anda perlu lebihkan 1.2″ di bahagian atas, bawah dan sisi sebagai kemasan
3. Mulakan lipatan seperti kipas dari bawah wallpaper. Untuk lipatan pertama, anda perlukan ukuran 7 inci dan berikutnya 8 inci sehingga atas. Untuk lipatan yang paling atas bagi basinya lebih sedikit lebih kurang 2 inci untuk nampak lebih cantik. ini bermakna, lipatan paling atas keseluruhanya 10 inci tinggi.
4. Buat batang penyokong roman shade dari lidi sate. Untuk cantumkan lidi tadi jadi panjang gunakan pita pelekat kertas
5. Aturkan batang lidi yang telah siap dicantum tadi atas garisan lipatan pada wallpaper dan lekatkan dengan pita pelekat sepanjang lidi. Hanya tinggalkan ruang kanan dan kiri (6 inci) dari sisi tidak terlekat sebagai tempat ikat tali nanti.
6. Ambil kertas lain atau wallpaper yang sama, tampalkan di bahagian belakang wallpaper sebagai kemasan. Jangan lupa tebuk lubang untuk tujuan kita ikat tali untuk tarik pada bahagian yang tidak dilekat dengan pita pelekat kertas
7. Ikat tegang dan kemas tali pada bahagian yang tidak dilekatkan tadi dan biarkan basi banyak di bahagian atas sebagai tempat pemegang untuk ditarik. Perlahan-lahan tarik tali yang melekat pada batang sokongan roman shade. dah hampir siap dah.
8. Bahagian atas, lekatkan velcro tape untuk memudahkan ia digantung pada bingkai
9. Untuk tempat menggantung, gunakan batang kayu 1 inci dengan panjang mengikut kelebaran roman shade tadi. Balutkan kayu tersebut terlebih dahulu dan letakkan skru cangkuk sebagai tempat pemegang tali dan tape velcro di bahagian hadapan sebagai tempat tampal wallpaper tadi. Setelah siap, drill kan kayu tersebut pada bahagian atas tingkap.
p/s: dalam gambar ni saya guna polystren dulu sementara nak cuba letak di dinding
10. Dah drill kayu pada tingkap, masukkan tali pada penyangkuk skru tadi dan pastikan basi kedua-dua tali terletak di sebelah kanan untuk memudahkan ia di tarik. Lekatkan velcro tape pada wallpaper terus di atas bingkai kayu 1 inci tadi. SIAP
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Apa yang boleh anda lakukan dengan bilik tidur yang mempunyai saiz lebih kurang 8 kaki x 8 kaki? Letak sebuah katil bersaiz queen, sebuah almari dan meja solek dah penuh. Tapi, bilik tidur ini diubah suai lengkap dengan ruang menonton dan tempat simpanan tambahan seperti yang dikongsikan oleh Aircrag Marikit. Sudah pasti, konsep bilik seperti ini menjadi idaman si bujang yang pentingkan gaya dan keselesaan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagi anda yang berasal dan menetap di sekitar negeri utara atau pantai timur, mungkin ada di kalangan anda yang tidak mengetahui binaan bangunan di selatan tanah air yang menjadi mercu tanda dan kebanggaan orang ramai.
Jadi mari kita lihat dan kenali dengan lebih dekat bangunan-bangunan yang telah menjadi ikonik di serata negeri selatan tanah air.
Negeri Sembilan
Binaan bangunan yang menjadi mercu tanda serta ikonik di Negeri Sembilan Darul Khusus sudah semestinya Istana Lama Seri Menanti. Tinggalan monumen bersejarah ini masih disanjung tinggi oleh masyarakat setempat sehingga ke hari ini.
Dengan kewujudan Istana Lama Seri Menanti di sekitar Kuala Pilah telah menjadikan ia sebuah binaan bangunan yang ikonik di Negeri Sembilan.
Melaka
Foto sumber: MelakaCool.com
Melaka Bandaraya Bersejarah adalah antara merupakan sebuah negeri yang popular di selatan tanah air. Tinggalan kisah sejarah yang ada membuatkan negeri ini sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Bagi Melaka pula, binaan bangunan Menara Taming Sari yang terletak di sekitar Bandar Hilir antara salah bangunan yang menjadi ikonik dan mercu tanda di negeri bersejarah ini.
Menara Taming Sari merupakan sebuah menara pandang dengan ketinggian setinggi 110 meter ini telah siap dibina sekitar tahun 2008.
Johor
Foto sumber: astroawani.com
Untuk negeri Johor Darul Takzim pula, bangunan yang telah menjadi mercu tanda dan ikonik seluruh rakyatnya sudah semestinya Stadium Sultan Ibrahim.
Ia dibina untuk dijadikan sebagai stadium bola sepak baharu bagi mengantikan Stadium Larkin yang telah menempatkan pasukan bola sepak Johor sejak 1964.
Reka bentuk Stadium Sultan Ibrahim ini telah diilhamkan daripada bentuk mahkota diraja Johor dan ia siap dibina sepenuhnya pada tahun 2020
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.