Binaan taman kecil dengan keluasan kebun 3x4m yang dikelilingi batu-batu yang membuatkan ruang laman ini menyuntik aura semulajadi. Binaan atap yang dibina dengan kayu disisir rapi ini memberi pencahayaan telus ke ruang tersebut.
Taman kecil adalah tema rumah ini. Taman ini adalah teras untuk akses ke rumah dari jalan luar. Ruang makan juga terletak di luar yang berhampiran dengan tempat bersantai .
Jika anda pernah ke negara Jepun pasti pernah melihat bagaimana cara penempatan atau pola kediaman di sana. Di bandar Jepun, di mana rumah akan disusun sebaris jika di kawasan kecil, sukar untuk memperuntukkan ruang untuk taman. Pereka kediaman ini berusaha menyelesaikan kesulitan itu dengan merancang mekanisme perancangan perumahan.
Pertama, ruang dalam rumah dibahagikan kepada isipadu utama iaitu ruang tamu, dapur, dan ruang yang lain. Manakala sub volume untuk ruang lain dibina dengan bilik tidur dan bilik mandi.
Rekaan unik ini mencipta ruang untuk taman membuatkan ia tampil lebih sempurna untuk sebuah kediaman. Kaedah binaan ini nampak mudah, tetapi mempunyai kesan sebaliknya iaitu bayangan bangunan untuk menggabungkannya ke sekitarnya bukanlah satu perkara yang mudah. Bangunan dan taman bersatu menjadi sebahagian daripada pemandangan bandar.
Rumah-rumah di kedua-dua sisi dirancang dengan cara yang sama. Dengan itu ia membuatkan rumah berlaman kecil ini nampak lebih menonjol.
Boleh jadikan inspirasi!
Kredit:
Ads
Ads
Ads
Rumah KAKAMIGAHARA, JAPAN
Architects: Plan21
Gambar: Akira Ueda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Wah, ini memang satu khabar berita buat semua pencinta koleksi mainan McDonald’s! Terbaharu, syarikat makanan segera terkenal itu telah melancarkan koleksi set mainan masak-masak Happy Meal.
Untuk koleksi set mainan masak-masak ini telah menampilkan sebanyak lapan jenis mainan pelbagai bentuk antaranya dulang makanan, burger, mesin duit dan banyak lagi.
Lihat sahaja lah kesemua rekaan set mainan masak-masak Happy Meal ini sememangnya unik dan comel-comel belaka. Sudah pasti, ia bukan sahaja boleh menarik perhatian minat si cilik comel kesayangan anda, malah orang dewasa juga turut sama!
Jadi mari kita lihat setiap satu reka bentuk yang ada dengan lebih dekat dan mana satu yang menjadi pilihan anda? Apa kata anda kumpulkan kesemua reka bentuk set mainan masak-masak Happy Meal ini, sebab semuanya sangat comel!
Untuk pengetahuan anda, koleksi set mainan tersebut telah mula dilancarkan bermula 13 Oktober sehingga 3 November depan. Jadi tunggu apa lagi?! Segera pergi ke mana-mana cawangan McDonald’s di seluruh Malaysia sebelum semuanya kehabisan stok!
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Nak beli gerudi dinding atau drill boleh jadi keliru. Bukan sahaja macam-macam jenama yang ada di pasaran, pelbagai fungsi, kod dan jenis pun boleh buat anda pening kepala. Lebih-lebih lagi, bila anda sebenarnya bukan lah nak menukang beria-ia macam pro. Cukup sekadar nak tebuk dinding untuk gantung bingkai dan kegunaan asas.
En Azmi Moh berkongsi jenis drill yang sesuai dengan kegunaan asas di dalam group Tukang Apa Hari Ini.
Kalau kita tak biasa, memang pening nak beli DRILL ni, macam-macam jenis, macam-macam jenama, macam-macam kod, macam-macam fungsi.
Cadangan saya, kalau kita bukan tukang, hanya nak drill biasa-biasa untuk kegunaan rumah, pilih Hammer Drill, 700w keatas. Tak kisah jenama apa. Yang penting watt dia. Ia menunjukkan kekuatan Drill itu mampu bekerja. Walaupun jenama BOSCH, jika 600w, bercintalah nak boleh tebuk dinding simen. Dalam gambar ‘B’ 710w. Sedang molek lah.
Kalau tukang, kena adalah lah semua DRILL A,B&C. Fungsi dia berbez-beza. Daril Drill ‘A’ Rotary Hammer, Drill C, untuk kerja-kerja ringan, untuk pasang screw. Kerja-kerja kayu dan elektrik, sesuai lah. Sebab ia ringan dan tanpa wayar. Semoga bermanfaat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bagi anda yang golongan muda khususnya pasti ada yang masih tidak mengetahui definisi dan perbezaan yang terperinci antara Hibah dan Hibah Takaful. Meski kedua-duanya dilihat hampir sama namun ia masih mempunyai definisi yang berbeza.
Jadi, apakah perbezaan antara kedua-duanya? Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut bersama IMPIANA.
Dalam episod Tip Impiana kali ini, IMPIANA telah berkesempatan mengundang tetamu jemputan, Encik Faidzal yang merupakan seorang perunding takaful di bawah naungan Al-Araf Associates bagi mengupas secara terperinci mengenai Hibah bersama penonton.
“Apa maksud Hibah yang sebenarnya adalah hadiah, manakala Hibah Takaful pula bermaksud pemberian hibah dalam bentuk wang pampasan yang mana kita boleh beri kepada sesiapa yang dikehendaki,” jelasnya.
Ketika sesi temu bual bersama Encik Faidzal turut menjelaskan beberapa perkara mengenai Hibah Takaful serta peranannya sebagai pelindungan tambahan kepada pembiayaan pinjaman anda.
“Bila kita cerita fasal dari sudut hartanah kan, pasti ada yang terikat dengan hutang-hutang hartanah misalnya membayar pinjaman hutang kepada bank.
“Jadi dengan adanya hibah takaful ini, ia sebenarnya boleh membantu kita untuk menstrukturkan pinjaman kita bersama bank.
“Contoh, kalau kita buat satu pinjaman rumah dengan bank, kebiasaanya ia didatangkan sekali dengan Mortage Reducing Term Assurance (MRTA) yang mana selalu diwajibkan oleh pihak bank.
“Tetapi, dengan adanya tambahan hibah ini ia akan memberikan perlindungan tambahan terhadap kita punya pinjaman sekiranya berlakunya kepada diri kita sepanjang tempoh pinjaman,” katanya lagi.
Sekiranya anda ingin mengetahu info serta maklumat lanjut mengenai Hibah Takaful, anda boleh menonton pautan video penuh di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.