Ramai antara kita yang memilih untuk hantar toto atau comforter ke dobi kerana beranggapan toto yang tebal pastinya leceh untuk dicuci.
Walhal, dengan mengikuti teknik genius perkongsian Puan Nurul Ain Syed Mohd ini, memang ternyata amat mudah untuk mencuci sendiri toto sendiri.
Tak perlu lagi anda susah-susah angkat keluar/masuk kereta toto yang berat tu.
Lihat caranya :
CARA BASUH COMFORTER/ TOTO
Dulu selalu pakai cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.
Ads
Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Hurm. Mungkin ada betulnya juga.
Caranya mudah ya amat.
1. Gulung gulung dulu sebelum masuk mesin
Ads
Gulung ikut saiz mesin. Saya guna mesin 8kg
2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.
Ads
3. Letak bahagian kotor dibahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif.
Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak. Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
Apapun ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.
Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin. Taknak masuk mesin pun tak mengapa. Lambatlah sikit keringnya nanti. Terpulang.
.
Kalian pula guna cara yang mana. A atau B?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Katil lama dah tak dapat nak digunakan lagi, diubahsuai menjadi sebuah kerusi panjang. Mungkin anda yang ada katil lama dan terbiar.. Boleh cuba cara ni. Jom lihat hasil kreatif perkongsian Cikgu Syamsul dari Sungai Petani, Kedah. Mungkin anda di luar sana mendapat ispirasi daripada hasil ini.
Kos yang digunakan kurang daripada RM50 untuk membeli wood filler, wood varnish dan skru. Lain-lain bahan telah sedia ada dalam simpanan beliau.
1 x katil kayu lama / terpakai / rosak.
1 x gergaji kayu
1 x pemutar skru Skru secukupnya.
Tukul.
Pita pengukur.
Kertas pasir secukupnya.
Wood filler.
1 botol wood varnish.
Langkah 1
Leraikan katil kayu yang telah rosak. Kumpul bahagian yang masih boleh digunakan. Untuk membuat bench chair, bahagian kepala katil sangat penting.
Langkah 2
Ukur dan potong bahagian-bahagian kayu yang hendak digunakan.
.
.
Untuk kerusi ini, Cikgu Syamsul buat ukuran 38cm lebar x 160cm panjang mengikut kesesuaian kayu yang sedia ada.
Langkah 3
Kepala katil dah sedia untuk dijadikan tempat bersandar. Potong kakinya untuk rendahkan, lebih sesuai untuk ukuran kerusi. Kayu yang digunakan untuk alas tilam akan jadi platform atau lantai kerusi.
.
Langkah 4
Penyambung asal pada kebanyakan katil boleh guna semula untuk membuat sambungan kayu. Jika ingin beli di kedai atas talian, namanya Iron Bed Fittings Connectors Brackets Joiners Hook Replacement Frame.
.
Rangka kerusi yang akan dihasilkan. Sebelum meletakkan papan untuk dijadikan tempat duduk, pastikan tetulang dibuat supaya kerusi lebih kukuh.
.
Langkah 5
Buat ukuran dan potong papan yang diperlukan. Papan ini ialah papan dari alas tilam pada katil.
.
Langkah 6
Susun dan skrukan papan tadi dengan kemas. Jika tiada skru, paku boleh digunakan sebagai alternatif. Cuma bagi saya, skru lebih kukuh.
Langkah 7
Kerusi hampir siap. Telah disapu wood varnish yang selari dengan warna asal katil. Pastikan kayu-kayu dan papan-papan yang kasar dilicinkan dengan kertas pasir terlebih dahulu. Mulakan dengan kertas pasir yang kasar sehingga yang semakin halus.
.
.
.
Lihat perbezaan warna asal dan warna baru setelah disapu wood varnish. Berseri kan?
Langkah 8
Lebihan papan katil seterusnya digunakan untuk membuat meja untuk melengkapkan set kerusi. Leraikan dan pilih papan yang masih elok.
Langkah 1
Buat ukuran yang dikehendaki dan bina rangka meja. Tinggi kaki meja adalah 40cm, tidak terlalu rendah, tidak terlalu tinggi. Sesuai dengan kerusi yang dibina.
.
Langkah 2
Papan diikat dengan menggunakan skru. Tebuk lubang terlebing dahulu sebelum diskru kerana papan lama biasanya mudah retak/terbelah jika tersalah cara.
.
Langkah 3
Gunakan wood filler untuk menampal lubang-lubang kesan daripada paku yang telah dicabut semasa proses peleraian. Tujuannya untuk hasil kayu yang lebih licin dan cantik.
.
Langkah 4
Jemur meja yang telah ditampal dengan wood filler. Setelah kering, gosok dengan kertas pasir untuk melicinkan permukaan kayu sebelum disapu wood varnish.
Langkah 5
Setelah selesai sapuan wood varnish kali pertama, setelah kering, gosokkan sekali lagi dengan kertas pasir. Kemudian, sapu woord varnish untuk kali kedua. Tujuannya untuk hasil permukaan kayu yang lebih licin dan cantik.
.
Terima Kasih Cikgu Syamsul berkongsi DIY yang mampu memberi inspirasi pada semua pembaca.
Selamat Mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Shiplap wall memang tengah in dan mencuri pandangan peminat dekorasi dari wainscoting. Zahirnya kelihatan seakaan dinding dibina dari papan, hakikatnya adalah teknik tampalan atau Cladding yang digunakan sama seperti pembinaan wainscoting.
Menjengah ke kediaman semi-D dua tingkat di kawasan membangun Bandar Parklands, Bukit Tinggi ini memberikan pengalaman baru kepada penulis. Terdapat suatu aura yang menenangkan dari taman ini. Pemandangan dan bunyi-bunyian mendamaikan memenuhi sekitarnya menerusi reka bentuk water feature ringkas sebagai focal point terletak di ruang santai menjadi latar belakang yang mendamaikan halwa telinga. Roslin dan suaminya sangat menggemari kehalusan seni bina kayu lalu mendapatkan perkhidmatan NBS Corporation Sdn.Bhd melalui majalah IMPIANA bagi merealisasikan sebuah taman yang diidam-idamkan.
Tanah lapang di kediaman ini pada asalnya berkeluasan hampir 1800 kaki persegi. Kemudian pemilik mengunjurkan sebahagian struktur kediamannya bagi mendirikan sebuah dapur basah di bahagian belakang dan mengunjur ke tepi bilik pelbagai kegunaan di bahagian sisi. Tanah lapang yang diperuntukkan untuk membuat taman merangkumi keluasan hampir 1300 kaki persegi.
Taman kecil berkeluasan hampir 300 kaki persegi di bahagian kiri pintu masuk diserlahkan dengan rekaan decking berukuran 6 kaki lebar daripada kayu cengal bagi mewujudkan sense of welcoming kepada tetamu yang melalui ruang ini sebelum masuk ke dalam kediaman. Oleh sebab ruang ini dihalangi struktur kediaman milik Roslin dan jiran, cahaya matahari tidak dapat mengenai sebahagian tanaman memerlukan peletakan batuan pebbles pelbagai saiz sebagai alternatif penggunaan rumput.
Overhead yang dicipta daripada cengal material sama dengan decking menjadikan ruangan ini lebih luas dan bersatu dengan kediaman. Manakala sebuah kerusi taman yang diletakkan di hadapan muka pintu mewujudkan ruang menunggu yang lebih intim di antara pemilik dan tetamu yang berkunjung. Ia mengubah sudut ini seratus peratus daripada asal yang hanya dijadikan laluan sementara sebelum masuk ke rumah.
Taman kedua di sebelah kanan pintu masuk merupakan kawasan utama yang dititik beratkan dalam reka bentuk taman di kediaman ini. Dengan keluasan 1000 kaki persegi, tanah lapang pada asalnya dihiaskan dengan tanaman dalam pasu berubah menjadi ruang santai yang begitu merehatkan. Tanaman ditanam secara berkelompok dengan pelbagai hierarki di sepanjang perimeter bahagian ini untuk mencipta kehijauan secara maksimum.
Plot penanaman di sudut ini lebih ketara kerana pemilihan tanaman yang pelbagai. Tanaman yang gemar kepada redup dipilih kerana cahaya matahari tidak dapat menembusi sepenuhnya di sudut ini. Antara yang menjadi pilihan adalah Raphis exelsa, Thaumatococcus daniellii dan Trandescantia spathacea ‘Compacta’. Penggunaan batu pemijak buatan simen menjadi penghubung di antara kawasan meletak kereta dan ruang santai utama.
Seterusnya, transisi antara ruang di teruskan kepada decking bersaiz 16 kaki x 14 kaki kayu cengal berbumbung kayu jenis sama. Sedikit perincian ukiran pada kekisi di bumbung menjadikan ruangan ini kaya dengan unsur kayu dan tradisional. Ruang santai ini merupakan ruang utama yang menjadi pilihan pemilik dan pereka. Kehebatan kayu diserlahkan secara maksimum di ruangan ini. Dengan reka bentuk ala kampung, setiap penjuru ruangan ini dikemasi kekisi beranda bagi menunjukkan had laluan.
Binaan pagar sebelum ini dijadikan perimeter bagi membina water feature yang memberikan kesinambungan di antara ruang tamu dan ruang santai tersebut. Dinding water feature didirikan menggunakan batu granit yang disusun secara rawak, kemudian dipasangkan dinding bagi water feature diperbuat daripada natural stone. Rekaan bumbung kayu diteruskan kepada bahagian atas water feature bagi mewujudkan privasi di ruang santai.
Binaan ini terus disambungkan ke kawasan decking dengan kehadiran sebuah kolam ikan koi yang mempunyai aras sama dengan decking. Ruang serba lengkap ini menjadi sebuah tempat eksklusif bagi pemilik berehat kerana reka bentuk separa terbuka bersambungan dengan ruang tamu kediaman. Kekisi pada bahagian bumbung menjadi penyaring udara dan pandangan sesuai dengan konsep santai yang dipersembahkan.
Bagi melengkapi sebuah ruang santai, perabot luar ringkas set meja dan kerusi disediakan biarpun pemilik senang duduk bersila di lantai decking menambah ciri ala kampung di taman ini. Secara keseluruhannya, kombinasi kehebatan kayu dan komposisi tanaman memberikan nafas baru kepada taman sedia ada dan pemilik sekeluarga menghargai kehalusan seni bina dan kepelbagaian material yang dipilih.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!