
Peti sejuk atau peti ais adalah ruang yang sentiasa menjadi pilihan untuk anda menyimpan makanan yang tidak habis dimakan. Sisa makanan tersebut adakalanya dibiarkan lebih dari seminggu dan adalakanya mencecah sebulan malah lebih. Tu belum lagi barang-barang lain yang disimpan seperti sayur, susu dan lain-lain lagi sehingga penuh dan padat peti sejuk.
Keadaan ini akan menyebabkan peti sejuk anda menjadi lokasi terbaik untuk pembiakkan bakteri yang menyebabkan penyakit tanpa anda sedari. Oleh itu, untuk memastikan peti sejuk anda bersih, bukan setakat perlu dicuci dan dikemaskan setiap minggu.
Ini kata-kata bintang Netflix dan mahaguru mengemas Marie kondo di dalam posting diakaun Instagramnya KonMari.co
“Don’t stuff your fridge,Keep it about 30% empty and use the extra space for leftovers and new groceries”
-KonMari.co
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rumah Dato’ Azril Di London & Miliki 3 Lagi Hartanah Mewah!

Selain memiliki empayar perniagaan kukuh di Malaysia, antara usahawan berjaya Malaysia, Dato’ Azril Mohd Radzi rupa-rupanya makin rancak menceburi bidang hartanah.
Rumah Dato’ Azril Di London Siap Sepenuhnya & Miliki 3 Lagi Hartanah Mewah!
Dato’ Azril mendedahkan dia bakal menerima kunci rumah di Maida Vale di London dan berada di sana selama sebulan. Teruja berkongsi khabar gembira itu, bapa kepada dua anak ini memuat naik gambar dirinya di hadapan sebuah kediaman di sana pada hujung Mac lalu.




Ujarnya, “Alhamdulillah satu lagi investment saya untuk anak-anak nanti kalau nak sambung belajar di UK. Rumah ni dah lama saya beli dan baru sempat ambil kunci baru ni.
Setelah sebulan berada di London, akhirnya rumah ni sempat saya siapkan interiornya. Lepas ni kalau nak ke Europe, inshaAllah rumah ni akan jadi transit untuk kami sekeluarga.
Rumah ni saya berikan nama The Estate London sebab seiring dengan series hartanah-hartanah lain yang saya buat ‘short term rental’.
The Estate London terletak di West London dan mampu memuatkan sehingga 10 orang tetamu pada satu masa.”






Bercerita lanjut mengenai rumah tersebut, Dato’ Azril menambah, “Rumah ini didatangkan dengan 4 bilik dan ‘walking distance’ ke Portobello Market, Queen’s Park, Maida Hill, Nothing Hill dan Little Venice.
Berdekatan dengan masjid hanya 20 meter dan banyak restoran halal sekitar Harrow Road jarak kurang 100 meter dan kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan uber.
Rumah Dato’ Azril Di London
Rumah ini juga berhampiran tube station Queen’s Park & Westbourne Park, penginap boleh ke sentral London dengan menaiki underground hanya beberapa minit.
Doakan series The Estate saya, The Estate Hulu Rening dan The Estate Batang Kali inshaAllah hujung nanti The Estate Batang Kali akan beroperasi dan tahun depan The Estate Setiu, depan Pantai Penarik di Kampung Mangkuk Terengganu pula akan beroperasi.”





Alhamdulillah, tumpang bangga dengan pencapaian Dato’ Azril.
Lebih bermakna, isteri tercinta juga kini hamil anak ketiga! Beberapa hari sebelum menyambut Syawal, Dato’ Azril berkesempatan ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah.
Mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun lalu, Datuk Azril dan Datin Balqish dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sarra Ayesha dan Umar Mateen yang masing-masing berusia lima dan empat tahun.
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cemas! Panik! Air-Cond Di Rumah Tak Sejuk?! Jangan Risau. Ketahui Puncanya Sekarang

Anda ada air-cond di rumah anda? Mesti ada kan. Setiap rumah yang ada di Malaysia ini, kebanyakkannya ada air-cond di rumah mereka. Kadang-kadang bukan setakat 1 atau 2 tapi setiap bilik ada. Kalau ada 10 bilik, 10 bilik tu lah nak ada air-cond. Tapi mesti kita akan rasa rimas dan serabut kan bila tiba-tiba air-cond tu tak sejuk? Dah lah tengah musim panas waktu ini. Dari penyabar terus hilang sabar. Bila tengok remote control tu, dah sampai ke 16 darjah celcius dah tapi masih panas. Aduhaii. Tapi jangan risau, saya akan kongsikan kenapa air-cond di rumah anda boleh jadi tiba-tiba tidak sejuk.
Perkara pertama yang anda boleh jangka atau syak kenapa air-cond tiba-tiba tak sejuk, adalah sebab pemasangannya itu ada masalah dan tidak mengikut pemasangan standard. Unit luar terletak di lokasi yang menyusahkan. Tiada pergerakan udara yang mencukupi. Paip tembaga adalah saiz yang salah. Ini selalu berlaku apabila terdapat paip tembaga sedia ada di dinding. Tembaga sepatutnya untuk penghawa dingin 2hp, namun hanya penghawa dingin 1hp dipasang. Ini selalunya hasil daripada pemilik rumah membeli penghawa dingin tanpa berunding dengan pakar penyaman udara terlatih.
Kedua, adalah gas air-cond dah tak ada. Antara sebab kenapa gas air-cond tak ada adalah berkemungkinan ada kebocoran kerana gas air-cond ini sebenarnya tidak akan pernah habis. Jadi, kalau ada kekurangan gas, mesti ada kebocoran dan kebocoran itu mungkin boleh jadi sebab Nut tak ketat, Nut pecah semasa pemasangan, sambungan copper pipe pecah, servis valve rosak dan juga Evaporator/Condenser Coil bocor.
Ketiga, tidak cuci filter setiap bulan. Haa benda ni selalu jadi pada diri saya juga dan pada orang ramai. Filter ini, dia ada dalam air-cond. Kita hanya perlu buka penutup dihadapan itu sahaja, kita akan nampak filter tersebut. Bila bawa keluar, penuh berhabuk. Jadi apa perlu kita buat? Kita ambil dah basuh di tandas dengan air. Selepas dah basuh, keringkan dan letak semula di tempat asalnya. Boleh jamin, air-cond akan sejuk semula.
Jadi, itu lah sebab-sebab kenapa air-cond di rumah anda kadang-kadang jadi tidak sejuk. Maka, kita kenalah rajin dalam membuat setiap pemeriksaan terhadap air-cond kita atau anda boleh memanggil mana-mana pakar untuk periksa air-cond anda.
Sumber: ADIMADA ENGINEERING (M) SDN.BHD (https://aircondservice4u.com/aircond-service/5-punca-kenapa-aircond-tak-sejuk.html)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jaga-Jaga, 5 Benda Ini Boleh Jadi Penyebab Tandas Anda Tersumbat

Apabila tandas di bilik air tersumbat, ia akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Buka itu sahaja, tandas tersumbat juga boleh mengganggu aktiviti harian anda serta keluarga. Manakan tidak, baru buka pintu bilik air pun dah kembang tekak!
Nak selesaikan masalah ini mungkin akan mengambil masa dan proses yang lama. Jadi, sebaiknya elakkan membuang apa saja yang berpotensi menyumbatkan tandas. Contoh item yang perlu anda jauhkan daripada lubang tandas termasuklah :
1.Pasir Najis Kucing
Bahan yang diletakkan dalam bekas najis kucing selalunya diperbuat daripada gel silika, mineral dan juga debu tanah. Ia tidak larut dalam air dan boleh menjadi faktor tandas tersumbat secara perlahan kerana seringkali tuan kepada kucing belaan membuang najis kucing sekali dengan pasir tersebut. INGAT, cedok najis sahaja, yang lain buang di tong sampah atau guna alternatif lain untuk pelupusan.
2. Kertas Tisu
Ya, tisu walaupun dipercayai mudah larut, tetapi apabila sudah terkumpul banyak dalam saluran mangkuk tandas, ia akan jadi gumpalan pepejal yang boleh membuatkan mangkuk tandas anda tersumbat. Selain itu, tisu sebegini akan membuatkan anda berbelanja untuk penyelenggaraan tiga bulan sekali, dan sekali ia tersumbat, memang anda akan berbelanja besar.
3. Lampin Pakai Buang Bayi
Bahan yang digunakan dalam lampin bayi mempunyai gel yang tidak boleh larut. Apabila terkena cecair, ia akan mengembang dan anda tahu apabila lampin tersebut masuk ke dalam lubang tandas?
4. Q-Tip / Pengorek Telinga
Pengorek telinga diperbuat daripada plastik untuk bahagian pemegang, sementara bahagian hujungnya pula diselaputi putik kapas. Jika anda buangnya ke dalam mangkuk tandas, kapas pasti akan larut, tetapi bagaimana pula dengan pemegang plastik? Sudahlah tersumbat, ia juga boleh membuatkan benda lain tersangkut dan mengakibatkan tandas anda tersumbat sekali dengan najis.
5. Minyak atau Cecair Pelincir
Cecair seperti minyak kenderaan dan minyak memasak jika dilupuskan dalam saliran paip, lama kelamaan akan menjadi kenyal dan menjadi bahan pepejal dan boleh menjadi faktor utama tandas tersumbat. Jadi elakkan membuang sisa minyak ke dalam saluran paip rumah anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI