
Ros atau mawar rupanya tanaman yang mempunyai banyak khasiat yang pernah disebutkan di dalam kitab perubatan Islam. Kebanyakan pengamal perubatan Islam akan mensarankan mereka yang mengalami gangguan ilmu sihir untuk menggunakan minyak wangi ekstrak ros kerana ia antara sumber pendinding dari gangguan jin mahupun syaitan.
Di dalam perubatan homeopati pula, ekstak ros digunakan sebagai salah satu ramuan kerana mengandungi sulphur dan garam. Kedua-dua bahan ini juga membantu proses pengembangan dan kontraksi bagi wanita hamil yang hampir bersalin.
Dalam bidang kimia, ros merah mempunyai sifat kejantanan. Ia mengandungi sulphur aktif. Manakala ros putih melambangkan kewanitaan di mana ia mempunyai sifat-sifat penerimaan (receptive). Gabungan kepada dua sifat warna ros putih dan merah melahirkan sifat seperti raksa (Alchemical mercury).

Melalui beberapa kajian juga telah menunjukkan ros liar yang diberi nama saintifik Rosa canina mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan kemurungan, meningkatkan stimulasi otak, kegembiraan dan kesegaran minda. Jadi memang eloklah ekstrak minyak wangi ros diberi kepada mereka yang mengidap sakit mental dan kemurungan.
Selain bunga, akar dan daun bunga ros sesuai di buat teh, jem mahupun sirap. Ia elok bagi penyembuhan selsema dan demam kerana ia mengandungi Vitamin C yang tinggi. Sebab itu lah, orang dulu-dulu gemar jadikan sirap ros sebagai juadah.
Air ros pula selain sebagai wangian, sebenarnya merupakan anti-septik yang baik (boleh disapu pada luka atau sengatan), di samping memberikan rangsangan kepada otak untuk ketenangan.
Sumber: http://www.rawatanislam2u.com
Sayur Ceylon Spinach Yang Ramai Tak Tahu Khasiatnya

Sayur Ceylon Spinach Yang Ramai Tak Tahu Khasiatnya. Remayong atau ceylon spinach merupakan tumbuhan tropika yang tumbuh menjalar di kawasan bertanah lembap. Lebih dikenali dengan nama botaninya Basella spp. dipercayai berasal dari India Selatan.
Di Asia, remayong dikenali dengan berlainan nama seperti bayam Ceylon, bayam Malabar, mana choy (Cina), mong toi, mung towi (Vietnam), alugbati (Filipina), pui saag (Bengali), genjerot, gondola (Indonesia), Phakpang, phakplang, plakplang yai (Thailand) dan baselle atau brede (Peranchis).
Walaupun tumbuhan remayong biasanya sangat gemar ditanam di kalangan keluarga Asia Selatan, kini ianya mula popular dikalangan penduduk negara beriklim tropika dan sederhana di Amerika, Australia, dan Eropah kerana ianya digemari kerana berkhasiat dan lembut.
Pokok remayong adalah tumbuhan saka dan tumbuh sebagai tanaman herba yang sesuai ditanam di tanah yang subur dengan iklim panas dan lembab. Mudah dibiakkan dengan menggunakan biji benih atau keratan batang. Ia mudah dibiakkan namun mempunyai jangka hayat yang pendek.
Pokok remayong mengeluarkan bunga berwarna putih atau putih-merah muda bergantung kepada spesies dan ungu dari tangkai yang mempunyai buah beri hitam. Remayong boleh dituai selepas 35 – 45 hari ditanam dengan memotong bahagian pucuk. Pucuk remayong enak jika digoreng bersama perencah udang atau bilis seperti memasak kangkong atau bayam.
Remayong adalah sayur-sayuran berdaun hijau yang digemari dalam masyarakat Asia Timur kerana profil fitonutriennya yang sihat. Remayong didapati sangat rendah kalori dan lemak (100 gram daun mentah menyediakan hanya 19 kalori). Walau bagaimanapun, ia memegang sejumlah besar vitamin, mineral dan antioksidan.
100gm Remayung = 8000 IU Vitamin A atau 267% daripada keperluan harian yang disyorkan
Daun segar remayong hijau adalah sumber yang kaya dengan beberapa antioksidan pigmen karotenoid, penuh dengan kadungan penting seperti ß-karoten, lutein, zeaxanthin. Sebatian ini mampu bertindak sebagai pelindung terhadap radikal bebas dalam oksigen dan spesies oksigen reaktif (ROS) yang memainkan peranan penyembuhan dalam penuaan dan pelbagai proses penyakit.
Dalam 100 gm daun segar dapat menyediakan 8000 IU atau 267% daripada keperluan harian yang disyorkan oleh RDA. Selain dari itu remayong mempunyai lebih banyak kandungan vitamin C, vitamin B kompleks seperti folat, vitamin-B6 (pyridoxine), riboflavin dan zat besi yang mampu membantu tubuh manusia mengembangkan daya tahan terhadap agen-agen berjangkit dan membuang radikal bebas oksigen berbahaya.
Nak Suruh Anak Tidur Dalam Bilik Sendiri Bukan Senang, Ibu Ini Kongsikan Tip Pasti Jadi

Siapa tak kenal Irine Nadia Marcello, blogger terkenal, usahawan, dan ibu muda kepada 3 orang cahaya mata ini yang sering berkongsi mengenai tips dan panduan yang boleh dipraktikkan oleh ibu-ibu yang lain. Memang menarik!
PENGALAMAN AJAR ANAK TIDUR BILIK SENDIRI
Impian ibu nak buat satu bilik tidur khas untuk Medina dengan Hasya dah tercapai. Walaupun tak complete lagi, at least rupa bilik tu dah ada ?Sebelum-sebelum ni asyik terbantut nk buat sebab ku fikirkan umur diorang still kecik lagi nak pisah tempat tidur.
Sekarang, masa dan umur yang sesuai. Kak Nina dah besar umur 4 tahun+ , Hasya pulak 2 tahun +. Walaupun umur Hasya tu kecik lagi, tapi sebab dia ada geng peneman sebilik yang boleh protect dia tak jadi masalah. Bilik gegirl berkongsi kakak dengan adik mestila syok ?
BERJAYA TAK MEDINA DENGAN HASYA TIDO DALAM BILIK SENDIRI?
Alhamdulillah berjaya?
? Kak Nina paling berjaya, sebab dia memang tanya siap-siap dekat ibu ayah,
“Malam ni kak Nina kena tidur bilik sendiri ke dengan dik Hasya?”
“Kalau dik Hasya nangis macam mana? Ibu dengan ayah kena lari masuk bilik pujuk Hasya ok. Nina tak tau pujuk. Hasya tu garang
?
?
?
?“
Sekarang bila Kak Nina mengantuk, terus ibu ajak masuk bilik dia. Teman dia dulu minum susu atau main2 sampai dia mengantuk dan tertidur sendiri dekat bilik sendiri.
Hasya pulak, ibu still dalam proses ajar dia tido sendiri. Dia takde masalah tido kt bilik dia, cuma waktu malam dia akan menangis 2-3x nak menyusu. So ibu buat macam mana?
Semestinya ibu berlari dari bilik sendiri ke bilik diorang 2-3x nak semata-mata nak menyusukan Hasya. GIGIH tak? YES gigih walaupun ku akui memang letih jugak sebab tengah sedap tido, anak nangis dekat bilik sebelah?Nasib baik bilik dekat je sebelah menyebelah.
Kalau Hasya nangis masa dah pagi Subuh2, ayah terus bawak masuk bilik kitorang. Yang tu dimaafkan sebab dah pagi dahhh. Hehe.
Tips nak bagi anak tidur bilik sendiri yang Irine boleh kongsikan :-
.
1. Sediakan bilik yang betul-betul selesa untuk anak. Selesa tu maksudnya dalam bilik tu bukan untuk tidur semata-mata, tapi sebagai bilik bermain dan bilik untuk bersiap pakai baju. Semuanya ajar buat dalam bilik diorang. Dannnn, setiap barang2 hak milik diorang, ajar sekali sila simpan dalam bilik terus. Kiranya, bilik tu lahh tempat “privacy” mereka.
2. Ikut anak suka tema bilik apa. Yang ni tak kisah, masing2 ikut kemampuan. Macam Irine sendiri pun, nak sediakan bilik dengan deco mahal-mahal takde la. Buat sekadar mampu dan buat sikit-sikit. Bulan depan ada rezeki, boleh tambah lagi apa yang tak cukup. Macam Medina dengan Hasya diorang ni RATU ELSA FROZEN, so katilnya ku alaskan dengan cadar frozen dan kitorang beli meja dan kerusi untuk bermain. Dalam bilik ni pun simpan macam-macam “harta khazanah” mainan sekali.
3. Sediakan katil. Macam haritu Irine ada minta pendapat dekat facebook ni, better beli katil Queen terus boleh dua beradik ni tidur sekali atau katil asing2? So, kitorang decide beli 2 katil Single. And yes ni adalah pilihan tepat at least diorang ada katil sendiri nak buat ape saje. Secara tak langsung boleh ajar diorang cara kemas katil masing-masing.
4. Sediakan rak khas untuk simpan mainan. Organize elok-elok. Yang ni pun kitorang dalam proses nak carik yang elok sikit. Sebab bayangkanlah mainan budak-budak banyak macam mana??♀️
.5. Untuk anak yang masih hisap susu botol, sediakan siap-siap botol berisi susu, air panas dalam termos dan air suam dalam botol untuk “standby” tengah malam untuk bancuhkan. Ini bg memudahkan kerja, tak payah nak berulang-alik ke dapur tiap kali. Apatah lagi yang stay rumah 2 tingkat nak turun naik tangga.
6. Pasang lampu tidur yang malap dalam bilik tidur anak. Jangan terlalu gelap,risau diorang takut nanti. Beli lampu tidur yang comel-comel pasang dekat soket tu pun boleh no problem.
7. Sebelum tidur, pastikan anak-anak tidur dengan selamat dan nyenyak. Ingatkan siap-siap dekat anak, sebelum tidur buang air siap-siap.YANG NI PENTING UNTUK ELAKKAN TILAM BERPETA ? Tapi so far, Medina tiap kali nak buang air tengah malam, dia memang akan kejut kitorang cakap nak kencing dan suruh teman pegi toilet. Hasya masih pakai pampers, so budak kecik tu takde hal.
8. Jangan lupa sesekali “tinjau-tinjau” keadaan anak dalam bilik bila tengah malam. Oh yang ni ialah tugas ayah. Ibu memang tido mati, tak sedar?
?
9. Tips terakhir, SABAR & BERTABAHLAH wahai ibu dan ayah. Bukan senang nak membiasakan anak-anak sesuatu perkara yang baru dalam hidup diorang. Dan sila get ready siap-siap, sedangkan ruang tamu dan ruang-ruang lain pun bersepah dengan anak-anak punya “kerja”, apatah lagi kalau dapat bilik sendiri. Haha.
Satu je kena ingat, takde bilik budak-budak yang tak bersepah dan perfect, melainkan kalau tengok dalam gambar katalog ikea, tu baru ye nampak cantik sentiasa? Selamat mengemas semua!
Rasanya tu je lah kot yang Irine boleh share 🙂 Dan ni antara perasaan lega jugaklah sebab berjaya asingkan tempat tidur. Niat ibu dengan ayah ialah sebab nak masing-masing start BE INDEPENDENT. Bukan niat nak menghukum ke ape. Haha.
.
Jangan Buang Dulu! 4 Kegunaan Kulit Telur Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Biasanya, selepas telur digunakan kita hanya akan membuang saja kulitnya. Tidak pernah terlintas pula nak gunakan lagi kulit telur yang dianggap sebagai bahan buangan.
Tetapi tahukah anda, fakta mengatakan 95 % bahagian kulit telur adalah kalsium karbonat iaitu bahan yang sama terdapat pada cangkerang, batu karang dan batu kapur. Nutrien ini penting dan memberikan manfaat kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman.
Selain itu, kulit telur juga dikatakan elok untuk merawat kulit muka yang bermasalah. Mari ikuti kegunaan kulit telur yang tak pernah kita terfikir pun!
- Suplemen semula jadi
Tanah yang mempunyai kandungan pH yang rendah biasanya mengandungi kandungan kalsium yang rendah. Menaburkan kulit telur yang telur dihancurkan pada permukaan tanah tersebut akan meningkatkan kandungan pHnya tersebut. Ini sesuai bagi taman yang mempunyai tanah jenis berasid. Jadi, penambahan kulit telur akan bertindak sebagai suplemen yang akan menyuburkan tanaman.
Kaedah: Hancurkan kulit telur sehingga halus bagi mempercepatkan penyebaran kalsium kepada tanah. Taburkan secara sekata di sekitar tanaman ataupun digaulkan bersama bahan kompos.
- Bekas pembenihan
Gunakan kulit telur sebagai bekas penyemaian biji benih. Selain daripada bersifat keras dan mampu menampung tanah, kandungan kalsium yang terdapat pada kulit telur juga dapat membantu tumbesaran biji benih.
Kaedah: Kulit telur dibersihkan terlebih dahulu, kemudian medium penanaman 2:1:1 (2 tanah loam, 1 bahan organik: 1 pasir) dimasukkan separuh daripada ruang telur. Masukkan biji benih dan tunggu sehingga bijih benih bercambah. Seterusnya boleh dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.
- Lilin
Apabila memiliki taman yang menghijau dan subur pasti menggamit serangga penghisap darah, nyamuk. Pembaca mesti pernah melihat lilin jenis ini dijual dipasaran. Lilin yang diperbuat daripada serai wangi ini mampu menghalau nyamuk serta serangga perosak di kediaman anda. Buat sendiri lilin ini menggunakan kulit telur sebagai bekas acuan. Letakkan lilin ini di atas meja ruang tamu, anjung atau decking untuk membantu mengurangkan serangan nyamuk dan serangga lain.
Kaedah: Pecahkan telur di bahagian paling atas. Cuci kulit telur sehingga bersih. Keringkan dan masukkan serai wangi dan lilin yang telah dipanaskan.
4. Masker wajah
Akhir sekali, kulit telur juga boleh membantu merawat beberapa masalah kulit serta melicinkan kulit wajah.
Masukkan serbuk kulit telur ke dalam cuka epal dan rendamkan ia selama beberapa hari. Kemudian, sapukan campuran tadi pada kulit yang gatal.