Long Mulberry atau dikenali juga dengan nama Mulberry Pakistan adalah tanaman yang mempunyai banyak khasiat. Tanaman yang berasal dari Banjaran Himalaya ini juga menjadi makanan kegemaran kepada ulat sutera. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.

Walaupun habitat asal long mulberry ini dari tempat beriklim sejuk, Ia tidak mustahil untuk ditanam di Malaysia. Namun kebanyakan pemilik kerap mengeluh, buah yang dihasilkan tidak optimum.

Nak tahu cara menghasilkan buah long mulberry yang banyak, boleh cuba tip atau kaedah tanaman yang disediakan oleh Harris Aziz‎.

1. Saya tanam pokok mulberry dalam tong cat yang ditebuk pada sisinya supaya senang nak kawal air. 1 bulan sebelum dibotak kan, air siraman dikurangkan ke satu gayung sehari

2. Tanah ditutup dengan mulching dari sabut kelapa untuk jaga kelembapan tanah dan juga supaya tanah tak merecik keluar masa disiram

IKLAN

3. Pokok ni dah dibaja dengan baja buah dan air dikawal supaya pokok tak water stressed. Daun dah mula jadi hijau pekat dan kekuningan

4. Mata tunas pun dah bengkak, maknanya simpanan makanan dalam batang dah cukup. Pokok dah boleh ditogelkan

IKLAN

5. Lepas 1 minggu ditogelkan, pucuk dan bunga akan keluar. Masa ni kita kena bagi air dan baja buah yang cukup. Kulit telur dan air redbull +belacan pun bagus

IKLAN

6. Ni bunga dah mula membesar, tiba masa nak balut pokok dengan sarung atau pukat sebab nanti burung datang makan

Pokok ready untuk kutip hasil apabila mengeluarkan buah yang banyak nanti.