Sudah pasti ramai yang akan sangkal bila sahabat laman tanam jagung dalam pasu. Umum tahu, jagung memerlukan batas untuk pertumbuhan optimum. Jagung tidak mempunyai sitem akar yang terlalu kompleks dan tidak memerlukan ruang tanah yang luas untuk pertumbuhan. Ini bermakna, jagung boleh ditanam di dalam pasu. Namun, ada ada teknik yang perlu anda patuhi supaya jagung yang ditanam dalam pasu menjadi dan hasilnya dapat dituai.

1. Pemilihan pasu
Pilih pasu yang bersai besar. Minimum saiz pasu yang diperlukan untuk pertumbuhan jzagung adalah 12 inci. Untuk pasu bersaiz ini, anda boleh tanam lebih kurang 4-5 batang pokok dalam satu masa. Paling penting, pastikan pasu yang dipilih mempunyai lubang saliran air di bahagian bawah. Ini kerana, jagung tidak tahan kepada medium yang bertakung air dan terlalu lembap

2. Jenis jagung
Terdapat banyak jenis jagung. Kebiasaanya, jenis yang banyak terdapat di Malaysia sesuai di tanam di dalam pasu kerana ia tidak mempunyai pokok yang tinggi. Jenis atau baka jagung yang sesuai ditanm di dalam pasu hanya mempunyai ketinggisn 4-5 kakai (1.2-1.5 meter). Lebih dari itu, bukan tak boleh di tanam di dalam pasu. cuma dikhuatiri pokok mudah tumbang dek pasu yang tak mampu menampung ketinggian pokok terutamanya apabila ditiup angin

3. Semai
Untuk memudahkan semaian, rendam 4-6 biji benih di dalam air untuk tempoh 1-2 jam sebelum di semai. Semaian boleh dilakukan terus di dalam pasu kekal atau bekas semaian. Untuk semaian, sediakan lubang dengan kedalam 1 inci dan tutupkan dengan tanah. Jangan risau jika biji benih jagung ditanamsecara rapat. Jagung yang ditanam secara rapat dapat membantu proses pendebungaan dan mempercepatkan penghasilan buah jagung

4. Pencahayaan
Jagung memerlukan pencahayaan terus sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. Sebaiknya, letakkan pasu jagung anda menghadap matahari pagi untuk membekalkan keperluan nutrisi untuk pertumbuhan optimum

5. Medium
jagung memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap dan tidak mudah kering. Ia pentig bagi memastikan batang pokok sentiasa padat. jika kekuranagn air, batang pokok akan meajdi terbantut dan adakalanya lompong ditengah. Namun, jagung tidak tahan dengan medium yang menakung air

6. Siraman
siraman untuk anak pokok jagung perlu dilakukan setiap hari. Namun apabila pokok dewasa, pastikan siraman dilakuakn secara berkala dan tidak bertakung air. Jagung memerlukan air siraman yang emncukupi untuk membentuk jagung yang sedap dan manis. Jadi, apabila musim menuai hampir tiba, pantau siraman jagung secara berkala

7. Pembajaan
Pembajaan hayan beleh dilakukan apabila usia semaian mencapai 10 minggu. Gali lubang 2 cm di sekitar tanaman dan tanamkan 1/2 sudu baja 5-10-10 atau 10-20-20. Satu pokok satu lubang baja.

8. Tuai
apabial jagung mencapai usia 60-100 hari, ia adalah masa yag sesuai untuk menuai. Namun, ia bergantung kepada jenis. Sebaiknya, cukup tempoh 60m hari, selalu periksa jagung anda.

Komen anda