Bagi ibu yang bekerja, tugas memasak agak sukar untuk di lakukan saban hari. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di sekitar lembah kelang, pulang pukul 6, jam  7-8 baru sampai rumah akibat tersangkut di dalam kesesakkan jalan raya. Sampai-sampai, Anak-anak dah mula lapar. Nak tunggu si ibu masak, mungkin makan masa. Jawabnya penyelesaian mudah adalah makan di kedai. Jadinya tugas-tugas memasak hanya dapat dilakukan dengan selesa di hujung minggu. Baru lah seisi keluarga dapat di tambat dengan air tangan ibu.

Namun, bahan keperluan masakan perlu sentiasa ada stok. Kot-kot nanti terpulang awal atau adanya masa-masa kecemasan lain. Boleh lah si ibu masak. Tapi selalu proses memasak terhenti apabila stok yang disimpan terutamanya sayuran dan bawang yang disimpan rosak begitu sahaja. SAYANG NYA. Sebenarnya, ad acara nak elak bahan-bahan ini cepat rosak. Berikut adalah cara-caranya:

BAWANG

Nak dikupas awal, boleh lebam. Kalau dikisar dan simpan dalam peti sejuk pula nantu baunya lain macam pula. Jadi, cara terbaik untuk menyimpan bawang adalah dengan menyimpan di dalam bekas yang mempunyai aliran udara yang baik seperti bakul dan letakkan di Kawasan yang tiada pencahayaan.

Ada sesetengah ibu suka mengupas bawang siap-siap. Jadi bila nak masak, tak perlulah masa yang lama untuk diperntukkan bagi tujuan mengupas bawang. Untuk menyimpan bawang yang telah dikupas, Jangan buang bahagian hujung dan pangkal bawang. Ia mampu mengelak bawang dari terhidarat dan tercemar. Disamping itu juga, jangan cuci bawang sebelum disimpan

BERAS

Beras, adakanya walaupun baru di beli sudah mula rosak. Perosak utama beras adalah kutu beras. Selain disebabkan oleh beras yang dah lama, kondisi lembap boleh menyebabkan beras cepat rosak. Bagi mengatasi masalah ini, elak menggunkan bekas atau tangan yang basah ketika mengambil beras dari bekas simpanan.

Selin itu juga, bioleh letakkan daun pandan kering atau cili bagi mengelak kehadiran kutu beras. Apa pun, yang paling utama adalah pastikan bekas simpanan kedap udara.

HALIA, KUNYIT dan LENGKUAS

Halia kunyit dan lengkuas antara bahan yang jarang digunakan dalam masakkan. Tidak seperti bawang dan cili. Tapi nak beli, bukan boleh sikit-sikit. Jadi bila dah lam-lama, halia dan kunyit tadi boleh mengecut walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Untuk menyimpan halia dan kunyit pastikan masa membeli, elak ambil bahagian yang telah di patahkan. Ia bertujuan mengelak halia dan kunyit tadi dari cepat kering.

Halia dan kunyit tadi boleh disimpan seperti mana anda menyimpan bawang yang belum dikupas tadi iaitu dengan menggunakan bakul dan simpan di dalam tempat yang tidak ditembus cahaya. Selain itu juga, boleh cuba simpan di dalam botol atau bekas makanan yang kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk

SAYURAN

Sayur berdaun yang paling sukar untuk disimpan. Kesegarannya biasa bertahan dalam tempoh seminggu sahaja. Bagi memastikan sayur yang disimpan tahan lebih lama, ia perlu dikelurkan dari plastik dan di balut dnegan surat khabar atau tisu tanpa perlu dicuci.

UBI KENTANG

Cara menyimpan ubi kentang supaya tahan lebih lama sama seperti menyimpan bawang. Namun, elakkan menyimpan bawang dan kentang dalam tempat yang sama. Ini kerana, bawang akan membebaskan gas yang akan menyebabkan kentang cepat rosak

TEPUNG 

Dengan menggunkan bekas kedap udara dan kering, tepung yang disimpan boleh tahan selama 6 bulan selepas dibuka. Kebiasaanya, tepung rosak bukan lah isu utama tetapai masalah ukat tepung. Seperti beras, bekas tidak kedap dan lembap menyebabkan ulat tepung mudah wujud.

Jadi, untuk memastikan tepung tahan lama, gunakan bekas yang kedap dan kering, Masa mengguna pun, elak dari bercampur senduk atau sudu untuk menyeduk dan segera tutup dan jangan dibiarkan terbuka