Ini Adalah Cara Untuk Mengalahkan Tentera Kecil Cili Padi Ini

Share

Siapa sini yang kalau kita tinggal sekejap je makanan, datang balik je, terus semut dan urung dikeliling makanan. Mesti rasa stres kan? Semestinya lah lagi-lagi kalau makanan itu baru beli. Bila dah ada semut, satu hal pula nak kena beli baru. Aduhai. Tapi tidak mengapa, masalah itu akan saya ajarkan macam mana untuk cegahkannya. Jom ikut saya.

Jadi, saya akan ajarkan cara halau semut menggunakan 3 barang yang sering digunakan oleh orang Malaysia. Barang yang pertama adalah, cuka. Cuka putih adalah amat tidak disukai oleh semut kerana baunya sangat kuat dan berasid. Caranya senang sahaja, Buat satu botol semburan yang mengandungi cuka dan sedikit air kemudian semburkan tempat semut selalu lalu.

Barang yang kedua adalah, kayu manis dan cengkih. Bagi mereka yang tidak suka bau cuka, serbuk kayu manis dan bunga cengkih boleh digantikan. Biarkan serbuk mengendap di laluan semut selama beberapa hari. Jika anda mempunyai ‘minyak pati kayu manis,’ campurkan dengan sedikit air dan semburkan pada kawasan yang terjejas. Tempat itu bukan sahaja berbau, malah semut telah lenyap.

Dan barang yang terakhir adalah, air lada. Kenapa air lada? Tak pernah pula tentang air lada ni kan? Jadi, air lada sama sahaja seperti yang lain, ia tidak tahan dengan baunya. Jadi caranya senang sahaja, semut boleh dihalau dengan merendam lada kering di dalam air. Sembur pada laluan semut selepas disimpan dalam botol semburan. Sebagai alternatif, taburkan batang cili kering ke seluruh denai semut. Ini boleh menjauhkan semut daripada gula.

Jadi, dengan ada 3 barang terunggul ini, anda sudah boleh menghalau pasukan armada semut yang banyak itu. Hahahaha. Semoga selamat mencuba dengan cara-cara ini,

Sumber: Sirap Limau (https://siraplimau.com/petua-halau-semut-secara-semulajadi/)

IKLAN