Permukaan kaunter atau lebih dikenali sebagai countertop merupakan permukaan mendatar untuk membuat kerja di dapur atau kawasan penyediaan makanan. Kaunter selalunya akan berada di atas dan di sokong oleh kabinet. Permukaan ini mesti diletakkan pada paras yang ergonomik bagi memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja penyediaan. Pelbagai jenis bahan atau material yang boleh digunakan untuk membina countertop mengikut kesesuaian dan penggunaan pada dapur masing-masing. Jadi apakah perkara yang paling penting untuk diambil kira sebelum memilih countertop?

Ya, bahan yang dipilih perlu tahan lama dan sudah tentunya perlu kelihatan cantik di dapur anda. Tetapi yang paling penting, ia mesti dapat menahan cabaran masakan Malaysia. Itulah sebabnya pilihan permukaan kaunter dapur adalah sangat penting. Bagi memilih material yang betul, anda perlu tahu dan peka tentang penggunaan dapur. Adakah anda meletakkan kuali panas terus ke atas kaunter? Atau menggunakan batu lesung di atas kaunter untuk menumbuk sambal?  Ini material sesuai IMPIANA cadangkan untuk pertimbangan anda semua.

LAMINATE

Ini 7 Material Countertop Tahan Lasak Sesuai Dengan Gaya Masakan Orang Kita Di Dapur

Laminate diperbuat daripada plastik sintetik dengan permukaan licin yang mudah untuk dibersihkan. Kepingan laminate dipotong mengikut saiz tertentu selain mempunyai banyak pilihan warna dan tekstur. Bahan ini mudah untuk dijaga dan juga tahan lama tetapi jika terdapat sebarang calar ataupun kesan tercabut, itu adalah mustahil untuk dibaiki melainkan anda menukar semuanya kepada yang baru.

SOLID SURFACE

Ini 7 Material Countertop Tahan Lasak Sesuai Dengan Gaya Masakan Orang Kita Di Dapur

Solid surface datang dalam pelbagai rupa dan warna. Namun, bahan ini memerlukan penyelenggaraan dari masa ke masa, bagi membantu untuk mengekalkan ketahanannya. Walaupun kalis haba dan mudah untuk dibersihkan, solid surface boleh tercalar dan terbakar.

IKLAN

JUBIN SERAMIK

Ini 7 Material Countertop Tahan Lasak Sesuai Dengan Gaya Masakan Orang Kita Di Dapur

Jubin seramik adalah bahan yang tahan lama dan mudah dibersihkan. Tambahan pula harganya yang murah dan anda mempunyai pelbagai pilihan yang sesuai untuk countertop kediaman. Kerana ia mudah dipasang, anda boleh lakukannya sendiri bagi menjimatkan kos dan masa.

CONCRETE

Ini 7 Material Countertop Tahan Lasak Sesuai Dengan Gaya Masakan Orang Kita Di Dapur

IKLAN

Permukaan kaunter konkrit menawarkan kedua-dua fungsi dan kecantikan, memberikan anda keupayaan untuk mewujudkan permukaan dengan pelbagai warna, bentuk atau saiz. Tekstur dan kemasan disediakan untuk disesuaikan dengan gaya reka bentuk sama ada moden, kontemporari mahupun industri. Kemasan ini juga sememangnya tahan lasak dan mudah untuk dibersihkan dan dijaga.

KAYU

Ini 7 Material Countertop Tahan Lasak Sesuai Dengan Gaya Masakan Orang Kita Di Dapur

Santai, rustic dan tidak lapuk dek zaman; ini adalah tiga perkataan untuk menggambarkan countertop yang diperbuat daripada kayu. Bukan sahaja dari segi estetik, bahan ini juga kuat dan tahan sehingga bertahun-tahun lamanya. Selain itu, kayu juga merupakan bahan kalis haba, bermakna anda tidak perlu bimbang tentang periuk panas yang anda letakkan diatasnya.

IKLAN

MARBLE

Ini 7 Material Countertop Tahan Lasak Sesuai Dengan Gaya Masakan Orang Kita Di Dapur

Merupakan pilihan paling mudah jika anda seorang yang mementingkan kemewahan kerana marble akan membuatkan dapur anda tampak lebih elegan dan sesuai dipadankan dengan konsep kontemporari. Tetapi penjaan yang rapi perlu diberikan kerana material marmar ini berliang dan jika tertumpah bahan pewarna perlulah dibersihkan dengan segera agar tidak merosakkan keaslian kaunter marmar tersebut.

GRANITE

Ini 7 Material Countertop Tahan Lasak Sesuai Dengan Gaya Masakan Orang Kita Di Dapur

Jika anda mempunyai bajet yang banyak dan tidak kisah untuk berbelanja demi mendapatkan permukaan kaunter idaman, Granite adalah pilihan yang tepat. Ia serta merta akan menjadikan dapur anda lebih elegan dan ekslusif. Bahan yang tahan lama, kuat dan menarik ini juga kalis haba, susah untuk di calar dan kemek.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI