
Tip penjagan indoor plant
- semburkan sedikit air pada dasar daun dan lap untuk membuang debu yang terlekat pada dasar daun.
- Pastikan air dan kain yang di gunakan tidak mempunyai sisa minyak dan kain tersebut mestilah lembut.
- Untuk mendapatkan tekstur daun yang berkilat. Dapatkan lilin khas untuk tumbuhan yang terdapat di pasaran
- Untuk tumbuhan memanjat, pemangkasan haruslah dilakukan sekerap mungkin supaya tumbuhan tersebut sentiasa kemas dan rapi.
ANTARA TANAMAN CADANGAN UNTUK MENAPIS DAN MENYEGARKAN UDARA SECARA EFEKTIF DI DALAM RUMAH
Hampir semua tumbuhan untuk indoor plant mempunyai manfaat kepada persekitaran di dalam rumah. Namun, terdapat beberapa jenis tumbuhan yang menjadi kegemaran para peminat tanaman kerana ia mudah membesar dan memerlukan penyelenggaraan pada tahap yang minimum selain dari tahan serangan serangga perosak dan penyakit, kecekapan menghapuskan wap kimia serta kadar transpirasi yang rendah.
- Howea fosterania (kentia palm)
- Monstera delicosa (pokok chees)
- Zamioculcas zamifolia (money plant)
- Philodendron
- Phoenis roebelinii (dwarf date palm)
- Dracaena fragrans
- Nephrolepsis exaltata (boston fern)
- Sansevieria (lidah mak mertua)
Mudahnya Tanam Limau Purut Ikut 4 Langkah Simple Ini

Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix merupakan tanaman saka yang berasal dari Asia Tenggara. Hari ini limau purut banyak ditanam di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Ia dikenali dengan pelbagai nama seperti Keiffer lime (Kafir lime) di Barat, Bai makrut di Thailand dan di Indonesia dipanggil Jerut purut kerana rasanya masam dan sedikit pahit.
Limau purut ditanam secara meluas di seluruh dunia sebagai penyeri laman untuk diambil buahnya. Ia sesuai ditanam dalam bekas tanaman dan juga dalam pasu-pasu besar yang diletakkan di patio atau pun teres.
Limau purut kelihatan sama dengan limau nipis, cuma buahnya bulat, kulitnya lebih mengerutu, berkedut tebal dan isinya tidak berair, masam dan pahit. Kadar tumbesarannya agak perlahan jika dibandingkan dengan limau lain. Ia boleh tumbuh sehingga 30 meter tinggi.
Daunnya akan membiak dan berwarna hijau gelap. Struktur daunnya yang bersayap seolah-olah memberi gambarandua helai daun yang dicantumkan dari hujung ke hujung dan kelihatan seperti nombor lapan. Daunnya mengandungi sejenis minyak yang berbau wangi yang kuat, berunsur kimia dengan bahan sabininie sebanyak 14% dan bahan liminene sebanyak 15%.
Limau purut mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan seharian. Ia juga kaya dengan khasiat semula jadi yang berkesan dalam dunia perubatan dan boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.
Dalam industri kulinari, daun limau purut banyak kegunaannya. Ia menjadi pilihan suri rumah sebagai perisa dalam masakan seperti tomyam kerana aroma dan rasanya yang unik. Bagi masyarakat Malaysia, hidangan rendang, laksa dan asam pedas akan berkurangan kelazatannya sekiranya tidak dimasukkan daun limau purut ini.
Limau purut mempunyai khasiat yang tinggi dalam dunia perubatan kerana ia mengandungi bahan aktif seperti anti histeria, anti tumor, pencuci asli, anti septik, anti bakteria dan pencegah kanser. Ia boleh membantu melancarkan sistem pernafasan dengan menyapu pati minyak limau purut pada dada, tengkuk dan belakang badan. Dengan adunan sedikit garam dan daun limau yang digiling halus, ia dapat menghilangkan masalah kekuningan pada gigi. Selain itu, ia boleh digunakan untuk membunuh pacat dan membantu untuk merawat gigitan serangga berbisa.
CARA PENANAMAN
- Sediakan lubang penanaman berukuran 0.6 x 0.6 x 0.6 meter dan diisi dengan baja triplesuper phosphate (100 gram), baja tahi ayam (100 gram) dan 100 gram GML. Gaul hingga rata.
- Masukkan anak benih yang telah ditut atau yang didapati dari tapak semaian ke dalam lubang tadi. Masukkan tanah sehingga memenuhi lubang dan biarkan sedikit tinggi dari permukaan lubang.
- Kemudian siram.
- Jika pasu digunakan sebagai bekas tanaman, pastikan campuran tanah dengan kadar 3:1:1 (komposis tanah: tahi ayam: pasir). Isi campuran tadi ke dalam pasu sehingga paras 2 inci lebih rendah dari permukaan pasu dan mempunyai lubang air. Masukkan anak benih pokok tadi dan siram. Letakkan di tempat yang dapat menerima sinaran cahaya matahari yang mencukupi.
PENJAGAAN POKOK LIMAU PURUT
- Anak pokok perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari selama 2-3 bulan pertama.
- Bajakan anak pokok menggunakan tahi ayam reput dalam kuantiti 5 kg setiap satu, setiap 6 bulan bagi peringkat tumbesaran (1-3 tahun).
- Lakukan cantasan untuk membuang tunas air, ranting dan dahan yang berpenyakit dan kurang sihat.
- Kerja-kerja merumput perlu dilakukan dengan mencabut di keliling pokok-pokok muda. Elakkan dari menyembur racun kimia pada pokok kerana ia digunakan sebagai bahan makanan dan sebagai produk kesihatan.
Nak Hasilkan Anak Pokok Pisang Secara Banyak Dan Cepat, Ikut Cara Ini

Kebiasaanya, untuk tujuan pembiakan pokok pisang penggunaan anak pokok menjadi pilihan kerana ia lebih cepat untuk dituai. Tapi bagi pengusaha ladang yang memerlukan kuantiti anak pokok yang banyak dalam satu masa, kaedah ini sama sekali tak berkesan. Ini kerana, untuk penghasilan anak pokok, pokok pisang dewasa mengambil masa yang lama.
Jadi, kaedah terbaik dan efektif untuk penghasilan anak pokok pisang dalam kuantiti yang banyak dan cepat adalah melalui bonggol nya. Kebiasaan, dari bonggol yang telah di tebang pokok nya untuk tujuan di tuai, ia mampu menghasilkan lebih daripada 5 anak pokok dalam satu masa. Namun ia bergantung kepada jenis dan saiz bonggol pisang. Berikut adalah cara-cara penghasilan anak pokok pisang dari bonggol nya.
1. Pilih bonggol pisang yang betul-betul kelihatan sihat dan bersihkan dari segala kotoran termasuklah tanah dan akar-akar yang panjang. jangan risau, kalau akar nya tiada kerana pisang bonggol pisang masih boleh menyerap nutrisi yang dibekalkan
2. Potong bonggol pisang mengikut kesesuaian mata tunas. Kebiasaannya, saiz yang digunakan adala 12x12cm
3. Bonggol yang telah siap dipotong tadi direndam ke dalam larutan anti fungus, benomyl dan racun serangga selama 15 minit
4. Benih yang telah direndam boleh ditoskan dan terus disemai ke dalam medium semaian yang telah disediakan di dalam polybag. Untuk medium semaian bonggol pisang, ia memerlukan tanah yang mempunyai sliran yang baik. Oleh itu, medium serbaguna yang telah siap perlu dicampur dengan pasir apda nisbah 1:1
5. Semaian perlu disimpan di bawah tempat tertutup untuk tempoh 1 bulan. Setelah 1 bulan, barulah ia sesuai dipindahkan ke tempat terbuka.
6. Setelah anak pokok berusia 3 bulan, barulah ia sesuai ditanam terus di tempat kekal.
Sumber: www.galeritani.com
Penangan Baja Redbull Pokok Mulberry Pakistan Berbuah Lebat

Long Mulberry atau dikenali juga dengan nama Mulberry Pakistan adalah tanaman yang mempunyai banyak khasiat. Tanaman yang berasal dari Banjaran Himalaya ini juga menjadi makanan kegemaran kepada ulat sutera. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.
Walaupun habitat asal long mulberry ini dari tempat beriklim sejuk, Ia tidak mustahil untuk ditanam di Malaysia. Namun kebanyakan pemilik kerap mengeluh, buah yang dihasilkan tidak optimum.
Nak tahu cara menghasilkan buah long mulberry yang banyak, boleh cuba tip atau kaedah tanaman yang disediakan oleh Harris Aziz.
1. Saya tanam pokok mulberry dalam tong cat yang ditebuk pada sisinya supaya senang nak kawal air. 1 bulan sebelum dibotak kan, air siraman dikurangkan ke satu gayung sehari
2. Tanah ditutup dengan mulching dari sabut kelapa untuk jaga kelembapan tanah dan juga supaya tanah tak merecik keluar masa disiram
3. Pokok ni dah dibaja dengan baja buah dan air dikawal supaya pokok tak water stressed. Daun dah mula jadi hijau pekat dan kekuningan
4. Mata tunas pun dah bengkak, maknanya simpanan makanan dalam batang dah cukup. Pokok dah boleh ditogelkan
5. Lepas 1 minggu ditogelkan, pucuk dan bunga akan keluar. Masa ni kita kena bagi air dan baja buah yang cukup. Kulit telur dan air redbull +belacan pun bagus
6. Ni bunga dah mula membesar, tiba masa nak balut pokok dengan sarung atau pukat sebab nanti burung datang makan
Pokok ready untuk kutip hasil apabila mengeluarkan buah yang banyak nanti.