Pengudaraan adalah aliran udara persekitaran ke dalam sesebuah ruang atau bangunan yang dapat mengawal kualiti udara dalaman. Pengudaraan juga boleh digunakan untuk tujuan keselesaan suhu atau penyahlembapan.

Nota penulis :Perkongsian ini pada asalnya dikongsikan di laman facebook Sr. Nuzaihan Aras Agus Salim atau Uniey Aras selaku seorang pensyarah Ukur Bangunan di Universiti Sains Malaysia. Artikel ini telah diolah untuk diterbitkan semula dalam laman digital IMPIANA dengan izin beliau.

Saya kongsikan sedikit ilmu betapa pentingnya pengudaraan dalam ilmu ukur bangunan. Sekiranya anda ada mengamalkan ilmu ini, rumah ada akan:

1. Sejuk lantas mengurangkan penggunaan tenaga elektrik yang digunakan oleh sistem pengudaraan mekanikal. Namun, harus dilihat bagaimana orentasi bangunan kerana udara berkenaan akan dipengaruhi oleh suhu luar bangunan.

2. Mengelakkan dari sindrom “sick building syndrome” iaitu penyakit yang wujud akibat dari penggunaan atau penuaan bahan binaan dalam bangunan. Kebiasaannya penyakit ini menyebabkan kegatalan kulit, mata, alergi atau sinus pada manusia.

3. Mengurangkan dari jangkitan kuman, bakteria atau virus berjangkit secara berkelompok. Betapa indahnya ciptaan tuhan menjadikan angin yang segar melalui dalam rumah mengeluarkan atau “wash out” bakteria dalam bangunan yang disebarkan oleh manusia ataupun haiwan peliharaan anda. Udara ini akan berpusing dan membersihkan kawasan dalam rumah menggantikan udara yang tidak sihat terperangkap dalam bangunan.

4. Mengurangkan kesan kerosakan bangunan terutamanya kesan lembapan dan kulat. Selain dari pembaikan kepada kerosakan bangunan, kitaran udara amat penting dalam membantu manusia mengurangkan kesan kerosakan. Tahukah anda, tiada pengudaraan yg baik dalam bangunan, bangunan akan cepat berkulat akibat dari kelembapan yang terperangkap dalam ruang tertentu. Selain itu, pemasangan pendingin hawa atau aircond di siang hari akan mempercepatkan rekahan kosmetik di lepaan dinding bangunan akibat dari pertembungan 2 permukaan yang mempunyai suhu drastik yang berbeza (dinding luar dan dalam bangunan).

5. Ruang bukaan untuk pengudaraan yang juga berfungsi membawa cahaya ke dalam rumah. Bukaan bangunan membawa cahaya semulajadi ke dalam bangunan beserta udara nyaman. Tetapi bukanlah cermin kekal atau “fix window glass or wall glass” kerana ianya hanya memberikan cahaya dan menambahkan haba dalam bangunan. Tahukah anda cahaya yang masuk ke dalam bangunan adalah salah satu ilmu islam dalam bangunan. “Cahaya” yang dimaksudkan rumah anda kelihatan berseri dan dijauhi dari perkara negatif tinggal di dalam bangunan. Sejauh mana kebenarannya itu boleh bertanya kepada pakar ilmuan islam tentang keadaan rumah yang baik. Cahaya ini selain menolak perkara negatif dalam rumah, ia juga dilihat sebagai rezeki dan kebahagiaan dalam rumah.

IKLAN

Bagaimana pula jika rumah terletak di tepi jalan yang membawa udara panas dan habuk bergris ke dalam bangunan?
Beberapa kaedah boleh diamalkan :

1. Jika udara luar kotor, anda tidak perlu membuka pintu di siang hari. Kerana siang hari aktiviti manusia dan kenderaan adalah aktif. Dengan itu, memadai untuk buka pintu dan tingkap pada hujung minggu sekitar 3 jam. Biarlah udara ini masuk melintasi ruangan anda membersihkan udara yang selama ini kita gunakan yang tidak berganti.

2. Jika udara luar panas, tanam tumbuhan hijau walaupun sedikit kerana ia mampu menyerap haba dan membersih udara. Jika anda ada tanah yang sedikit luas, tanamlah tanaman mengikut citarasa dan lanskap yang indah.

Begitulah sedikit pengkongsian ilmu dalam senibina dan ukur bangunan yang dapat saya kongsikan. Semoga rumah kita sihat, bersih dan berseri. Rujuk gambar rajah dibawah sebagai panduan sistem pengudaraan yang sesuai.

 

IKLAN
Ingin Kediaman Sejuk Dan Isi Rumah Lebih Sihat? Ikuti Tip Dikongsi Pensyarah Ini
Letakkan water sprinkler pada luar bukaan tingkap. Cara ini akan dapat menyejukkan udara panas dari luar sebelum masuk kedalam.

Ingin Kediaman Sejuk Dan Isi Rumah Lebih Sihat? Ikuti Tip Dikongsi Pensyarah Ini

Ingin Kediaman Sejuk Dan Isi Rumah Lebih Sihat? Ikuti Tip Dikongsi Pensyarah Ini

Ingin Kediaman Sejuk Dan Isi Rumah Lebih Sihat? Ikuti Tip Dikongsi Pensyarah IniIngin Kediaman Sejuk Dan Isi Rumah Lebih Sihat? Ikuti Tip Dikongsi Pensyarah Ini

 

IKLAN

Ingin Kediaman Sejuk Dan Isi Rumah Lebih Sihat? Ikuti Tip Dikongsi Pensyarah Ini

Ingin Kediaman Sejuk Dan Isi Rumah Lebih Sihat? Ikuti Tip Dikongsi Pensyarah Ini

 

Ingin Kediaman Sejuk Dan Isi Rumah Lebih Sihat? Ikuti Tip Dikongsi Pensyarah Ini

Ingin Kediaman Sejuk Dan Isi Rumah Lebih Sihat? Ikuti Tip Dikongsi Pensyarah Ini

Ingin Kediaman Sejuk Dan Isi Rumah Lebih Sihat? Ikuti Tip Dikongsi Pensyarah Ini

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI