Kreativiti dan minat jika digabungkan mampu menjadi sesuatu yang indah. Apatah lagi jika dekorasi nya dihasilkan sendiri, pasti hasilnya benar-benar berbaloi. IMPIANA berkunjung ke kediaman jutawan kosmetik iaitu Dato Aliff Syukri untuk mengetahui apa yang tersirat di sebalik nama Villa Syurga Syukri.
Ingatkan Resort Di Bali, Rupa-rupanya Rumah Dato Aliff Syukri.

Ingatkan Resort Di Bali, Rupa-rupanya Rumah Dato Aliff Syukri.

Istimewa untuk anda dalam paparan interior IMPIANA kali ini sebuah kediaman milik Dato Aliff Syukri yang terletak di Kuang, Selangor yang telah kami kunjungi. Tidak sukar mencari kediaman ini kerana ia terletak betul-betul di laluan utama jalan menuju ke Kuang dan Rawang. Sebaik tiba kami menelusuri jalan kecil dari laluan utama kampung ini, yang tersergam indah sebuah kediaman di sisir jalan. Mungkin ramai tidak menyangka, adanya sebuah banglo berkeluasan 2 ekar gah memukau biarpun di kawasan kedesaan. Dari bukaan pagar utama, terserlah seni landskap yang luas serta indah seperti memasuki sebuah resort mewah.Ingatkan Resort Di Bali, Rupa-rupanya Rumah Dato Aliff Syukri.

LAMAN SEGAR PENYERI ANJUNG

Lokasi kediaman yang terletak di kawasan desa ini banyak memberi kelebihan pada penataan laman kediaman ini. Memiliki persekitaran laman yang agak luas, pemilik menata ruang lamannya dengan seimbang agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Elemen kejur pada laman dilembutkan dengan elemen air, tumbuhan hijau dan kolam ikan.

Tenang dan selesa, inilah yang dapat dirasakan penulis saat berada di ruang eksterior kediaman ini. Nyata konsep tropika ialah pilihan terbaik bagi memastikan kekayaan tumbuhan hijau mendominasi segenap penataan landskap ini. Kedengaran kocakan air kolam daripada puluhan ikan yang dibela dan pancuran air kolam mandi menggamit sentimen damai berganda. Secara keseluruhan  taman ini terlihat dijaga sempurna, baik menerusi susun atur ataupun peletakan pasu dan tumbuhan yang praktikal. Suasana sebegini sedikit sebanyak mengundang reaksi positif pandangan pertama daripada sesiapa sahaja yang bertandang ke sini.

Ingatkan Resort Di Bali, Rupa-rupanya Rumah Dato Aliff Syukri.

GARAPAN IDEA SENDIRI

Lazimnya, bagi mereka yang sibuk dan berkemampuan, akan mengupah pereka bentuk dalaman untuk melakukan penataan interior. Namun tidak bagi Dato Aliff yang lebih selesa melakukan penataan interior berdasarkan idea dan cita rasa sendiri.

“ Ketika di rumah lama, kami mengupah seorang pereka dalaman terkenal untuk melakukan penataan interior. Namun bagi kediaman ini saya menyatakan hasrat pada isteri untuk melakukan penataan interior sendiri,” ulas Dato Aliff tentang kediaman ini.

Ingatkan Resort Di Bali, Rupa-rupanya Rumah Dato Aliff Syukri.

Berbekalkan pengetahuan hiasan dalaman melalui pengalamannya, selain pemerhatian dan rujukan dari majalah, Dato Aliff melakukan penataan villa Syurga Syukri ini dengan sokongan padu isteri tercinta. Tidak memilih konsep tertentu, sebaliknya setiap ruang dan bilik adalah istimewa di hati Dato Aliff. Setiap satu ruang  dan bilik ditata rias dengan konsep berlainan dan tersendiri. Baginya ia merupakan suatu kepuasan selain boleh bereksperimentasi dengan pelbagai jenis perabot dan aksesori.

RUANG TAMU HADIR KESELESAAN

Ingatkan Resort Di Bali, Rupa-rupanya Rumah Dato Aliff Syukri.

Penulis diiring masuk melalui pintu belakang kediaman ini, di mana sepanjang langkah penulis di hidang dengan seni landskap yang begitu indah. Menyelusuri beberapa bilangan anak tangga, terdapat peletakan sebuah pintu terbuka dengan reka bentuknya yang tersendiri. Dari kedudukan ini keindahan ruang interior kediaman yang indah dan mempesona sudah boleh dilihat. Terlebih dahulu, pandangan mata pastinya terpana melihat peletakan perabot kayu antik yang disusun atur pada tengah ruang foyer mengalu-alukan kehadiran tetamu. Dari sudut pandangan ke kiri dan kanan pula, pemilik mengasingkan kedua-dua ruang atas sebab tertentu yang dirasakan perlu.

Ingatkan Resort Di Bali, Rupa-rupanya Rumah Dato Aliff Syukri.

“Perancangan awal kami sememangnya ingin menjadikan ruang di sini sebagai ruang tamu memandangkan silingnya yang lebih tinggi. Saya ingin tetamu merasa lebih selesa saat bertandang ke kediaman kami ini. Kebanyakan perabot yang terdapat di kediaman ini pula hampir kebanyakannya dari Indonesia. Jika dilihat, setiap ruang diasingkan kerana ingin ruang tampil lebih privasi,” ujar Dato Aliff.

Memandangkan keluasan ruang interaksi utama ini berganda, kerusi yang dipilih juga adalah daripada bersaiz besar agar penataan kelihatan lebih seimbang. Disusun secara berkelompok, ia pastinya mengundang keselesaan saat berinteraksi.

RUANG MAKAN DAN DAPUR ISTIMEWA

Ingatkan Resort Di Bali, Rupa-rupanya Rumah Dato Aliff Syukri.

Memaksimumkan penggunaan ruang yang ada, pemilik menjadikan ruang berbaki pada sebelahan ruang tamu ini sebagai ruang santapan utama. Memuatkan sebuah meja makan bersaiz besar yang dilengkapi dengan lapan buah kerusi menjadikannya pilihan yang benar-benar bersesuaian untuk kediaman besar ini serta mampu memenuhi kapasiti tetamu. Kekal dengan imej dan konsep antik, meja makan set ini dipilih bergaya sama dengan perabot yang lainnya bagi mewujudkan keselarian konsepnya. Malah meja makan kayu jati ini kelihatan begitu unik dengan reka bentuk kayu yang kelihatan natural.

Ingatkan Resort Di Bali, Rupa-rupanya Rumah Dato Aliff Syukri.

BILIK TIDUR CITA RASA PERIBADI

Ingatkan Resort Di Bali, Rupa-rupanya Rumah Dato Aliff Syukri.

Memiliki jumlah bilik tidur yang agak banyak, iaitu lapan buah, pasti ia agak memeningkan bagi menata setiap satunya. Namun, ia tidak menjadi masalah buat pemilik.

“Setiap bilik tidur dihias mengikut cita rasa masing-masing. Tidak ketinggalan saya turut berkreativiti dengan dekorasi bilik, paling penting saya mahukan keselesaan untuk setiap ahli keluarga,” jelas pemilik.

Meskipun demikian, kesemua jenis perabot yang digunakan masih lagi menekankan rekaan perabot kayu yang digemari pemilik. Namun, warna dan rekaan terperinci disesuaikan dengan  cita rasa berbeza. Penggunaan koleksi perabot dan aksesori yang digemari pemilik telah banyak membantu menceriakan sebuah kediaman indah dan mewah buat pemilik sekeluarga.

Ingatkan Resort Di Bali, Rupa-rupanya Rumah Dato Aliff Syukri.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI