Tular tanam indoor terutamanya pokok lidah mak mertua. Ramai yang cari menyebabkan harganya pun boleh jadi tak masuk diakal. Dengan fakta yang masih kurang tepat mengenai tanaman tersebut yang dikatakan berupaya memebersihkan udara dan meyedut habuk, tiba-tiba keluar pula lagi satu fakta yang menyatakan medium tanaman jenis tanah yang digunakan untuk tanaman indoor bahaya untuk kesihatan.
Tak salah, memang betul pun fakta tersebut. Tanah memanglah syurga bagi mikroorganisma seperti bakteria, fungus, protozoa dan sebagainya. Betul lah tu, kalau letak pasu berisi tanah dalam rumah, kita akan terdedah dengan billion mikroorganisma dalam pasu tersebut.
Tapi pernah terfikir tak bahagian lain dalam rumah yang menadi pembiakkan mikroorganisma tersebut yang tidak kurang hebatnya? antaranya di dapur tandas dan yang paling dekat adalah telefon bimbit anda. SAMA JE.
Ads
Sebenarnya tak menjadi isu pun. Sebaiknya, gunakan sarung tangan untuk mengendalikan tanah tersebut dan pastikan cuci bersih tangan sebelum menyentuh makanan atau benda lain.
Ads
Tapi, kalau ragu-ragu juga tak adi masalah. Anda boleh gunakan teknik tanaman menggunakan air sahaja. Konsep tanaman macam ni, sangat seusi untuka nada yang malas dan selalu lupa nak siram pokok. Tapi, ada masalah lain pula. Air perlu diganti setiap minggu bagi mengelak ia menjadi tempat pembiakkan nyamuk. Selain itu juga, boleh gunakan jel tanaman. Berikut antara tanaman indoor yang sesuai untuk dibiakkan di dalam air:
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dinding tumpuataupun lebih sinonim dengan terma feature wall umumnya merupakan perkara pertama yang kita lihat apabila masuk ke sesuatu ruang dalam kediaman. Ia mempunyai ciri-ciri istimewa tersendiri yang dapat membezakannya daripada dinding yang lain. Dinding tumpu merupakan satu penyelesaian mudah buat mereka yang mahukan kelainan pada kediaman dengan mewujudkan satu titik fokus yang menarik dan lebih menonjolkan keunikan ruang. Dengan menumpukan perhatian pada dinding tumpu ini, ruang kediaman yang hambar akan serta-merta kelihatan lebih segar dan berwajah baharu.
Tetapi awas, dinding pertama yang anda lihat ketika memasuki ruang tidak semestinya sesuai dijadikan sebagai dinding tumpu. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memilih dinding yang ingin di highlight kerana jika tersalah pilih, ia hanya akan membuatkan ruangan tampak ganjil dan mengelirukan! Jadi bagi mengelakkan anda melakukan kesilapan ini, IMPIANA telah sediakan tip dan panduan memilih dinding tumpu yang betul serta cara menghias sesuai mengikut ruangan yang ada.
PERTAMA Dinding yang bertingkap atau pintu adalah perkara pertama yang patut anda elakkan ketika memilih dinding tumpu. Ia seharusnya menjadi titik fokus ruangan, jadi objek atau bukaan seperti tingkap hanya akan mengambil alih tumpuan pada dinding utama.
KEDUA Berani bermain dengan warna. Untuk kesan yang lebih dramatik dan mendalam, padankan warna gelap pada dinding tumpu dengan warna yang lebih neutral dan ‘ringan’. Ini akan mewujudkan kontra yang amat menarik. Pasti tetamu tidak akan terlepas pandang pada feature wall yang anda cipta.
KETIGA Sebelum memilih warna cat pada dinding tumpu, pastikan anda mengambil kira tentang perabot yang mungkin akan diletakkan dihadapannya. Pilih warna yang akan menonjolkan, bukan menenggelamkan hiasan anda.
KEEMPAT Susunan perabot yang starategik juga amat penting bagi membantu menonjolkan lagi dinding tumpu yang telah anda pilih. Pencahayaan juga patut dititik beratkan supaya mendapat kesan yang maksima.
KELIMA Terdapat juga alternatif lain selain mengecat dinding tumpu. Anda boleh pasangkan wallpaper ataupun binakan rak buku custom bagi menambah nilai estetik pada dinding. Apa saja yang anda rasakan dapat mencuri tumpuan pengunjung boleh digunapakai.
Jangan takut untuk bereksperimentasi, ikuti naluri kreatif anda dan yang paling penting, have fun! Selamat mencuba ya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Menjengah ke kediaman semi-D dua tingkat di kawasan membangun Bandar Parklands, Bukit Tinggi ini memberikan pengalaman baru kepada penulis. Terdapat suatu aura yang menenangkan dari taman ini. Pemandangan dan bunyi-bunyian mendamaikan memenuhi sekitarnya menerusi reka bentuk water feature ringkas sebagai focal point terletak di ruang santai menjadi latar belakang yang mendamaikan halwa telinga. Roslin dan suaminya sangat menggemari kehalusan seni bina kayu lalu mendapatkan perkhidmatan NBS Corporation Sdn.Bhd melalui majalah IMPIANA bagi merealisasikan sebuah taman yang diidam-idamkan.
Tanah lapang di kediaman ini pada asalnya berkeluasan hampir 1800 kaki persegi. Kemudian pemilik mengunjurkan sebahagian struktur kediamannya bagi mendirikan sebuah dapur basah di bahagian belakang dan mengunjur ke tepi bilik pelbagai kegunaan di bahagian sisi. Tanah lapang yang diperuntukkan untuk membuat taman merangkumi keluasan hampir 1300 kaki persegi.
Taman kecil berkeluasan hampir 300 kaki persegi di bahagian kiri pintu masuk diserlahkan dengan rekaan decking berukuran 6 kaki lebar daripada kayu cengal bagi mewujudkan sense of welcoming kepada tetamu yang melalui ruang ini sebelum masuk ke dalam kediaman. Oleh sebab ruang ini dihalangi struktur kediaman milik Roslin dan jiran, cahaya matahari tidak dapat mengenai sebahagian tanaman memerlukan peletakan batuan pebbles pelbagai saiz sebagai alternatif penggunaan rumput.
Overhead yang dicipta daripada cengal material sama dengan decking menjadikan ruangan ini lebih luas dan bersatu dengan kediaman. Manakala sebuah kerusi taman yang diletakkan di hadapan muka pintu mewujudkan ruang menunggu yang lebih intim di antara pemilik dan tetamu yang berkunjung. Ia mengubah sudut ini seratus peratus daripada asal yang hanya dijadikan laluan sementara sebelum masuk ke rumah.
Taman kedua di sebelah kanan pintu masuk merupakan kawasan utama yang dititik beratkan dalam reka bentuk taman di kediaman ini. Dengan keluasan 1000 kaki persegi, tanah lapang pada asalnya dihiaskan dengan tanaman dalam pasu berubah menjadi ruang santai yang begitu merehatkan. Tanaman ditanam secara berkelompok dengan pelbagai hierarki di sepanjang perimeter bahagian ini untuk mencipta kehijauan secara maksimum.
Plot penanaman di sudut ini lebih ketara kerana pemilihan tanaman yang pelbagai. Tanaman yang gemar kepada redup dipilih kerana cahaya matahari tidak dapat menembusi sepenuhnya di sudut ini. Antara yang menjadi pilihan adalah Raphis exelsa, Thaumatococcus daniellii dan Trandescantia spathacea ‘Compacta’. Penggunaan batu pemijak buatan simen menjadi penghubung di antara kawasan meletak kereta dan ruang santai utama.
Seterusnya, transisi antara ruang di teruskan kepada decking bersaiz 16 kaki x 14 kaki kayu cengal berbumbung kayu jenis sama. Sedikit perincian ukiran pada kekisi di bumbung menjadikan ruangan ini kaya dengan unsur kayu dan tradisional. Ruang santai ini merupakan ruang utama yang menjadi pilihan pemilik dan pereka. Kehebatan kayu diserlahkan secara maksimum di ruangan ini. Dengan reka bentuk ala kampung, setiap penjuru ruangan ini dikemasi kekisi beranda bagi menunjukkan had laluan.
Binaan pagar sebelum ini dijadikan perimeter bagi membina water feature yang memberikan kesinambungan di antara ruang tamu dan ruang santai tersebut. Dinding water feature didirikan menggunakan batu granit yang disusun secara rawak, kemudian dipasangkan dinding bagi water feature diperbuat daripada natural stone. Rekaan bumbung kayu diteruskan kepada bahagian atas water feature bagi mewujudkan privasi di ruang santai.
Binaan ini terus disambungkan ke kawasan decking dengan kehadiran sebuah kolam ikan koi yang mempunyai aras sama dengan decking. Ruang serba lengkap ini menjadi sebuah tempat eksklusif bagi pemilik berehat kerana reka bentuk separa terbuka bersambungan dengan ruang tamu kediaman. Kekisi pada bahagian bumbung menjadi penyaring udara dan pandangan sesuai dengan konsep santai yang dipersembahkan.
Bagi melengkapi sebuah ruang santai, perabot luar ringkas set meja dan kerusi disediakan biarpun pemilik senang duduk bersila di lantai decking menambah ciri ala kampung di taman ini. Secara keseluruhannya, kombinasi kehebatan kayu dan komposisi tanaman memberikan nafas baru kepada taman sedia ada dan pemilik sekeluarga menghargai kehalusan seni bina dan kepelbagaian material yang dipilih.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rotan merupakan bahan semulajadi yang boleh diperbaharui dengan mudah. Ia tumbuh di kawasan tropika sekitar Afrika, Asia dan Australasia. Kerana sifat rotan yang ringan, tahan lama dan agak fleksibel, ia digunakan untuk pelbagai tujuan seperti dijadikan perabot, kraf tangan, dan juga bahan bangunan. Rotan menjadi sumber pilihan yang mendapat permintaan tinggi di Asia Selatan dan Asia Tenggara kerana ia lebih mudah dan cepat matang berbanding pokok untuk mendapatkan kayu.
Perabot dan aksesori rotan bukan sahaja kelihatan cantik malah ia juga tahan lama, jadi kebanyakan perabot rotan hanya memerlukan pembersihan dan penjagaan asas untuk mengekalkan kekuatan dan warna semulajadi nya. Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk menjaga perabot rotan anda agar kekal cantik seperti hari pertama anda membelinya. Selamat mencuba!
Langkah 1
Bersihkan permukaan perabot dengan kerap. Pembersihan mingguan atau bulanan adalah tempoh yang ideal bagi melindungi dan mencegah kerosakan serius. Bersihkan dengan pencuci pinggan mangkuk yang dicairkan sedikit dengan air. Alirkan air sabun dari atas menggunakan kain lembut dan kemudian lap permukaan perabot tanpa membasahkan kayu. Pastikan air masuk dan gosok ke dalam celah-celah dan alur dengan berus gigi atau berus kecil.
Langkah 2
Walaupun rotan boleh digunakan di luar rumah, adalah lebih baik jika anda tidak meletakkan ia direct dibawah cahaya matahari. Rotan akan lebih cepat rosak jika dibiarkan terlalu lama terdedah diluar rumah tanpa perlindungan.
Langkah 3
Jika terdapat kerosakan minor atau kotoran terpalit, cepat-cepat betulkan atau bersihkan. Gunakan bahan pencuci dan kain untuk gosok keluar kotoran sejurus selepas berlaku. Untuk kerosakan yang lebih serius seperti keretakan atau belahan, cuba rebuskan linseed oil untuk melembap semula bahagian tersebut.
Langkah 4
Adakan aktiviti pembersihan major sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pembersihan menyeluruh boleh mengelak pengumpulan kotoran dan juga akan menghalang kerosakan yang lebih teruk. Gosok rotan dengan bahan pencuci, menggunakan lebih sedikit air daripada yang anda gunakan untuk pembersihan mingguan. Kemudian keringkan perabot rotan itu secepat mungkin, sama ada dengan menggunakan pengering rambut atau menjemurnya diluar. Akhir sekali, sapukan lapisan syelek atau lacquer sebagai pelindung perabot sementara menunggu sesi pembersihan seterusnya.
Langkah 5
Jangan lupa letakkan rubber stopper di bawah kaki perabot rotan anda. Ruang antara rotan dengan lantai itu akan mengelakkan kerosakan yang tidak diingini untuk jangka masa yang panjang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!