
Perunding Hartanah Kongsi ILMU PENTING kali pertama nak beli rumah pertama supaya pembeli tak menyesal kemudian hari. Hendak membeli rumah memang kena ada ilmu, tak kiralah untuk duduk sendiri atau dijadikan pelaburan masa depan. Dengan pengetahuan asas hartanah yang betul, ia jadi guideline penting supaya pembeli boleh buat pilihan yang paling tepat. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang sedang merancang membeli rumah sendiri buat kali pertama.
Perkongsian daripada Perunding Hartanah Sarul Azlan Kamal ini boleh dijadikan rujukan yang sangat berguna.
1. Pilih Loan Yang Betul
Pastikan loan PERTAMA yang dibuat dengan bank adalah loan rumah. Bukan loan kereta. Ini kerana loan kereta akan menyebabkan komitmen anda meningkat dan mengurangkan kelayakan dari pihak bank untuk luluskan permohonan rumah.
2. Guna Akaun Company Sebagai CashFlow
Kalau ada buat bisnes, pastikan customer bank in ke akaun syarikat. Bukan akaun personal. Transaksi ke akaun personal tidak akan dikira sebagai INCOME. Jika terlepas, transfer semula ke akaun company dengan nota “CASH SALES”. Kalau tengah makan gaji tetapi ada bisnes, daftarkan company sebagai Enterprise pun sudah cukup.
3. Bayar KWSP
Bagi yang buat bisnes sendiri, tetapkan gaji untuk diri sendiri dan bayar KWSP. Bila apply loan nanti, bank nampak dua jenis pendapatan: income bisnes dan income gaji. Untuk pembayaran, gunakan cek syarikat dan buat payslip lengkap dengan cop.
4. Jangan Terpengaruh Dengan Loan ASB dan Personal Loan
Ramai orang tersangkut sebab terlalu awal ambil ASB Loan atau Personal Loan. Dua loan ini selalu menyebabkan bank reject permohonan rumah. Jika nak ambil ASB Loan, sebaiknya selepas lulus loan rumah. Kalau income besar dan DSR tak terjejas, itu lain cerita.
5. Beli Rumah Pertama Sebagai Investment
Untuk beli rumah pertama, lebih baik fokus kepada investment. Jika beli untuk duduk sendiri, ia jadi expenses. Investment pula ada dua kategori: Cash Flow dan Capital Gain.
Kalau Cash Flow, rumah disewakan dan sewa mesti cover bayaran bank. Kalau Capital Gain, beli pada harga rendah dan jual bila value meningkat. Ramai yang buat flipping gunakan cara ini.
6. Jangan Combine Nama Suami Isteri Semasa Membeli Rumah
Setiap individu layak dapat loan 90% untuk dua buah rumah. Jika combine nama, peluang untuk dapat 4 buah rumah sebagai suami isteri jadi terhad. Strategi terbaik: beli 4 buah, 1 untuk duduk dan 3 sebagai sewaan. Income sewa boleh tanggung bayaran rumah yang didiami. Memang berbaloi.
7. Pastikan Rekod CCRIS Bersih
CCRIS adalah rekod hutang kita. Sebelum apply loan, semak dulu rekod CCRIS. Kalau 0, rekod bersih. Kalau 1,2,3 maksudnya tunggakan bulan. Semakan boleh dibuat di Bank Negara atau secara online.
8. 3 Jenis Rumah Yang Perlu Anda Kenal Pasti
Pertama – Rumah Undercons
Sesuai untuk flipping. Kalau dapat diskaun 7%, modal hanya 3%. Kalau diskaun 10%, deposit mungkin tak perlu bayar.
Kedua – Rumah Subsale
Rumah sedia ada dan ada pemilik lain. Modal besar diperlukan. Contoh rumah RM500,000, deposit minima RM50,000 belum termasuk legal fees.
Ketiga – Rumah Lelong
Risiko tinggi tetapi pulangan besar jika menang bidaan jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Kena buat kajian market value, keadaan rumah, kejiranan dan lain-lain.
Secara peribadi, ramai suka beli undercons kerana lebih rendah risiko dan modal permulaan.

9. Kenapa Pilih Rumah Undercons
Kalau nak beli rumah pertama jenis undercons, pilih developer besar. Contohnya SP Setia, IJM Land, Sime Darby, Worldwide dan sebagainya. Risiko projek terbengkalai sangat rendah. Developer besar juga bagi banyak benefit seperti diskaun, free aircond, alarm system, vinyl floor dan lain-lain.
Mereka juga sediakan banyak kemudahan di kawasan perumahan seperti mall, masjid, bank, taman dan sebagainya. Contohnya Setia Alam memang terkenal dengan fasiliti lengkap.
10. Beli Ikut Kemampuan
Jangan terpengaruh dengan orang lain yang beli rumah besar. Loan mungkin lulus, tetapi bayaran bulanan sangat membebankan. Bila komitmen lebih tinggi daripada income, tunggakan boleh berlaku. Buat kiraan dahulu sebelum commit.
11. Tip Tambahan
Jika bank nak lihat rekod CCRIS tetapi anda tidak pernah buat loan, dua cara boleh digunakan:
Pertama
Apply kredit kad dan guna secara terkawal — swipe siang, bayar malam.
Kedua
Buat personal loan kecil di Easy RHB. Tujuannya supaya bank nampak disiplin pembayaran.
Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang nak beli rumah pertama dan tengah buat perancangan kewangan sendiri.
Semoga Bermanfaat!
Sumber: Sarul Azlan Kamal
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




