Pintu pun boleh jadi sebahagian elemen dekor kediaman. Tak perlu beli pintu baru kalau nak nampak cantikdengan beberapa teknik tertentu, pintu lama , pintu kosong tak ada design dan ukiran yang sia pun boleh nampak cantik. Terdpat pelbagai cara sebeanrnya nak cantikkan pintu yang polos. Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan duct tapi atau wallpaper . Nak lebih kreatif boleh guna cat. Berikut idea untuk anda cantikkan pintu yang membosankan:
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
INFO KEDIAMAN Nama Pemilik: Muhammad Hafiz B. Zaidi. Jenis kediaman: Teres dua tingkat Konsep: moden kontemporari Keluasan: 1,400 kaki persegi Spesifikasi: Ruang tamu, dapur, ruang makan, ruang menonton 4 bilik tidur dan 3 bilik air Pereka: Firdaus Bin Abdullah Sani, Grapesatwork FB/IG: Grapesatwork
Jika si bujang lebih gemar menghias, itu bukanlah sesuatu yang pelik dewasa ini. Bagi penulis, si bujang yang minat menghias kediaman mempunyai cita rasa yang tinggi dan merupakan seorang yang teliti.
Sama seperti kediaman yang dikunjungi penulis yang terletak di Putrajaya milik Muhammad Hafiz. Keseluruhan kediaman siap di tata rias sejak awal dimiliki oleh pereka dalaman yang telah dilantik iaitu Firdaus dari Grapesatwork. Memandang pemilik pada ketika itu masih bujang, keseluruhan konsep dekorasi mengetengahkan gaya moden kontemporari dengan pemilihan warna maskulin iaitu hitam dan putih.
“Kemas dan rapi adalah fokus utama yang telah ditetapkan pemilik kepada dekorasi yang dizahirkan. Oleh itu, pemilihan aksesori tidak boleh terlalu sarat,”
pereka memberi pengenalan kepada keseluruhan dekorasi kediaman ini. Walaupun keseluruhan dekorasi bertemakan rona hitam dan putih, pereka memadankan sofa dari palet kelabu bagi mengelakkan keseluruhan padanan ruang tamu ini kelihatan bosan dan mendatar. Tampil berbeza, kebiasaanya side-board atau wall panel dipadankan pada ruang tamu bersama televisyen. Namun seperti yang diterangkan pereka di awal pertemuan, kemasan fokus utama pemilik. Oleh itu, kabinet dinding 3G dengan permukaan hitam menjadi pilihan.
“Untuk tampil lebih cozy di ruang tamu ini, siling diberi cat hitam untuk memaksimumkan keselesaan dan suasana lebih santai. Pemilihan lampu juga penting bagi menzahirkan ruang tamu yang santai ini. Oleh itu, penataan cahaya “warm light” membangkitkan lagi aura ketenangan bak hotel,” pereka menambah perincian. Memandangkan pemilik berminat dengan corak geometri, soft finishing seperti throw cushion bercorak garisan menjadi paduan yang seimbang seluruh dekorasi.
Memandangkan pemilik sudah berumah tangga, demi memberi keselesaan kepada isteri dengan penetapan dekorasi sedia ada pemilik memberi sentuhan melalui penambahan jambangan bunga berona putih dan padanan aksesori bersadur warna emas. Secara tidak langsung, ia akan membangkitkan aura elegan di dalam keseluruhan dekorasi.
Bersebelahan ruang tamu, tersedianya tempat santapan utama yang boleh memuatkan enam orang tetamu dalam satu masa. Ruang yang tidak begitu luas, pereka meletakkan cermin bagi memberi kesan visual lebih luas. Tambahan, ia antara salah satu teknik yang digunakan pereka bagi mengatasi masalah dinding yang kosong. Ringkas, wall shelf rona hitam menjadi ruang pameran aksesori dekorasi pemilik yang berbentuk geometri.
Elak wujudnya ruang terbiar, pemilik sematkan beberapa koleksi lukisan peribadi pada dinding yang kosong berbanding bingkai gambar yang memaparkan potret. Pemilihan lukisan dengan bingkai yang tepat membangkitkan lagi gaya elegan dan kemewahan dalam dekorasi kediaman ini. Tidak perlu banyak lukisan yang digantung pada dinding, namun kehadirannya memberi impak pada cita rasa dekorasi kediaman ini.
Mementingkan ruang legar maksimum memberi keselesaan buat isteri ketika melakukan aktiviti di dapur, Ruang skinny perlu bijak diolah, oleh itu pemilihan ruang penstoran kabinet bertutup adalah pilihan terbaik. Masih menggunakan konsep kabinet 3G seperti di ruang tamu, menjadikan ruang dapur sempit ini kelihatan kemas dan tersusun.
Menuju ke tingkat atas kediaman, ia menempatkan bilik tidur utama, 2 bilik tamu dan ruang menonton. Sedikit sentuhan vibrant diruang menonton, pemilik memilih rona merah yang dihadirkan dari bean bag dan floor cushion. Inginkan suasana lebih santai dan selesa ketika menonton, pemilik tidak menggunakan sebarang struktur kerusi atau sofa.
Penggunaan cermin di dalam bilik utama bukan sahaja pada meja solek malah sebagai hiasan menjadi pengapit pada kepala katil. Penggunaan cermin pada ruang beradu kali ini lebih kepada olahan pencahayaan semula jadi yang dipantulkan. Memberi perincian ekslusif pada dekoasi bilik ini adalah lampu meja yang bermotifkan geometri dengan kemasan rona emas mencetus suasana romantik di dalam bilik utama ini.
Walaupun dekorasi kediaman ini bertemakan hitam dan putih, dekorasi yang dizahirkan pereka dan pemilik tidak tenggelam dengan panduan rona maskulin yang ditetapkan. Ia diimbangi melalui padanan aksesori seperti lukisan, soft finishing yang sesuai. Tambahan pemilik dan pereka bijak mengolah penataan cahaya secara optimum agar tidak kelihatan sesak dan gelap dengan tema yang dipilih.
Nak teroka dekorasi kediaman maskulin ini secara “live” saksikan video 360 ini. Jangan lupa scroll skrin anda untuk paparan lebih menarik
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Anak bila mencecah usia 7 tahun, wajib di asingkan tidur. Sedar akan kepentinggan tersebut, ada ibu bapa telah mendidik anak mereka tidur di bilik sendiri lebih awal. Ada yang seusia seathun telah dididik untuk tidur di bilik sendiri sebelum terlambat dan susah bila meningkat usia.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan bagi memastikan si cilik tidur di di bilik sendiri?
1. SEDIAKAN BILIK YANG SELESA
Selesa itu tidak bermaksud bilik yang disedaikan hanya untuk tidur semata-mata. Jadikan bilik tersebut sebagai tempat bermain, belajar dan bersiap. Kalau boleh, apa sahaja barang milik anak anda di ajar untuk simpan di dalam biliknya sendiri. I ibarat menajdi ruang privasi mereka.
2. REKA BILIK MENGIKUT TEMA ATAU KONSEP KEGEMARAN MEREKA
Ini yang mak-mak banyak silap. Design atau hias bilik mengikut kehendak sendiri tanpa bertanya pendapat pada si anak. Sebaiknya, tanya anak aanda atau lihat minat mereka. Letak karekter yang menjadi kegemaran dan kebanggan untuk menarik minat mereka tidur di dalam bilik tersebut. Tak perlu bermewah-mewah, cukup seadanya.
3. SEDIAKAN KATIL YANG SESUAI
Tak perlu beli katil khas untuk saiz kanak-kanak kerana ia hanya tidak boelh digunakan dalam tempoh yang lama (melainkan anda orang kaya) Jika satu bilik perlu dikongsi, sediakan 2 katil single atau bujang. Jadi, setiap orang akan mempuinyai kati dan privasi sendiri
4. SEDIAKAN TEMPAT SIMPAN PERMAIANAN
Bagi memastikan bilik anak anda sentiasa kemas dan tersusun, sedikan rak dan bekas untuk simpan maianan. Pastikan anak anda bermain dalam bilik tersebut sahaja. Jadi, kalau bersepah pun hanya di dalam bilik. Selesai bermain, arahkan mereka terus kemas untuk memastikan bilik sentiasa bersih 5. SEDIAKAN KEPERLUAN MEMBANCUH SUSU
Bagi anak-anak yang masih menyusu, ssediakan keperluan menyusu seperti air panas dan sebagainya di dalam bilik mereka. Ia memudahkan kerja anda apabila mereka terjaga dari tidur
6. PASANG LAMPU TIDUR
Ungtuk peringkat awal, pasang lampu tidur yang malap di dalam bilik anak anda ketika mereka tidur. Risau mereka takut nanti bila terlalu gelap terutamanya jika terjaga di tengah malam.
7. PERSIAPAN SEBELUM BERADU
Pastikan anak anda tidur dengan selamat dan nyenyak. Untuk memasikan perkara tersebut, arahkan mereka untuk buang air siap-siap dan pastikan kondisi anak dan tempat tidur selesa
8. TEMAN ANAK TIDUR
Peringkat awal memang susah. Hal ini lebih kepada sifat takut tidur di bilik sendiri. Oleh itu, mak atau ayah amak gilirian bersilih ganti temankan anak anda di dalam bilik sehingga mereka betul-betul lena. Lama-kelamanaan mereka biasa
9. TINJAUAN SEKALI-SEKALA
Walaupun mereka dah tidur nyenya, sekalai-sekali sekala mak ayah cuba tinjau keadaan mereka tidur terutamanya di tengah malam.
10. SABAR DAN BERTABAH
Bukan mudah untuk membiasakan anak-anak untuk tidur di dalam bilik. Mak dan ayah layankan je dulu. Anak kecil ni bukan mudah menerima sesuatu yang baru dalan kehidupan mereka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ruang yang cantik sudah pasti mampu membeli jiwa sesiapa yang memandang. Pelbagai ragam dan idea boleh disatukan dengan mesra jika kena dengan caranya.
Moden Kontemporari
Konsep ini sering menjadi pilihan ramai, gaya dan susun atur penataan dalam pilihan gaya moden kontemporari ini dengan penggunaan warna neutral, putih atau hitam sebagai warna dominan yang digayakan bersama warna-warna ceria sebagai elemen penyeri. Ia juga boleh disuntik pada perabot, kemasan mahupun dinding tumpu. Gunakan perabot dengan reka bentuk sleek dan ringkas. Suntikan elemen seperti retro, vintaj atau klasik pada ciri pilihan anda tanpa menenggelamkan elemen utama moden kontemporari. Suntikan kemasan fabrik seperti kapas, sutera dan linen yang memiliki warna dan tekstur yang bersesuaian dengan pilihan perabot. Teknik pencahayaan daripada sumber yang pelbagai bagi menghasilkan mood serta suasana yang sekali gus menghidupkan elemen moden kontemporari.
Shabby Chic
Gaya Shabby Chic yang mengetengahkan ciri feminim serta suntikan lembut dalam gaya pilihan ini mampu mencuri hati peminatnya. Konsep shabby chic ini juga boleh digabungkan dengan warna pastel yang lembut seperti merah jambu, biru muda dan putih krim. Dilengkapi juga dengan aksesori flora dan pemilihan perabot bernuansa vintaj atau klasik. Konsep ini memberikan rasa yang lebih selesa bagi penggunjung yang bertandang pada hari raya. Pemilihan set perabot yang lebih selesa dengan kemasan lembut yang sepadan dengan tema ini membuatkan penataan ini jadi pilihan ramai pemilik wanita.
Glamor
Gaya Glam, pemilihan kemasan dengan suntikan kilauan, cukup sempurna dalam setiap sudut. Warna perabot yang lebih gelap seperti warna hitam, mahogany menjadi pilihan dalam konsep penata glamor amat sinonim. Perincian yang glamor mampu menampakkan gaya yang gah serta menyerlah dengan suntikan simple tetapi mewah. Konsep praktikal masih di ketengahkan dalam sentuhan ini. Pemilihan Chandelier pastinya menjadi pilihan wajib bagi yang mengenakan konsep Glam ini. Sambutan raya akan lebih berseri dan meriah dengan cita rasa Glamor ini.
Industri
Konsep Industri ini kadang kala ditolak bulat-bulat dalam penataan, kerana ada yang menggangap ia adalah konsep yang separa siap dalam sentuhan dekorasi. Namun bagi sesetengah yang lain khususnya yang tinggal di bandar dan membesar dalam gaya serba moden menggangap konsep rekaan ini sesuatu yang menarik dan berani.Sebaliknya konsep ini adalah satu konsep yang lebih santai dan terbuka. Pemilihan kemasan yang agak ringkas dengan warna gelap menjadi pilihan utama dalam konsep ini. Besi, kaca, aluminium, paip dan getah menjadi elemen yang menarik untuk sentuhan industri. Ruang tamu dengan pemilihan ini pastinya mengundang tetamu lebih selesa berhari raya.
Scandinavian
Konsep dekorasi yang berpaksikan dengan gaya Scandinavian ini menekankan penggunaan perabot yang ringkas, mudah dan minimalis. Pemilihan cat dinding berwarna putih menjadi pilihan dalam sentuhan ini. Elemen semulajadi seperti suntikan kemasan kayu dan pokok hiasan segar menjadikan ruang tersebut kelihatan lebih luas selesa dan nyata dalam penataan. Konsep yang lebih terbuka dan selesa ini membuat tetamu yang datang bertandang akan menikmati rasa santai yang berpanjangan tatkala berada dalam ruang tamu yang cukup luas ini. Susun atur raya akan lebih sempurna dengan ruang tamu yang lebih terbuka dan luas.
Rustik
Idea rustik bersifat lama atau old school, mampu memberi nafas yang anggun dalam ruang tamu jika bijak mengenakan hiasan dalamannya. Penggunaan kayu panel sebagai ganti warna cat bagi suntikan yang lebih menghairahkan sentuhan ini. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi elemen geometri kerana bentuk alur kayu mempunyai jaluran simetri yang amat menarik. Padankan ianya dengan pemilihan perabot berwarna kayu gelap seperti meja kopi dan kabinet hiasan.
Selain itu, anda seharusnya memastikan setiap ruang dalam rumah tidak dipenuhi dengan pelbagai barang yang tidak sesuai sehingga menjadi semak. Hanya letakkan perabot dan perkakas yang perlu sahaja di rumah anda dan jika anda kekalkan ianya sebegini, maka rumah anda sudah lengkap dengan konsep rustik moden.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!