Ibu Cuci Tandas Dalam Bilik, 3 Beradik ‘Buat Kerja’ Sakan Conteng Muka, Karpet & Sofa!

Ibu Cuci Tandas Dalam Bilik, 3 Beradik ‘Buat Kerja’ Sakan Conteng Muka, Karpet & Sofa! Dugaan ketika anak-anak sedang membesar memang pelbagai ragam. Bukan senang mahu hilangkan kotoran dan kekalkan kebersihan dan kekemasan rumah jika ada anak yang masih kecil. Lebih-lebih lagi si cilik yang berusia sekitar 2 ke 5 tahun. Ada saja benda nak diusik dan diteroka. Jika terlepas pandang, ‘pantang’ ada pen, habis segala perabot, lantai dan dinding dicontengnya.

Berkongsi pengalaman yang sama, salah seorang pemilik kediaman Akma Samsudin ini turut mengalaminya. Video yang kian viral di Tiktok ini mendapat perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan, anak-anaknya mencurah air susu ke lantai, menconteng karpet dan sofa serta ‘melukis’ muka dan baju menggunakan pen berwarna (magic pen). Ia merupakan ‘projek bersama’ adik beradik dan ‘diketuai’ oleh anak sulung dan anak nombor dua yang menconteng penuh muka si adik bongsu.

Ibu Cuci Tandas Dalam Bilik, 3 Beradik ‘Buat Kerja’ Sakan Conteng Muka, Karpet & Sofa! Ibu Cuci Tandas Dalam Bilik, 3 Beradik ‘Buat Kerja’ Sakan Conteng Muka, Karpet & Sofa! Ibu Cuci Tandas Dalam Bilik, 3 Beradik ‘Buat Kerja’ Sakan Conteng Muka, Karpet & Sofa!

Ibu Cuci Tandas Dalam Bilik, 3 Beradik ‘Buat Kerja’ Sakan Conteng Muka, Karpet & Sofa!

Ads

Dimaklumkan ketika kejadian, ibu kepada 3 orang anak ini sedang mencuci tandas di dalam bilik dan adik beradik ini melakukan ‘projek’ tersebut hanya dalam 20 hingga 30 minit.

“Kalau harta benda orang lain memang tangan mama melayang dulu tapi sebab harta benda sendiri redho je la😂

Sebelum nie kami duduk rumah mertua 2 tahun, rumah kakak husband dua tahun tak pernah pun sampai macam nie, diorang conteng dinding bilik je. Nie 3 tahun dah duduk rumah sendiri baru first time buat cmni. Harta benda sendiri saya tak kisah sangat, marah tetap marah cuma tak naik tangan je, harta benda orang memang on the spot kena,” jelas Akma.

Ads

Guna Pendekatan Emosi Didik Anak

Menurut ibu ini, dia tidak mengamalkan ‘gentle parenting’, namun situasi kali ini membuatkan dirinya terkedu serta mengambil pendekatan emosi dalam mendidik anak-anaknya.

“Saya tak gentle parenting, cuma time nie speechless. Sebelum ni hanger dah banyak patah, rotan dah banyak hancur . Kali ni saya try main emosi pulak. Menjadi rupanya, meraung-raung diorang mintak maaf😂

“Biasa saya jerit pakej libas-libas dengan rotan. Kali ni saya senyap, buat muka sedih, masuk bilik then cakap “malam ni semua tidur la sendiri, mama dah tak ada mood dah. Meraung diorang mintak maaf. Semua cuci sendiri tu dengan yang kecik sekali gi mandi 😂. Sofa, karpet diorang lap dengan tisu basah walaupun tak nampak beza,” jelas Akma.

Ads
@akma_samsudinHari yang mantap💃♬ Hari Yang Mantap – Gusti Irwan Wibowo

IMPIANA: Bertabah lah pemilik kediaman yang mempunyai anak-anak sedang membesar, panjang akal ada ragamnya ini. Bukan senang mahu hilangkan kotoran dan kekalkan kekemasan rumah jika ada anak yang masih kecil. Lebih-lebih lagi si cilik yang berusia sekitar 2 ke 5 tahun. Ada saja benda nak diusik dan diteroka.Namun, percayalah semuanya akan menjadi kenangan sewaktu besar nanti.

Mesti Baca: Dinding Rumah Comot Kesan Conteng, 5 Cat Rumah Ini Senang Cuci!
Baca Lagi Di Sini: Hilangkan Kesan Conteng Anak Pada Dinding Dengan 4 Bahan Ini
Artikel Menarik:Ibu Ini Kongsi 3 Bahan Hilangkan kesan Conteng Anak-Anak, Dinding Terus Bersih Bekilat!

Sumber:Akma Samsudin  

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads