Hotel Grand ION Delemen, Genting Highland menerima pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai Pangsapuri Perkhidmatan Penuh yang dibina pada 6000 kaki di atas paras laut pada 7 Julai 2018.
Ianya disampaikan oleh Setiausaha Agung Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Rashidi Hasbullah kepada Pengarah Urusan NCT Group Dato’ Sri Yap Ngan Choy dan turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysia Book of Records, Dato’ Micheal Tio di Grand Ballroom hotel berkenaan.
Resort yang berkonsepkan rimba urban pada ketinggian 6000 kaki ini bakal menjamu pengunjungnya dengan pemandangan pergunungan yang melatari Banjaran Titiwangsa dan hanya mengambil masa selama 45 minit perjalanan daripada pusat bandar Kuala Lumpur.
Sebanyak 632 kediaman ditawarkan kepada pengunjung untuk menikmati kolam renang air panas serta menikmati hidangan mewah berkelas dunia di Restoran Kembali Kitchen selepas puas menjamu mata dari point pemerhati yang terletak di sebelah restoran Hugo’s in the sky.
Berikut adalah beberapa gambar lokasi hotel serta majlis penyerahan perakuan dari The Malaysia Book of Records.
Ads
Ads
Ads
Penghargaan Gambar: Afendi Wahid/MOTAC
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cat Hiasan Lepa Kapur Buatan Tempatan Pertama Malaysia Pertingkatkan Kualiti Udara Dalaman.
Kansai Paint Asia Pacific Sdn Bhd baru sahaja melancarkan cat pembersih udara mesra alam serba baharu yang dinamakan ‘ALES SHIQUY’. Cat baharu ini dilancarkan sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan Kansai Paint dan juga merupakan pelaburan teknologi berterusan Kansai Paint di Malaysia.
‘ALES SHIQUY’, sejenis cat hiasan emulsi berasaskan air, merupakan lepa kapur buatan tempatan pertama Malaysia yang mempertingkatkan kualiti udara ruang dalaman dengan ketara. Ciri unik ‘Shikkui’ dalam produk baharu ini bertindak dengan memerangkap dan menyahaktifkan bakteria berbahaya yang bersentuhan dengan permukaan bercat. ‘Shikkui’ ialah sejenis bahan semula jadi tradisional Jepun yang lebih dikenali sebagai ‘kapur mati’. Bahan ini mempunyai fungsi antivirus dan antibakteria, kawalan kelembapan dan nyahbau yang berkesan.
Memandangkan kebimbangan yang semakin meningkat tentang kualiti udara bagi persekitaran dalaman, pelancaran ‘ALES SHIQUY’ dianggap tepat pada masanya kerana menawarkan penyelesaian menjimatkan kos kepada pengguna untuk melindungi persekitaran dalaman daripada pencemar berbahaya seperti formaldehid.
Semasa berucap di majlis pelancaran, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kansai Paint Co., Ltd, Hiroshi Ishino berkata, “Kansai Paint kini merupakan pelopor sebenar yang menghasilkan penyelesaian cat inovatif berprestasi tinggi bagi pelbagai jenis permukaan berasaskan tiga tunggak utama iaitu pematuhan, kelestarian dan kualiti. ‘ALES SHIQUY’ melambangkan misi 100 tahun Kansai Paint untuk mewujudkan ruang hidup dan komersial yang lebih selamat dan sihat bagi para pelanggan kami. Dengan cat baharu ini, kami dapat memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan mereka mewujudkan persekitaran yang lebih cantik, bersih dan selamat.”
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pencemaran udara kini menjadi isu pembangunan lestari yang mendesak, memandangkan kira-kira tujuh juta orang terdedah kepada zarah halus dalam udara tercemar setiap tahun. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pencemaran udara kediaman menjadi masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakan isi rumah, termasuk di Jepun dan Malaysia.
‘ALES SHIQUY’ boleh diguna pakai pada permukaan dinding ruang hidup berbeza, termasuk kediaman, pejabat, kemudahan penjagaan kesihatan dan sedia melindungi penghuni daripada bahan cemar udara yang berbahaya. Di samping itu, cat baharu ini melindungi alam sekitar dengan menyerap karbon dioksida. Cat ini juga tidak mudah bakar dan boleh membantu mencegah kebakaran.
Rangkaian cat baharu ini menawarkan kira-kira 500 pilihan warna yang akan ditawarkan di semua pengedar sah Kansai Paint mulai Julai 2018.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!