Dekorasi

Hilangkan Lipas Di Kabinet Dapur Dengan Empat Jenis Rempah, Memang Jadi!

Share

Kehadiran lipas di dapur bukan sahaja menjijikkan tetapi juga boleh menjadi pembawa kepada pelbagai penyakit.

Jangan risau! Ada cara semula jadi yang boleh membantu anda mengusir lipas tanpa menggunakan ubat gegat mahupun bahan kimia berbahaya. Cara ini dikongsi oleh Ummi As yang sudah 3 bulan menggunakan cara ini dan berkesan atasi kehadiran lipas dalam kapinet dapur miliknya.

Caranya;

1. Ambil rempah empat sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Lebihkan bunga cengkih dan buah pelaga.

2. Masukkan dalam kain net dan ikat bunjut. Buat 3-4 bunjut rempah ini dan letak di dalam kabinet dapur. Boleh tambah rempah jika baunya sudah hilang.

3. Sebelum masukkan bunjut rempah ini sebaiknya bersih dan lap dulu kabinet.

Menurut Ummi setakat tiga bulan mempraktikkan cara ini, kehadiran lipas dan bahan buangannya memang tiada. Berkesan!

Gunakan empat jenis rempah ini untuk menjadikan dapur anda bebas dari lipas secara semula jadi dan selamat. Amalan ini membantu mengelakkan penggunaan bahan kimia berbahaya, sambil mengekalkan dapur yang bersih dan nyaman. Ingat, menjaga kebersihan dapur adalah kunci untuk menghindari lipas. Selamat mencuba dan nikmati dapur yang bersih dan selesa!

INFO: Rempah ratus mempunyai bau-bauan yang kuat dan tidak disukai lipas.

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Mesti Baca:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang


Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!

Sumber: Ummi As

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

IKLAN