
Selalunya kita buang balang kaca yang mengandungi bekas makanan. Apa kata kali ni, kita cuba simpan dan jadikan perhiasan mahupon bekas yang mampu kita D.I.Y.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cipta Ruang Damai & Menenangkan Dengan Cosentino

Di tengah kesibukan zaman moden, semua orang mencari ketenangan dalam hidup. Bukan sekadar melalui senaman atau pemakanan sihat, tetapi juga melalui ruang tempat kita berehat, bekerja atau berkumpul. Dari studio yoga, spa, hinggalah ke kediaman sendiri, ruang yang membangkitkan rasa damai dan keseimbangan menjadi keutamaan ramai.
Reka bentuk dalaman dan seni bina kini menitikberatkan kesihatan—bukan hanya estetika, tetapi juga keselesaan emosi dan fizikal. Bagaimana kita boleh mencipta ruang yang bermakna, bergaya dan selari dengan trend kesihatan serta bahan mampan daripada Cosentino? Mari kita teroka!
Warna yang Menyentuh Jiwa
Warna memainkan peranan besar dalam mencipta suasana santai. Palet lembut dan minimalis mampu memberikan rasa seperti pelukan hangat, menenangkan minda dan jiwa. Reka bentuk berfokuskan kesihatan sering menggunakan warna-warna semula jadi, permukaan yang menyenangkan disentuh dan garisan yang bersih untuk mengelakkan kekacauan visual.
Sebagai contoh, Dekton Adia dari koleksi Pietra Kode menampilkan urat halus, warna tanah yang lembut dan kemasan matte yang elegan. Bahan ini sesuai untuk mengubah bilik mandi menjadi seperti spa mewah atau sudut meditasi yang menenangkan. Digunakan sebagai countertop dapur, dinding ruang tamu atau permukaan lain, Adia menjanjikan ketahanan dan keindahan yang harmoni, menjadikan ruang anda lebih damai.
Aliran Ruang
Dalam reka bentuk kesihatan, konsep “aliran” merujuk kepada perpaduan visual dan emosi dalam sesebuah ruang. Penggunaan bahan yang sama di pelbagai kawasan—dari bilik ke bilik atau dari dalaman ke luaran—mencipta rentak yang menenangkan minda.
Kombinasi Dekton Trevi dan Dekton Sandik dari koleksi Pietra Kode boleh menjadikan ruang kelihatan luas, seimbang dan bersambung. Dengan garisan minimalis dan permukaan yang luas, bahan ini mengurangkan kekacauan visual, memberikan rasa kelancaran yang sesuai untuk studio yoga, bilik meditasi atau kawasan hidroterapi. Malah, ia boleh digunakan pada lantai, dinding, atau sambungan dalaman-luaran untuk mencipta vibe yang selari dan harmoni.
Ruang untuk Berhubung dan Bersatu
Kesihatan moden bukan hanya tentang diri sendiri, tetapi juga tentang hubungan dengan orang lain. Reka bentuk ruang perlu memudahkan interaksi, sama ada di ruang santai dalaman, teres yang diterangi matahari, atau rumah untuk berkumpul bersama keluarga.
Cosentino menawarkan kombinasi seperti Dekton Polar dengan Dekton Adia, atau Dekton Sandik dengan Dekton Ava, yang sempurna untuk ruang berkongsi. Warna tanah yang hangat dan tekstur batu yang lembut mencipta suasana mesra, mengundang perbincangan dan kebersamaan. Bahan ini sesuai untuk island dapur, meja makan keluarga, lantai atau permukaan luaran. Dengan ketahanan terhadap sinaran UV, kotoran dan calar, anda boleh menikmati keindahan tanpa risau tentang kerosakan.
Rasai Dengan Segala Deria
Reka bentuk kesihatan masa kini bukan sekadar untuk dilihat, tetapi untuk dirasai dengan semua deria. Tekstur batu yang licin atau kemasan semula jadi mengundang sentuhan, membantu kita berasa lebih “grounded” dan fokus.
Koleksi Dekton Pietra, seperti Dekton Ava dan Dekton Polar, menawarkan pengalaman deria yang mendalam, sesuai untuk spa, kolam renang atau ruang meditasi. Permukaannya yang halus dan estetik memberikan kesan menenangkan yang maksimum, menjadikan setiap momen dalam ruang tersebut lebih bermakna.
Inspirasi Tanpa Sempadan
Ingin mencipta ruang yang bukan sahaja cantik tetapi juga menyokong kesejahteraan anda? Cosentino menyediakan bahan-bahan inovatif dan mampan yang menggabungkan fungsi dengan estetika. Lawati website Cosentino untuk lebih banyak idea reka bentuk atau buat temujanji untuk melangkah ke showroom Cosentino. Biarkan inspirasi membawa anda ke ruang impian yang penuh ketenangan!
Mesti Baca: Amyra & Amar Pentingkan Teamwork Keluarga, Suka Rumah Bersih & Lapang
Baca Lagi Disini: Impian Jadi Kenyataan, DAIYAN TRISHA ‘Jatuh Cinta’ Dengan Rumah Sendiri
Artikel Menarik:Fasa Baru Kehidupan UYAINA ARSHAD, Progress Renovasi Siapkan Rumah Impian
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ramai Tak Faham Fungsi Kulit Telur Sebagai Baja Organik

Umum tahu kulit telur membantu menyuburkan tanaman di laman. Tapi Impiana lihat, ramai tak menggunakan kulit telur yang tersisa dari dapur sebagai baja tanaman. Tak pasti sama ada lupa, tak tahu atau malas untuk gunakan kulit telur sebagai baja organik pada tanaman. Jadi, Impiana kongsikan khasiat kulit telur hasil perkongsian Sue Haiza dalam group Berkebun Untuk Beginner
Mungkin ramai yang sudah tahun dan maklum akan khasiat kulit telur kepada tanaman dan ramai yang telah mempraktikkannya. betul kan
Kulit Telur Sebagai Baja Organik sebenarnya mempunyai khasiatnya yang tersendiri kepada tumbesaran pokok kita. kalsium yang terdapat dalam kulit telur ini mampu mempercepatkan proses tumbesaran pokok. Pokok apakah yg paling banyak memerlukan kalsium? salah satunya adalah tomato
Baca juga: Cara Biak Pokok Sup Dari Biji Benih Menggunakan Kulit Telur Yang Pasti Menjadi
Selain itu, bayam juga memerlukan kalsium yg tinggi untuk tumbesarannya. pokok lain yg saya tidak sebutkan jg boleh dibajakan dgn kulit telur. kulit telur juga dikatakan mampu mengawal kehadiran siput kebun. apakah reasonnya? ini adalah kerana ketajaman yg ada pd kulit telur itu sendiri. sekiranya kita menabur kulit telur di sekitar pokok,siput akan menyerah kalah kerana jika badannya yg lembut terkena serpihan kulit telur, mmg amat perit bg seekor siput
kulit telur juga mampu meneutralkan tanah&mengurangkan asid pd tanah. dgn ini ia mampu menyuburkan lgi tanaman kita
PENYEDIAAN DAN CARA GUNA BAJA KULIT TELUR
Baik, bagaimana nk sediakan baja dari kulit telur ini? caranya senang sahaja. cuma prlu basuh dgn bersih,keringkan, hancurkan dan kemudian bolehlah ditabur disekitar tanaman kita. sekiranya kita menanam utk kegunaan sendiri ,boleh cuba kaedah yg senang ini tanpa perlu hbskn wang untuk membeli baja. atau boleh jadikan ini sebagai tambahan kpd baja yg telah kita beli. xsalah mencuba kan
selamat mencuba
*info ini saya perolehi dari pembacaan&pengalaman saya. sama2 berkongsi ilmu
Selain itu, kulit telur juga dikatakan elok untuk merawat kulit muka yang bermasalah. Mari ikuti kegunaan kulit telur yang tak pernah kita terfikir pun!
- Suplemen semula jadi
Tanah yang mempunyai pH yang rendah biasanya mengandungi kandungan kalsium yang rendah. Menaburkan kulit telur yang telah dihancurkan pada permukaan tanah tersebut akan meningkatkan kandungan pHnya tersebut. Ini sesuai bagi taman yang mempunyai tanah jenis berasid. Jadi, penambahan kulit telur akan bertindak sebagai suplemen yang akan menyuburkan tanaman.
Kaedah: Hancurkan kulit telur sehingga halus bagi mempercepatkan penyebaran kalsium kepada tanah. Taburkan secara sekata di sekitar tanaman ataupun digaulkan bersama bahan kompos.
- Bekas pembenihan
Gunakan kulit telur sebagai bekas penyemaian biji benih. Selain daripada bersifat keras dan mampu menampung tanah, kandungan kalsium yang terdapat pada kulit telur juga dapat membantu tumbesaran biji benih.
Kaedah: Kulit telur dibersihkan terlebih dahulu, kemudian medium penanaman 2:1:1 (2 tanah loam, 1 bahan organik: 1 pasir) dimasukkan separuh daripada ruang telur. Masukkan biji benih dan tunggu sehingga bijih benih bercambah. Seterusnya boleh dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar.
- Lilin
Apabila memiliki taman yang menghijau dan subur pasti menggamit serangga penghisap darah, nyamuk. Pembaca mesti pernah melihat lilin jenis ini dijual dipasaran. Lilin yang diperbuat daripada serai wangi ini mampu menghalau nyamuk serta serangga perosak di kediaman anda. Buat sendiri lilin ini menggunakan kulit telur sebagai bekas acuan. Letakkan lilin ini di atas meja ruang tamu, anjung atau decking untuk membantu mengurangkan serangan nyamuk dan serangga lain.
Kaedah: Pecahkan telur di bahagian paling atas. Cuci kulit telur sehingga bersih. Keringkan dan masukkan serai wangi dan lilin yang telah dipanaskan.
4. Masker wajah
Akhir sekali, kulit telur juga boleh membantu merawat beberapa masalah kulit serta melicinkan kulit wajah.
Masukkan serbuk kulit telur ke dalam cuka epal dan rendamkan ia selama beberapa hari. Kemudian, sapukan campuran tadi pada kulit yang gatal.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rasuah Buster #JanganAmbil # JaganBeri

Jangan Ambil, Jangan Beri! Dua tindakan ini mampu mengubah ekosistem rasuah yang parah di negara kita, dan tindakan itu bermula dari diri kita sendiri. Ideaktiv turut terpanggil menyertai usaha membanteras rasuah yang dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Haji Hussamuddin Yaacub menerusi kempen yang diperkenalkan beliau RasuahBuster.
Menerusi RasuahBuster, orang ramai dan organisasi diajak bersama-sama untuk tampil, berkongsi, membanteras dan sekali gus membasmi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat di semua peringkat. RasuahBuster menerusi media utama Sinar Harian membuka platform untuk orang ramai menyertai gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat, bagi menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di negara ini.
Mendukung usaha tersebut, Ideaktiv mempergiat kempen berfasa bermula dengan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah untuk generasi masa kini dan akan datang. Ia diikuti dengan fasa seterusnya yang akan cuba menggerakkan orang ramai tentang tindakan yang boleh mengubah amalan rasuah secara menyeluruh.
Dengan matlamat membersihkan generasi rasuah kepada generasi bermaruah, kita berdiri bersama dan menjadi barisan hadapan RasuahBuster.
Ia boleh bermula dengan menyalurkan maklumat dan pertanyaan kepada:
rasuahbusters@gmail.com atau
(WA) : 019-3823635, 019-6680920
Bergabung sebagai #RasuahBusters di
https://bit.ly/3ctmxSy atau boleh kunjungi laman berikut:
Portal: www.rasuahbusters.com
Facebook: Rasuah Busters
Instagram: rasuahbusters
Twitter: rasuahbusters
Usaha kecil menjadi besar. Ingat, kita #JanganAmbil dan #JanganBeri. Kitalah generasi bermaruah.
#RasuahBusters
#JanganAmbil
#JanganBeri
#Ideaktiv
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI