Berapa kerap anda mencuci peti ais atau peti sejuk? Setidaknya, peti sejuk wajib di cuci sebulan sekali bagi memastikan ia sentiasa bersih dan tidak menjadi habitat bekteria yang akan menjadi punca kepada masalah kesihatan seperti keracunan makanan.
Jangan ingat ruang yang sejuk tak menjadi habitat bakteria ya. Oleh sebab itu, untuk pastikan peti ais anda sentiasa bersih dan terhindar dari sebarang bakteria ia perlu di cuci bersih. Kebiasaannya bahan cucian yang digunakan adalah sabun pembersih pinggan. Betul tak? kalau sabun tersebut tidak di cuci bersih kan mendatangkan kemudaratan.
Melalui perkongsian di dalam Facebook, Puan Ayus Hanif berkongsi bahan yang digunakan untuk mencuci peti sejuk.
Ads
Selalu masak masak, peti sejuk, freezer cuci tak? Paling rajin mesti cuci seminggu sekali. Ataupun sebulan sekali mesti cuci. Kebersihan sangat penting. Itu lambang peribadi seseorang.
Cara saya, campurkan cuka makan @ cuka epal dengan 1 sudu besar baking powder untuk cuci peti sejuk. Campuran ini boleh juga gunakan untuk cuci oven juga. Untuk freezer kadang-kadang ada kotoran degil, ambil berus gigi dan sental kotoran tu.
Dengan melakukan rutin ini secara konsisten, keadaan peti ais akan lebih bersih dan tidak berbau memandangkan ia umpama bekas besar menyimpan semua makanan kita secara bercampur-campur. Selamat mencuba!
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Memastikan almari anda sentiasa dalam keadaan kemas dan teratur adalah sesuatu yang agak mustahil. Mungkin, anda boleh, tapi jika melibatkan ahli keluarga yang lain terutamanya anak-anak yang masih kecil, matlamat untuk memastikan pakain di dalam almari sentiasa kemas dan tersusun agak sukar dicapai.
Seorang penulis dan pakar gaya hidup dari Jepun telah memperkenalkan satu sistem khas untuk memastikan almari anda sentiasa kemas dan teratur. KonMari Methods yang diasakan oleh Marie Kondo merangkumi cara mengemas keseluruhan kediaman agar sentiasa kemas dengan mudah. Namun, teknik lipatan yang diperkenalkan kini menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia. Nak tahu, cara pengurusan almari dengan menggunakan KonMari Mathods. Jom tengok video ini.
Untuk teknik melipat baju dan seluar, anda boleh tengok video ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Saat tengah seterika baju, tiba-tiba terbakar. Mesti anda gelabahkan. Bukan sekadar pening memikirkan baju yang dah berlubang, kesan yang melekat pada seterika pun boleh jadi hangus dan menjejaskan pakaian lain.
Kesan hitam pada tapak seterika disebabkan oleh fabrik yang terbakar memang sudah menjadi kebiasaan. Disebabkan oleh lapisan hitam ini juga ia berpotensi meninggalkan kesan pada pakaian lain. Ada juga akan mengakibatkan pemanasan tidak sekata pada tapak seterika.
Langkah mudah adalah beli sahaja seterika baru. EH! nanti dulu. Kotoran je, bukan tak boleh dibersihkan. Seterika masih elok dan boleh digunakan. Terdapat pelbagai cara untuk mencuci atau menanggalkan kesan terbakar pada tapak seterika. Namun kali ini, Impiana nak tunjuk cara paling mudah dan murah iaitu hanya dengan menggunakan garam.
Bahan-bahan:
3 sudu Garam (tak halus dan tak kasar)
2 keping surat khabar
Cara-cara:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya
2. Panaskan seterika pada suhu yang paling panas
3. Gosok seterika pada garam berulang kali sehingga semua kesan hangus tertanggal dan permukaan seterika berkilat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Dalam kita membersihkan rumah, sesekali pasti kita terlepas beberapa bahagian atau alat dalam rumah kita lupa untuk dibersihkan. Selalunya kita akan fokus kepada tempat biasa seperti bilik air, countertop dapur, mop lantai tetapi bagaimana pula tempat yang selalu kita terlepas pandang, tetapi kesannya dalam jangka masa yang panjang?
Mari ikuti senarai yang disediakan IMPIANA agar anda boleh buat pemeriksaan secara menyeluruh di setiap ruangan dalaman rumah anda.
1) Pintu Kabinet
Selalunya kita akan memfokuskan pembersihan hanya di sebelah atas countertop sahaja, tetapi tahukah anda air yang dilap ke atas counter top selalunya akan mengalir ke bawah dan tanpa kita sedari alirannya sehingga ke pintu kabinet. Tidak dapat dibayangkan berapa banyak kuman yang tersimpan di dalam air tersebut. Begitu juga dengan kabinet di sebelah atas, asap masakan yang dilepaskan ke udara selalunya akan terperangkap menjadi habuk dan memberi kesan terhadap ruang pernafasan seisi rumah.
2) Handle pemegang peti ais
Ramai dari kita selalu membersihkan bahagian dalam peti ais tanpa kita sedari bahagian luar juga memerlukan pembersihan yang sama seperti bahagian dalam. Ini kerana, bakteria dan kuman amat mudah untuk berpindah dari satu tempat ke tempat lain terutamanya di bahagian dapur. Bayangkan anda pulang dari bekerja, tanpa membasuh tangan, anda terus memegang handle peti ais dan mengambil makanan, agak-agak berapa banyak kuman yang sudah dipindahkan dari tangan ke pemegang dan makanan?
3) Kain pengelap kaki
Secara jujurnya, bila kali terakhir anda tukar kain lap kaki di bilik air dan dapur? Pasti sudah lama bukan. Realitinya, kain ini adalah kain yang amat kotor sekali dan ianya digunakan hari-hari, selagi ianya digunakan, selagi itulah ia akan sentiasa kotor dan memerangkap jutaan kuman berikutan keadaan kain tersebut yang lembap.
Anda sepatutnya membasuh kain tersebut sekali dalam seminggu.
4) Pelapik tetikus
Untuk mereka yang meluangkan masa yang panjang di komputer dan menggunakan pelapik tetikus/mouse pad, agak-agak bersih tak pelapik yang anda sedang gunakan selepas bergesel dengan tangan, mouse dan pelapik. Tidak masuk lagi jika mouse anda terlalu atas air bekas minuman, kalau air kosong tidak apa, kalau air bergula? Anda bayang sendiri berapa banyak kuman sudah terkumpul di atas pelapik tersebut.
5) Bersihkan bahagian dalam kabinet
Point ini terpakai untuk semua jenis kabinet, baik di dapur, bilik air, bilik tidur dan sebagainya. Fokusnya adalah kabinet yang menjadi perumah kepada segala barangan berasaskan cecair terutamanya di dapur. Sebagai manusia biasa, kadangkala kita terlupa untuk menutup rapat botol sos dan kicap. Anda bayangkan tanpa anda sedari, sudah banyak cairan sos yang tertumpah dan ianya bakal mengundang pelbagai spesis makhluk perosak dan kesannya menganggu tahap kesihatan kita kerana bahan mentah makanan sudah tercemar.
6) Celahan sofa
Berapa kali anda seluk tangan ke dalam celahan sofa rumah anda? Pasti sudah lama bukan, di celahan ini pasti terdapat pelbagai khazanah yang tersimpan. Jangan sampai nanti, ada seluk nak ambil duit syiling yang terjatuh, anda dapat lipas. Jadi, selalukan untuk vacuum kawasan sofa terutamanya di celah-celah sofa, pasti anda akan rasa bertapa kotornya sofa yang anda sangkakan selama ini bersih dan wangi.
7) Bahagian bawah permukaan
Apabila membersihkan rumah, jangan hanya fokus kepada persekitaran hadapan mata/eye-level sahaja, guna sedikit tenaga untuk eksplorasi bahagian bawah kabinet, meja makan, bawah karpet atau lebih mudah, segalanya yang ada permukaan atas, pasti ada ruang bawah, fokus lebih di bahagian bawah.
Selain itu, tumpahan air pasti akan mengalir sehingga ke bawah dan masuk ke celahan yang tidak nampak dengan mata kasar dan mengundang hurungan semut.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!