IMPIANA cukup berbesar hati dengan pembaca tersayang, yang tak pernah jemu bersama kami. IMPIANA cukup bangga dengan ilham dan inspirasi yang dikongsikan bersama. Kali ini follower yang bernama Encik Arif Osman,39, ingin berkongsi dapur yang hadiahkan kepada isteri tercintanya Puan Azlinda Abdul Rahim, 37, dari hasil duit simpanan sewaktu PKP. Jom kita lihat apa hasil dapur idaman ini.
“Pada awalnya sebelum pkp pertama, saya bercadang nak guna sedikit simpanan utk buat kolam hiasan di tepi rumah. Selepas jumpe beberapa kontraktor dan dapatkan sebut harga saya dan isteri berbincang semula. Tgk pada kos nak buat kolam hiasan tu boleh tahan juga harga. Kemudian isteri berseloroh “baik buat dapur idaman saya”.
Kemudian PKP pun diumumkan dan kami simpan niat kami tu dulu. Ketika PKP kerajaan dan bank umum kan moratorium bg loan. Jadi saya terpikir jika kita berjimat waktu pkp dan guna kan duit yg sepatutnye bayar pada bank sebaik mungkin dan setelah kira-kira,bugget utk buat dapur idaman tu mcm ada. Lepas je PKP ditamatkan saya terus pangil kontractor utk sebut harga. Dua kontractor saya pangil satu utk pecah dan ubah suai dapur, dan satu lagi utk buat cabinet dapur. Ketika ni baru la sy bgth pada wife yg nak realisasikan impian dia dpat dapur impian. Terkejut juga dia.”
“Disebab kan budget yg ada tu boleh kata “ngam²” so pemilihan meterial hampir 80% kami pilih dan juga perkakasan dapur yg lama di guna semula.Hampir 3 bulan semua nye siap. Masa yg diambil agak lama kerana meterial yg kami cari sendiri tu tiada stock dan pemilihan warna untuk cabinet yg agak sukar kerana rambang mata dgn pilihan warna yg ada.”
Cerita pemilik kepada IMPIANA. Hmmm sweetnya pasangan ni kan?
Ads
Maaf kerana kualiti gambar yang kurang cantik.
SEBELUM
Ads
SELEPAS
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
BILIK tidur merupakan tempat paling penting dalam sesebuah rumah kerana ia menjadi ruang privasi untuk kita berehat.
Namun, kebiasaan saiz bilik tidur yang dibuat oleh pihak pemaju kini adalah kecil dan sempit. Jadi sebagai pemilik rumah tentu ada yang tidak berasa selesa dengan keadaan ruang sebegitu. Apatah lagi jika jika di dalam bilik tersebut disaratkan dengan katil, almari pakaian, meja belajar dan lain-lain kelengkapan.
Untuk itu, tentunya kita tercari-cari idea untuk menjadikan ruang bilik menjadi lebih selesa dan luas. Jadi apa kata anda lakukan DIY atau serahkan pada yang mahir dalam pertukangan kayu seperti yang diilhamkan oleh pemilik akaun facebook Anisah Abdul Halim ini.
Difahamkan bilik anak lelakinya sebelum dilakukan ubahsuai terlihat sempit dan tidak selesa. Bilik ini berukuran 11 kaki x 11 kaki. Namun setelah dilakukan tranformasi pada jenis katil loft nampak cukup selesa.
Difahamkan bilik anak lelakinya sebelum dilakukan ubahsuai terlihat sempit dan tidak selesa. Bilik ini berukuran 11 kaki x 11 kaki. Namun setelah dilakukan tranformasi pada jenis katil loft nampak cukup selesa.
“Bilik tidur dengan keluasan 11′ x 11′ terpaksa la buat katil kat atas. Ala alas tiny house gitew. Baru lah nampak luas dan tenang,” ujarnya di ruangan kepsyen.
Selain itu menurutnya, sebelum dilakukan tranformasi ruang, suami dan anak lelakinya mencari idea dan lakaran 3D dihasilkan untuk memberi gambaran jelas pada tukang untuk menghasilkan rekaan katil yang diingini.
Apabila ditanya berkenaan kos, ujarnya tidaklah mahal sangat kerana dia menggunakan tukang kampung sahaja.
“Kebanyakannya kami guna semula katil lama untuk dijadikan rak, bahkan tangga katil sebelum ini juga kami gunkan bagi melengkapkan lagi rekaan katil jenis loft tersebut. Kos sebenar, saya pun tak pasti sebab kami tempah bersama-sama dengan kelengkapan lain juga. Mungkin dalam RM1K,” jelasnya lagi.
Apa yang pasti dengan menggayakan ruang bilik menggunakan katil jenis loft ini menjadikan ruangan bilik lebih nampak luas. Ini kerana penggunaan ruang dapat dilakukan dengan lebih efisyen.
Untuk itu, untuk anda yang tercari-cari idea untuk menyelesaikan maaslah ruang bilik yang sempit bolehlah jadikan idea yang dikongsikan oleh Anisah Abdul Halim ini sebagai inspirasi.
Memori gambar yang diambil dalam telefon bimbit atau kamera digital perlu di abadikan untuk tatapan terutamanya buat keluarga. Tidak semestinya anda perlukan bingkai gambar khas untuk mengabadikan foto berkenaan dan tidak semestinya ia melibatkan kerja-kerja tebuk atau memaku dinding. Hanya berbekalkan pita pelekat, sebuah dinding memori atau foto wall dapat di hasilkan dengan mudah. Malah, gaya susunan yang kreatif dapat dihasilkan dengan mudah. Berikut inspirasi foto wall untuk pembaca impiana
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tak dinafikan, jika seseorang itu ada taste dalam berfesyen maka dia juga punya kelebihan yang sama dalam interior. Begitulah juga Puteri Diana atau nama sebenarnya Diana Frances Spencer.
Dekorasi Kediaman Peribadi Cita Rasa PUTERI DIANA, Mewah & Ada ‘Taste’!
Siapa sangka rupa-rupanya ibunda kepada Putera William dan Putera Harry ini juga pakar dalam seni dekorasi.
Segalanya bermula ketika Puteri Diana berpindah ke Istana Kensington sebagai pengantin baru di usianya 20 tahun. Menurut Elle Decor, Puteri Diana menggunakan khidmat bantuan pereka interior terkenal, Dudley Poplak bagi merealisasikan dekorasi impiannya.
Tiga lantai kamar diubah menjadi sebuah rumah yang mencerminkan cita rasa serta gayanya. Pun begitu, ciri-ciri bangunan abad ke-17 itu masih dikekalkan. Hasilnya, dekorasi istana tradisional itu tampak makin berseri dan seimbang dengan sentuhan moden Puteri Diana.
Jom kita intai cara Puteri Diana atau Lady Diana ini mendekorasi kediaman peribadinya di Istana Kensington.
RUANG TAMU Di ruang tamu, Puteri Diana dan Putera Charles memilih dinding kuning pucat. Permaidani Flemish dijadikan sebagai titik fokus serta vibrant rug dengan perincian hijau dan jingga. Terdapat sebuah kerusi jingga yang menjadi perhatian, satu pilihan yang mengejutkan. Tak ketinggalan, Puteri Diana turut meletakkan koleksi foto keluarganya sebagai pelengkap hiasan.
RUANG DUDUK
Puteri Diana menjadikan ruang duduk sebagai ruang kerjanya. Maka sebab itulah warna-warna feminin menjadi pilihan. Antaranya, warna egg blue untuk kertas dinding sesuai dengan jiwanya yang lembut. Untuk sofa pula Puteri Diana memilih smoky pink yang menjadi warna kegemarannya. Bahagian dinding pula ditutupi dengan rak buku putih yang dipenuhi dengan koleksi hardbacks Puteri Diana.
RUANG MAKAN
Untuk ruang makan agak sedikit kontra. Puteri Diana memilih rekaan lebih berani bersama taburan aksen Timur. Sebahagian besar perabotnya disaduri warna gelap bersama sentuhan keemasan. Manakala kerusi-kerusinya pula diperbuat daripada ornate bamboo.
RUANG BILIK ANAK
Ruang bilik anak-anak Puteri Diana termasuk dengan kamar terpisah untuk Putera William, Putera Harry dan pengasuh mereka. Ruang ini telah dirancang oleh Dragons of Walton Street yang pakar dalam dekorasi bilik kanak-kanak dan taska mewah.
Ruang ini turut diserikan dengan rona krim lembut pada dinding serta dilengkapi dengan karpet bercetak strawberi yang sangat comel. Terdapat sebuah sofa merah jambu lembut dan juga dua kerusi comel diperbuat daripada rotan serta kayu bercat untuk Putera William dan Putera Harry. Karya seni dan decorative plates anak-anak Puteri Diana turut menghiasi dinding kamar.
Biarpun setiap ruang bilik memiliki sentuhan yang berbeza namun secara keseluruhan ianya mewakili cita rasa Puteri Diana yang segar bersama elemen tradisional.
Semoga menjadi inspirasi buat anda khususnya yang mempunyai minat dalam dekorasi kediaman.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.