
Warna merah jambu sering dikaitkan dengan kaum wanita kerana ia melambangkan kelembutan dan bersifat keanak-anakan. Selain itu, warna tersebut juga dapat mewujudkan suasana romantis serta memupuk perasaan kasih sayang buat mereka yang terdedah padanya dalam suatu jangka masa yang tertentu. Namun begitu, stereotaip ini dilihat semakin pudar kerana ramai juga kaum lelaki yang sudah berani memakai warna pink, tidak kurang juga yang menjadikan merah jambu sebagai warna tema kediaman mereka.
Seperti yang dilakukan pemilik akaun fb Hamidah Yusof kepada rumah kuaters 2 bilik yang didiaminya sejak 6 tahun lalu. Beliau menjadikan warna tersebut sebagai salah satu warna utama yang mendominasi deko rumahnya yang telah diberi nafas baru itu. Konsep english scandinavian dipilih, justeru ruang tampak kemas dan begitu menarik. Ditambah pula, pemilihan kombinasi warna merah jambu, putih dan kelabu menjadikan rumah 1000 kaki persegi ini lebih cosy untuk didiami.
Langsir merah jambu rona lembut digantung bersama sama langsir sheer di ruang tamu nampak elegan dipadankan pula dengan sedikit tumbuhan hijau sekaligus menjadikan ruang kelihatan segar. Hiasan dinding serta kusyen sebagai perincian deko juga terlihat kemas dan tersusun rapi. Ruang makan pula dihias ringkas dengan meja makan 4 tempat duduk menggunakan replika ghost chair. Cermin digantung melintang untuk memberi ilusi ruang yang luas juga adalah keputusan yang bijak oleh tuan rumah.
Menurut pemilik, jumlah anggaran RM2k diperlukan untuk mengubahsuai rumah ini dan beliau mengambil masa selama 6 bulan untuk menyiapkan rumah ini sepenuhnya. Puan Hamidah juga ada berkongsi gambar dengan IMPIANA untuk rujukan kita semua dimasa akan datang. Selamat menghias!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mini Pantri Jadi Dambaan

Kisah berkurung di dalam rumah musim pandemik ini, membuatkan ramai jadi lebih kreatif dan bijak merancang. IMPIANA tertarik dengan satu idea mini pantri yang dikongsikan di dalam media sosial ini. Puan Nur Amani Abdul Rani bijak menggunakan masa PKP ini untuk mencantik dan memperkemaskan dapur milik peribadinya. Lebih teratur dan tersusun dengan kemasan bakul dan bekas yang berlabel membuatkan mudah untuk mencari bahan dan makanan yang diinginkan.
Jika dilihat dengan mata kasar, IMPIANA boleh katakan sudah ramai yang bijak mendekor #bijakdekorimpiana. Ruang pantri ini kelihatan macam dapur di dalam Pinterest.
“PKP nak panggil tukang tak boleh, kodek2 pinterest dpt idea guna rak ikea jer…
Jimatttt terokkkk…
So jadi la my small pantry area…
Hari2 kelebek ni pun dh happy
Sis suka organize2 brg ni, tak tidoq pun xpaa”

Kredit: Nur Amani Abdul Rani
Jika mempunyai perancangan yang betul dalam menghias, pasti akan dapat hasil yang terbaik dalam apa yang diimpikan. Ruang yang terhad keluasannya tidak menghalang untuk kita menjadikan ia satu ruang yang indah.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Anda Rasa Dalaman Diri Tak Bersih? Inilah Dia, Penapis Air Yang Mampu Membuatkan Anda Sihat

Air setiap hari mungkin mengandungi kekotoran seperti karat, pasir, kotoran, zarah terlarut, logam berat, dan rasa dan bau klorin. Toksin ini berbahaya kepada kesihatan seseorang. Penapis air sangat berguna dalam membuang kotoran dan bahan pencemar daripada air supaya ia selamat diminum untuk anda dan keluarga. Walau bagaimanapun, perlu disebutkan bahawa hanya beberapa jenis penapis air yang mampu membersihkan unsur-unsur tercemar dengan sempurna. Jadi dengan ini, saya akan memberi beberapa rekomendasi penapis air yang terbaik untuk rumah anda.
Penapis Air Panasonic TK-CS20
Jika anda sedang mencari penapis air jenama Panasonic, Panasonic TK-CS20 ialah penapis air yang mudah dipasang yang boleh menapis 6-liter air dalam satu minit. Iaitu, anda boleh mengisi botol 1L dalam masa kurang daripada 10 saat! Tambahan pula, kerana bentuknya yang padat, peranti ini sesuai digunakan di lokasi yang kecil dan terkurung di dapur. Tambahan pula, terdapat campuran dua bahan (kain bukan tenunan dan karbon teraktif serbuk) dalam kartrij Panasonic ini yang berfungsi sebagai penapis untuk mengeluarkan 95 peratus sisa klorin dan 90 peratus kekeruhan daripada air.
Penapis air ini juga mempunyai jangka hayat kartrij yang panjang, dengan kapasiti 12,800 liter. Pertimbangkan setiap ahli keluarga mengambil 8 gelas air sehari (kuantiti yang disyorkan), yang setanding dengan 2 liter; satu kartrij penapis mungkin bertahan sekitar 3 tahun untuk 6 keluarga, menjadikannya penapis air yang ideal untuk keluarga besar dan penggunaan di tempat kerja kecil. Yang penting, penapis air ini mungkin memberikan keluarga anda bekalan harian air minuman yang bersih dan selamat tanpa bahan cemar berbahaya.
Cuckoo Vivid
Penapis air Cuckoo Vivid ini mempunyai tangki air panas 5 liter dan tangki suhu bilik 1.3 liter. Ia juga dilengkapi dengan Sistem Penapisan Nano Positif (Penapisan Nano Positif), yang bertujuan untuk menyediakan air minuman yang bersih, selamat dan berkualiti tinggi. Jika anda mempunyai anak kecil, anda tidak perlu risau untuk membeli alat penapis air Cuckoo Vivid ini. Ini disebabkan oleh pemasukan ciri keselamatan, iaitu Kunci Keselamatan Kanak-kanak, untuk mengelakkan kanak-kanak daripada tersilap menolak air panas, justeru mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Pada hakikatnya, butang air panas mempunyai petunjuk suhu untuk air panas.
Coway GLAZE
Penapis air Coway semakin popular di seluruh Malaysia hasil daripada kos rendah dan spesifikasi berkualiti tinggi. Penapis Air Coway Glaze ini adalah model air tulen terbaru Coway. Model Glaze ini menggunakan teknologi paparan digital ringkas, mempunyai empat tetapan suhu (1 panas, dua sejuk dan satu suhu bilik), dan tiga tetapan isipadu air (120ml, 250ml dan 500ml) untuk memenuhi keperluan anda, menjadikannya sesuai untuk yang kecil. kepada keluarga sederhana. Tambahan lagi, Penapis air Coway ini juga mempunyai ciri penjimatan tenaga yang dikenali sebagai Eco Mode. Penapis Coway Glaze secara automatik akan menurunkan tahap larian motor dan pemanas selepas waktu malam menggunakan ciri ini. Ini cuba menjimatkan kuasa, seterusnya mengurangkan perbelanjaan elektrik isi rumah.
Baiklah, itu sahaja jenis penapis air yang saya boleh sarankan dan ia boleh menjaminkan keselamatan dan kebersihan untuk keluarga.
Sumber: XAM MAX (https://xammax.my/penapis-air-terbaik/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Pilih Permukaan Kaunter Dapur Yang Betul Agar Tak Menyesal Di Kemudian Hari

Proses pemilihan material untuk permukaan kaunter dapur bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Ia memerlukan penelitian dan pemerhatian dari pemilik. Selain ketahanan dan jangka hayat, rupa material juga perlu diambil kira supaya seiring dengan tema dapur. Buat checklist, kemudian senarai pendek kan segala kelemahan dan kelebihan material bagi memastikan bahan yang dipilih itu bersesuaian dengan dapur anda. Jangan lupa juga untuk lakukan penyelidikan dan bertanyakan pendapat pihak yang lebih arif seperti pereka atau kontraktor terlebih dahulu sebelum membeli. Disini IMPIANA akan bantu anda menyenaraikan 8 meterial pilihan popular untuk kemasan permukaan kaunter dapur.
1. Quartz
Diperbuat daripada campuran resin polyester dengan salah satu mineral yang paling teguh di bumi, Quartz boleh dikatakan material yang hampir mustahil untuk tercela atau rosak. Sifat bahan ini yang tidak berongga juga dapat menghalang bakteria yang menyebabkan bau busuk dan kesan kotor daripada menembusi permukaan.
Pros ; Fizikal yang kukuh dan menarik, datang dalam pelbagai warna.
Bahan yang tidak berongga, memudahkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
Cons ; Memerlukan kos yang banyak berbanding material yang lain.
Tidak tahan suhu tinggi yang melampau, perlu sentiasa gunakan lapik periuk.
Tidak sesuai digunakan diluar rumah. Pendedahan kepada cahaya matahari akan memudarkan warna kaunter.
2. Granite
Batuan semulajadi granite kini mempunyai persaingan yang lebih sengit berbanding sebelum ini, tetapi popularitinya masih tidak dapat disangkal lagi. Permukaanya material ini kuat dan anggun dengan jalur urat semulajadi yang unik dalam setiap pemasangan. Walaupun begitu, sifatnya yang berongga memerlukan penyelenggaraan yang lebih cermat. Biasanya permukaannya akan dilitupi kemasan glossy tetapi juga boleh datang dalam penampilan matte.
Pros ; Rekaan yang tampak moden dan classy menjadikan dapur anda lebih elegan. Juga datang dalam pelbagai warna dan aliran urat yang unik.
Material ini tahan panas dan kalis kotoran.
Cons ; Bergantung pada tahap kualitinya, kos batuan Granite agak tinggi.
Penjurunya mudah pecah jika dikenakan tekanan yang kuat dan kasar.
Perlu kerap deselenggara bagi mengekalkan ketahanan dan sifat semulajadinya.
3. Marble
Marble atau marmar layak diletakkan seiring batuan semula jadi yang lain dengan penampilan yang sofistikated dan elegan sesuai untuk rekabentuk klasik yang mewah.
Pros ; Versatile dan datang dalam pelbagai warna dan gaya.
Tahan haba dan cenderung untuk bertukar sejuk, menjadikannya pilihan yang tepat untuk kaunter pembuatan pastri.
Apabila disapukan lapisan perlindung dengan teliti, ia boleh menjadi kalis kesan kotoran.
Cons ; Seperti batuan semulajadi yang lain, harganya agak mahal.
Mudah pecah dan memerlukan lapisan perlindungan berkala untuk mencegah kesan kotoran yang berkekalan.
Pendek kata – ia lebih kompleks untuk diselenggara.
4. Solid Surface
Bahan buatan manusia yang dibuat dari campuran alumina trihidrat dengan arkrilik, epoxy atau resin polyester dan pigmen warna. Solid surface datang dengan kemasan yang lebih moden dan tidak memiliki rongga menjadikannya salah satu bahan untuk kaunter yang paling mudah untuk dibersihkan.
Pros ; Tahan lama dan memiliki permukaan licin yang membolehkan ia disambung menjadi sinki atau backsplash.
Mudah untuk dibersihkan sekiranya terdapat kotoran dan calar.
Banyak pilihan warna dan corak, boleh menyerupai bahan-bahan lain seperti konkrit dan marmar.
Cons ; Tidak tahan dengan suhu yang tinggi, mudah tercalar dan lekuk.
5. Jubin Seramik
Terdapat pelbagai kemungkinan atau hasil yang boleh diperolehi dengan permukaan kaunter dari jubin seramik ini. Ia datang dalam banyak warna, corak serta saiz yang berbeza bagi memenuhi setiap citarasa. Jadi, amat mudah untuk anda membuat pilihan mengikut style yang anda inginkan.
Pros ; Tahan lama, mudah untuk dipasang, kalis panas dan lembapan.
Pilihan corak, warna , bentuk dan saiz berbeza yang mudah didapati dipasaran.
Cons ; Boleh tercalar, retak dan pecah jika tidak cermat.
Permukaan yang tidak sekata atau lurus.
Susah untuk membersihkan grouting yang terkena kotoran.
6. Laminate
Walaupun sering menjadi pilihan bagi pemilik dengan bajet yang terhad, ia tidak bermaksud laminate kurang dari segi kualiti. Malah, kaunter dengan kemasan laminate biasanya praktikal dan sangat berbaloi. Juga datang dalam pelbagai rupa.
Pros ; Kos yang rendah berbanding material lain.
Amat mudah untuk diselenggara.
Terdapat banyak pilihan warna dan gaya yang boleh menyerupai kayu atau batuan semulajadi.
Cons ; Amat mudah tercalar jika tidak berhati-hati.
Tidak tahan lama jika ingin dibandingkan dengan batuan.
Bergantung pada kualitinya, laminate mungkin akan terlihat ‘murah’.
7. Kayu
Material ideal untuk memotong, menghiris atau penyediaan bahan, menggantikan tugas papan pemotong kerana bahan ini tahan lasak. Walaupun begitu, jauhi kaunter kayu anda dengan alatan atau periuk panas kerana ia mudah rosak jika terdedah kepada suhu yang tinggi.
Pros ; Rupa klasik yang tampak lebih cantik dan warm.
Tahan lama dan sesuai untuk memotong bahan persediaan masakan terus dipermukaannya.
Cons ; Risiko warna luntur jika diletakkan berhampiran sinki atau punca air.
Perlu dilindungi daripada peralatan bersuhu tinggi.
Perlukan penyelenggaraan yang kerap.
8. Konkrit
Boleh menahan suhu tinggi dengan baik dan susah untuk bercalar. Pemasangan kaunter konkrit harus dilakukan dengan cermat dan memerlukan masa dan perhatian yang terperinci, jadi walaupun bahan itu sendiri adalah murah, anda perlu bersedia untuk kos upah pekerja.
Pros ; Tahan haba, licin, kuat dan agak tahan lama.
Kos bahan yang murah.
Cons ; Mudah retak jika dikenakan tekanan yang terlampau kuat.
Bahan yang berongga, tetapi boleh disapukan lapisan pelindung.
Mesti diselenggara dengan kerap untuk mengelakkan kotoran dan kerosakan air.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI