Daripada kita terus menerus membeli di kedai, apa kata kita cuba tanam sendiri kunyit di rumah. Kan lebih jimat! Disamping itu, dapat juga keluar berkebun dan sihatkan tubuh badan..
Dalam perkongsian dari Shariful Fadzli ini, beliau ada menunjukkan cara mudah membiak kunyit. Lebih menarik, kunyit boleh digunakan seawal 2 minggu selepas ditanam! Jom lihat bagaimana.
Hanya 2 Minggu Dah Dapat Hasilnya
Dalam 2 minggu lebih, inilah hasilnya.
Jom cikgu Sho ajar macam mana nak tanam kunyit. Tengok gambar seterusnya.
Orang perempuan, suruh suami/anak/adik beradik korang tanam kunyit ni ha. Bukan susah dan lama pun nak tunggu macam durian kan.
Ads
Orang lelaki, korang tanam jelah. Senang je nak buat. For sure boleh menggembirakan hati ibu atau isteri korang. Paling tidak, dapat gembirakan hati sendiri pun jadilah!
Sebelum tu, selain buat rendang, daun kunyi ni nak buat apa? Haa, banyak boleh guna dalam masakan. Saya pun tak reti sangat, minta tolong chef tetap kat dalam rumah ni je decide.
LANGKAH 1 : sediakan KUNYIT HIDUP. Jangan korang guna kunyit Adabi ka, Faiza ke! Sampai kiamat tak tumbuh! Time beli cakap KUNYIT HIDUP ok.
Ads
Rujuk gambar untuk step tanam kunyit. Pada setiap gambar ada diskripsi. Baca ye.
Ni rupa kunyit hidup. Belilah banyak mana korang nak tanam. Beli sikit sikit dah la, jangan buat panic buying pula!
LANGKAH 2 : Cari tempat teduh sikit. Gali lubang. Jangan dalam sangat.
LANGKAH 3 : Tengok, kunyit tu berdiri tegak. Saja nak tunjuk kedalaman lubang tu.
Kesian dia nampak macam sunyi kan? Nasib baik beli kunyit 2 ketul. Boleh lah buat teman.
LANGKAH 4 :Pastu korang masukkan kunyit dalam lubang tu, susun lah macam mana pun. Ikut kreativiti. Hehe.
LANGKAH 5 : Kambus. Tanam dan kebumikan dia. ? Lepas tu jurus air tau.
Korang siram lah air. Paling kurang 2x sehari. Kalau ada baja, guna baja sikit. Jangan kerap sangat letak baja terutama baja ketul tu. selalunya dia akn ganggu pH tanah. Rosak nanti.
Baja apa nak guna,paling takde baja, korang guna jelah sisa-sisa makanan, air basuh beras pun layan.Kena jaga betul betul. Sipit babi suka makan. Tengok dia dah makan sikit daun kunyit cikgu sho
Apabila memasuki ruang tamu yang direka dengan penuh ketelitian, mudah saja untuk tetamu merasakan aura kesempurnaan yang tersemadi dalam ruang berkenaan. Saiz dan rekabentuk sofa yang menarik dan selesa, pencahayaan yang mendamaikan serta keempukan kusyen membuatkan ruang tamu sebagai tempat yang ideal untuk beristirehat sambil melakukan aktiviti harian dengan aman. Ibarat sebuah poster filem yang diterjemah dengan baik, ruang tamu yang dihias cantik sekali gus akan menjadi daya menarik utama buat sesebuah kediaman. Tetamu secara spontan akan membayangkan ruang-ruang lain yang mungkin sama menarik dan mewah.
Setiap perincian yang diberi perhatian akan mendatangkan hasil sempurna tetapi ini merupakan cabaran yang kadangkala sukar untuk dizahirkan. Pereka dalaman atau tuan rumah perlu berhati-hati memilih dan menyuai padan perabot di ruang tamu. Begitu juga dengan warna cat dinding serta aksesori pelengkap yang diletakkan perlu lah seiring dengan konsep dan gaya ruang. Ingat, setiap butir perincian akan mempengaruhi rupa keseluruhan ruang tamu anda.
Bagi mendapatkan ruang tamu impian anda mungkin tidak semudah yang disangkakan, jadi IMPIANA telah mengumpulkan beberapa kesilapan major yang patut anda elak agar anda dapat menikmati ruang baru tanpa sebarang cela.
Kesilapan #1 : Pilihan Sofa Yang Salah
Semua orang setuju, sebuah ruang tamu yang sempurna bemula dari pemilihan sofa yang tepat. Ramai pemilik yang tdak mahu menggantikan sofa apabila mengubahsuai kediaman. Alasan mereka, sofa masih nampak elok ataupun sofa tersebut masih baru lagi dibeli. Apa yang mereka tidak tahu ialah, dengan mengekalkan sofa lama itu, mereka tidak akan dapat ruang tamu yang mereka inginkan. Jadi, bertolak ansur lah dan fikir sedalam-dalamnya sebelum membeli sofa untuk diletakkan di ruang tamu anda.
Selain itu, keselesaan sofa juga merupakan salah satu kunci bagi mendapatkan ruang tamu yang sempurna. Saiz, ketinggi dan material sofa perlulah seiring dan besepadanan dengan ruang yang ada. Jangan tergesa-gesa membeli sof atanpa mempertimbangkan faktor-faktor penting tersebut. Bagi mengelakkan memilih sofa yang salah, beli sesuatu yang simple dan mudah. Jauhi sofa dengan detailing yang keterlaluan kerana sofa sebegini sukar untuk digayakan dan perlu selalu diganti.
Kesilapan #2 : Karpet Yang Terlalu Kecil/ Besar
Menurut pakar, salah satu kesalahan biasa yang paling tidak patut dilakukan adalah membeli permaidani atau karpet dengan saiz yang salah. Perkara yang nampak remeh dan amat mudah dielak tetapi masih ramai lagi yang seperti tidak hirau jika ruang tamu mereka dihiasi dengan karpet lebih kecil daripada sepatutnya. Pastikan saiz ruang tamu dan tolong jauhi karpet kecil yang langsung tidak sesuai untuk ruang tamu anda.
Kesilapan #3 : Susun Atur Yang Tidak Sesuai
Walaupun anda rasa sofa yang ditolak rapat ke dinding mengadap TV akan nampak menarik, tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka. Anda perlu letakkan lebih effort dan pemerhatian untuk mendapatkan ruang tamu idaman. Adalah penting untuk mempertimbangkan dan membuat perbincangan menyeluruh lebih-lebih lagi jika ruang yang ada terhad dan sempit.
Kesilapan #4 : Mewajibkan TV Pada Ruang Tamu
Kebanyakan kediaman sekarang mesti dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah TV. Dan tempat yan gpaling senang untuk diletakkan ialah di ruang tamu. Tetapi hal ini tidak seharusnya terjadi kerana anda tidak semestinya WAJIB meletakkan TV jika tiada keperluan. Dengan ini, anda boleh meletakkan perabot yang lebih bermakna seperti rak buku atau meja konsol pada ruang yang kosong tersebut.
Kesilapan #5 : Kesilapan Ketika Menggantung Lukisan Dinding
Lukisan yang digantung pada dinding menggambarkan kesungguhan anda dalam menghias ruang tamu. Jika ia diletakkan pada pada ketinggian yang tidak sesuai, selain menyakitkan mata, ia juga membuat tetamu fikir yang anda tidak kisah tentang penampilan ruang. Kerana perbuatan tersebut nampak seperti tidak ikhlas dan sambil lewa. Ruang juga akan kelihatan pelik dan tidak menyakinkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Setiap ruang yang terdapat dalam sesebuah kediaman biasanya dirancang berbeza memandangkan setiap satunya mempunyai fungsi yang berlainan. Bagi memenuhi keperluan aktiviti dalam sesatu ruangan itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian termasuklah susun atur ruang, jenis perabot dan material yang digunakan. Selain itu, satu faktor penting yang perlu dititikberatkan ialah penataan cahaya. Selain untuk menerangi ruang sesuai dengan aktiviti, penataan cahaya juga penting bagi mewujudkan suasana yang nyaman dan bertepatan dalam ruang tersebut.
Ruang Tamu
Ruang tamu merupakan salah satu ruang terpenting dalam sesebuah kediaman. Fungsi utama ruang ini merupakan tempat berkumpulnya tetamu dan ahli keluarga selain digunakan juga sebagai tempat bersantai dihujung minggu atau berehat selepas hari yang panjang. Jadi lampu-lampu yang melengkapi ruangan ini mestilah yang dapat memenuhi kehendak dan aktiviti pengguna.
Ruang Makan
Fokus utama penataan cahaya pada ruang makan sudah tentunya pada meja makan. Sebaiknya, letakkan lampu gantung atau pendant light untuk menerangi ruang makan kediaman anda kerana selain bertindak sebagai punca cahaya, lampu gantung juga boleh menjadi titik focal untuk ruang itu.
Dapur
Sebuah dapur dengan rekabentuk yang baik biasanya akan mempunyai banyak tingkap untuk memudahkan cahaya semulajadi. Jadi anda boleh pelbagaikan sumber pencahayaan bagi mewujudkan keseimbangan di dapur dengan cara mengurangkan silau dan bayang. Gunakan lampu esen, lampu kerja dan lampu ambient bagi menerangi dapur anda.
Bilik Tidur
Bilik tidur juga merupakan ruang privasi buat pemilik beristirehat selain membaca atau membuat kerja sambil berehat. Beberapa jenis lampu harus diletakkan didalam kamar, sesuai dengan kegunaan dan aktiviti yang ingin dikalukan. Downlight dan lampu meja atau floor light sesuai untuk diletakkan didalam bilik tidur anda.
Bilik Air
Pencahayaan yang menyeluruh dan terang diperlukan untuk bilik air kerana kebanyakkannya hanya dilengkapi dengan tingkap kecil bagi tujuan pengudaraan ; menjadikannya agak sukar untuk mendapat cahaya semulajadi. Oleh itu anda disarankan untuk memasang lampu yang dapat menerangi keseluruhan ruang dengan baik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rumah sewa besar atau kecil, tetap perlu dihias indah. Baru lah rumah yang di diami menjadi “rumahku, syurgaku”. Menyingkap akaun Instagram Edgar Santos atau mesra dikenali dengan nama Ed, IMPIANA tertarik dengan konsep dekorasi yang disampaikan.
Menggabungkan konsep Scandinavian dengan cetusan urban jungle, kediaman jejaka yang terletak di Belo Horizonte, Brazil ini kelihatan ceria dan segar. Walaupun apartmen yang disawa bersaiz kompak, pemilihan perabot dan padanan rona yang tepat menjadikan ia kelihatan sempurna.
Pemilihan vibrasi rona yang berani tidak kelihatan terlalu dominan apabila di seimbangkan dengan warna asas putih dan cetusan aura hijau dari indoor plant yang terdapat di setiap inci kediaman ini. Tambahan, Ed menjadikan cetusan rona vibrasi dalam gaya yang tersendiri dan unik
Menurut Ed, inspirasi tercetus dari hasil kerja arkitek tersohor Mauricio Arruda dan pereka Paulo Biacchi. Kebanyakkan tanaman indoor yang digunakan di dalam kediaman ini adalah dari iklim tropika antaranya pokok kelapa, peperomia, kaktus, pepakis dan pelbagai lagi.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.