
Selepas banjir surut, ramai yang mula sibuk membersih dan menyusun semula rumah. Namun, satu perkara penting yang ramai sering terlepas pandang ialah ancaman haiwan berbisa selepas banjir dan serangga yang mungkin ‘menumpang’ di sekitar rumah. Ini termasuk lipan, kala jengking, ular dan serangga lain yang keluar dari habitat asal mereka kerana kawasan itu telah tenggelam atau rosak.
Kenapa Haiwan Berbisa Muncul Lepas Banjir?
Air banjir memaksa haiwan-haiwan kecil seperti lipan, kala jengking, ular dan tikus untuk mencari tempat yang lebih tinggi, kering dan selamat. Ini menyebabkan mereka naik ke bahagian rumah seperti bawah katil, belakang almari, bilik air atau dalam timbunan barang yang jarang disentuh. Situasi ini menjadikan haiwan berbisa selepas banjir lebih aktif dan cenderung mendekati kawasan manusia.
Tindakan Pencegahan Yang Perlu Dilakukan

Berikut langkah-langkah penting yang disarankan untuk keselamatan anda dan keluarga:

- Gunakan semburan serangga aerosol.
Sembur di tempat-tempat risiko seperti:
– Celah kabinet
– Sudut dinding
– Belakang almari
– Dalam bilik air - Tutup laluan masuk haiwan.– Tutup lubang di lantai atau dinding yang bersambung ke luar.
– Guna penutup lubang tandas jika tidak digunakan.
– Pasang jaring halus di lubang pengudaraan atau saluran air. - Kurangkan tempat persembunyian.
– Elak timbunan kotak atau kain lama atas lantai.
– Susun semula barang yang bertabur di lantai. - Sentiasa berhati-hati dengan pakaian dan kasut.
– Goncang dan periksa kasut atau pakaian sebelum dipakai.
– Elak pakai pakaian yang dibiarkan terdedah di lantai. - Jangan ambil risiko jika ternampak ular.
– Jangan cuba tangkap sendiri.
– Segera hubungi bomba atau pihak berkuasa.
Langkah Tambahan Untuk Kawalan Haiwan Berbisa Selepas Banjir
Bagi mengurangkan risiko, anda juga boleh menambah beberapa rutin mudah. Selepas banjir, banyak kawasan rumah menjadi lembap, gelap dan sesuai untuk haiwan kecil berlindung. Oleh itu, pastikan kawasan rumah mendapat pengudaraan yang baik dan keringkan ruang yang lembap secepat mungkin. Ini dapat mengurangkan peluang haiwan berbisa selepas banjir mencari tempat persembunyian baru.
Selain itu, elakkan menyimpan tong sampah terbuka atau makanan yang mudah menarik tikus dan serangga. Membersihkan halaman dan kawasan bawah rumah turut membantu menghalang haiwan berbisa berkumpul di situ.
Amalkan Rutin Keselamatan
Biasakan diri untuk:
- Pakai kasut atau sandal setiap kali ke luar atau dalam rumah.
- Periksa kasut, selimut atau pakaian sebelum digunakan.
- Hati-hati bila mengangkat kotak, kain buruk atau kayu berat.
Ingat!
Lepas banjir, bahaya bukan sahaja pada air keruh, tetapi pada haiwan berbisa selepas banjir yang menyelinap secara senyap mencari tempat berteduh, mungkin dalam rumah anda. Langkah pencegahan awal boleh mengelakkan gigitan, serangan atau kejadian yang lebih serius.
Lindungi keluarga anda. Cegah sebelum terkena!
Mesti Baca: Lakukan Perkara Ini Jika Ular Masuk Rumah
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




